Pendapatan lumayan tanpa iklan

14alang6th Jul 2006Entri, , ,

Kebiasaanya, pemilik laman web (termasuk diri saya suatu ketika dulu) bergantung pendapatan dengan meletakkan iklan-iklan sama ada google adsense (paling popular) chitika, valueclick, amazon, ataupun iklan iklan dari “affiliate program” seperti Commission Junction, Linkshare, Shareasale ataupun dengan menjual sendiri ruang iklan di laman web kita. Jadi, bagaimana untuk nak mendapat pulangan yang lumayan tanpa meletakkan sebarang iklan pun di laman web?

Mungkin anda pernah dengar tentang DMOZ, Skaffe, Teoma, Catcha, Cari.com.my, kesemua laman web ini adalah laman web direktori dan kebanyakannya adalah direktori percuma. Bagi direktori berbayar pula, yang paling popular ialah dir.yahoo.com dan Business.com

Satu persoalan yang timbul semasa saya ingin memulakan projek direktori berbayar 10000 Text Links Directory ialah adakah ada pemilik laman web yang akan membayar saya untuk menyenaraikan laman web mereka? Selepas membuat beberapa kajian, saya dapati yang projek saya ini boleh berjaya. Sebabnya?

1. Kebiasaanya, direktori percuma mengambil masa yang lama untuk menyenaraikan laman web, kerana mereka mendapat banyak “submission” sehari. Contoh terbaik ialah DMOZ, laman web saya disenaraikan selepas 2 tahun di”submit”

2. Bagi direktori percuma yang memberi kelulusan segera pula, kita akan melihat direktori tersebut penuh dengan website-website spam dan tidak berkualiti.

3. Direktori merupakan cara paling mudah untuk pemilik laman web mendapat linkback yang berkualiti kerana, direktori memang digemari dan selalu dilawat oleh search engine spider dan ianya dianggap linkback dari site yang relevan kerana direktori mempunyai kategori-kategori tertentu untuk setiap laman web.

Untuk memulakan direktori, terdapat beberapa script yang boleh digunakan sama ada yang percuma ataupun berbayar. Disini, saya akan senaraikan beberapa script yang telah saya senarai pendekkan.

1. PHP Link Directory – terdapat 2 versi, iaitu percuma dan berbayar. Ini adalah script yang saya gunakan di direktori saya dimana saya telah membeli script yang terbaru dengan nilai $25 USD. Anda juga boleh mendapatkan versi lama script ini secara percuma tetapi terdapat banyak kekurangan dari segi fungsi dan tidak lagi disupport.

2. Sitesife Listing – script ini adalah percuma dimana ia digunakan sendiri oleh pemilik direktori Site Sift

3. Esyndicat – Juga terdapat 2 versi iaitu percuma dan berbayar dengan harga $49 USD

4. WSN Links – Percuma dan berbayar ($30 USD)

5. Biz-Directory Script

Jadi, tentu semua tertanya-tanya berapakan pendapatan yang saya perolehi dari direktori? Semenjak dibuka pada hujung bulan Mei sehingga sekarang, saya mendapat lebih kurang 10 submission sehari dan saya telah mengenakan bayaran sebanyak $5 untuk normal listing dan $15 featured listing. Paling tinggi, saya pernah mendapat sebanyak 30 submission sehari selepas saya mengadakan press release untuk mengumumkan direktori saya.

Jadi, walaupun kelihatan mudah untuk memperolehi wang dari direktori, tapi strategi harga dan pemasaran memang penting sebab kita terpaksa bersaing dengan beribu-ribu lagi direktori sama ada yang baru ataupun lama.

14 Comments Comments Feed

  1. Noorizam Shah (July 7, 2006, 3:20 am). Reply

    wah hebat laaa saudara alang .. tahniah untuk alang

  2. alhafiz3d (July 8, 2006, 4:08 am). Reply

    tak best ah blog ni.. org ucap tahniah ke apa ke.. buat dek je..

  3. alang (July 8, 2006, 4:14 am). Reply

    saya tulis blog ni bukan utk mengharapkan pujian atau menunjukkan kehebatan saya, tapi sekadar berkongsi pengalaman. Saya tak suka dipuji kerana pujian tu membuatkan kita riak, lupa diri dan bila terlalu asyik dengan pujian, kita akan berhenti bekerja kerana merasakan kita dah cukup hebat.

  4. alhafiz3d (July 8, 2006, 4:40 am). Reply

    bagus tu, saya suka.. org macam ni..

    cuma pelik juga kalau org ucap
    “tahniah alang” ke..
    “bagus la alang ni.. terima kasih ye”
    tapi buat dono je.. hihi..

    saya tak kira.. nak ucak terima kasih juga kerana bagi info2 bagus ni.. :)

  5. aku (July 8, 2006, 2:49 pm). Reply

    hehehe.. buat donno pon jadik hal :)
    aku ada satu domain ntuk buat directory gak.. tak sangka alang dah buat.. hmm..

    “adakah ada pemilik laman web yang akan membayar saya untuk menyenaraikan laman web mereka?”
    soalan ni memang bermain di kepala.. alang dah tolong jawab.. terima kasih… :)

  6. alang (July 8, 2006, 2:55 pm). Reply

    tapi kalau betul2 nak buat, buat betul2 bagi org nampak kita serius dan betul2 profesional. Saya bayar $500 USD utk design direktori tapi dlm masa beberapa hari jer dah dpt balik investment

  7. aku (July 9, 2006, 4:32 am). Reply

    hmm.. terjawab lagi satu soalan, “adakah berbaloi mengeluarkan sedikit modal ntuk design yang lebih elok berbanding dengan design sendiri yang tak menarik?”

    alang, ko memang best! :thumbsup:

    blom godek sepenuhnya blog ni.. nak tanya,
    “saya mengadakan press release untuk mengumumkan direktori saya.”
    ni buat kat akhbar tradisional ke, kat akhbar online?

  8. alang (July 9, 2006, 4:45 am). Reply

    tentulah akhbar online, sebab target market ialah org yg selalu online, yg ada laman web. Tapi saya nak ingatkan yg persaingan utk directory ni memang tinggi, tiap2 hari boleh dikatakan ada 10 direktori baru

  9. go4online (July 10, 2006, 2:40 am). Reply

    alah alang..
    alhafidz3d tu gurau jer tuh. memang la saya pun ada sedikit perasaan ‘iri hati’ bila mendengar golongan yang berjaya macam alang, irfankhairi, saifulsham nih (semua anak2 melayu sejati). tapi iri hati saya bercampur bangga kerana anda semua telah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai walaupun terpaksa bersaing dengan seluruh dunia!!! ANda semua memang class lahhhh…

    “SEMANGAT!!!SEMANGAT!!!”

  10. fender (July 25, 2006, 7:01 am). Reply

    tq

  11. mohd_johan (July 29, 2006, 4:09 pm). Reply

    Assalamualaikum…

    Saya adalah org baru di laman blog alang ini. Saya rasa bersyukur sebab ‘tersesat’ ke sini kerana dpt bertukar-tukar fikiran & mendapatkan tips-tips yg berguna dari alang & lain-lain pengunjung yg lebih berpengalaman. Selaku org yg masih baru dlm dunia internet marketing, saya amatlah mengharapkan bantuan dan bimbingan dari anda semua dalam usaha untuk cuba menjadi berjaya, seperti alang dan anda semua. Untuk pengetahuan, buat masa ini, saya baru memulakan program buat duit saya dengan menggunakan adsense saja. Bila dah baca info-info yg ada dlm blog ni, saya terbuka hati untuk mencuba lebih lagi…Tahniah pada alang atas kelahiran blog ini. All the best utk semua!

  12. Tips mempromosi direktori (March 7, 2007, 1:28 pm). Reply

    [...] Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu laman web direktori, boleh membaca tulisan saya sebelum ini iaitu Pendapatan Lumayan Tanpa Iklan [...]

  13. Azahari (March 7, 2007, 4:22 pm). Reply

    Kalau tak salah saya directory Alang yang baru menggunakan WordPress ventedoy.com. Kenapa Alang tak guna dah script yang Alang list di atas tu?Nak mencuba sesuatu yang baru?Stabil tak bila menggunakan Wodpress sebagai directory?

  14. alang (March 7, 2007, 4:30 pm). Reply

    saya guna wordpress supaya saya boleh sort listing dalam ventedoy.com mengikut nilai yg dibeli. Agak sukar utk modify code dlm phpld utk fungsi tersebut.

    Tapi bagi saya buat masa skrg, phpld masih lagi skrip yg terbaik utk mereka yg ingin membina direktori.

Add a Comment