Cara mudah meletakkan button Social Bookmark dan RSS Feed dengan Add This!

Written by alang on March 6, 2007

Add This!

Jika anda perasan, saya menambah dua button baru di blog saya hari ini iaitu
button2 bm Cara mudah meletakkan button Social Bookmark dan RSS Feed dengan Add This! dan button2 fd Cara mudah meletakkan button Social Bookmark dan RSS Feed dengan Add This!

Kedua-dua button ini adalah satu tools terkini daripada Add This! iaitu satu kaedah terkini untuk memudahkan pelawat bookmark laman web / blog anda ke social bookmark seperti del.icio.us, Google Bookmark, Blinklist dan sebagainya. Setakat ini, Add This! boleh digunakan untuk 30 social bookmark.

Selain daripada social bookmark, anda juga boleh meletakkan button yang memudahkan pelawat subscribe ke beberapa online RSS reader seperti Bloglines, Google Reader, Newsgator dan sebagainya. Selain itu, ia juga menyokong perisian RSS reader seperti FeedDemon.

Dengan menggunakan button dari Add This!, anda bukan sahaja boleh menjimatkan ruang di laman web anda, malah anda juga boleh melihat statistik berapa orangkah yang bookmark laman web anda dan social bookmark yang manakah yang mereka gunakan. Selain itu, anda juga boleh melihat RSS Reader yang manakah mereka gunakan apabila mereka subscribe ke RSS feed anda.

Saya yakin yang Add This! akan menjadi satu keperluan bagi setiap blog seperti Feedburner dan sehingga sekarang, sudah banyak blog blog yang popular seperti Techcrunch menggunakannya.

p/s – Jika anda masih belum bookmark Blog Webmaster Malaysia ataupun subscribe untuk RSS Feed, anda boleh cuba melakukannya dengan button Add This! tersebut untuk melihat bagaimana ia berfungsi.

Comments

  • 03-06-2007
    11:49 pm

    Reply

    Zack

    saya dah subscribe web ni sebelum ni lagi…
    apapun, saya nak try Add This kat web saya yg lain…


  • 03-07-2007
    2:41 am

    Reply

    RajaBlog.info

    oh , patut lah alang tukar.

    hurm.. cuma yg saya tgh pk ni camne nak ajak orang pakat guna benda2 nie..hurm..


  • 03-07-2007
    8:22 am

    Reply

    Mohd Sufian

    Saya pernah jumpa website nie dulu. Tapi tak guna sebab tak berminat. :)


  • 03-07-2007
    8:29 am

    Reply

    Azahari

    Bagus ada button ni..lebih mudah daripada kita menggunakan plugin social tu sebab banyak sangat button yang keluar. Kalau kita pilih je nampak sikit sangat pulak. Lagi satu kekadang tu kalau load semua button tu nampak serabut.


  • 03-16-2007
    6:25 pm

    Reply

    farizal

    adanya component mcm ni, sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan visitors :D configure pun x susah sangat utk beginner mcm saya. tq encik alang!


  • 09-16-2008
    3:34 pm

    Reply

    alfie

    pernah dengar dan seringkali tertangguh nak guna function nih….


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message