Auction Ads dilancarkan
Written by alang on March 7, 2007
Berita baik untuk pemilik laman web / blog yang mempunyai topik yang khusus terutamanya topik-topik berkaitan produk pengguna. Shoemoney Media dengan kerjasama Mediawhiz (pemilik Text Link Ads) telah melancarkan Auction Ads iaitu satu agensi pengiklanan yang membolehkan pemilik laman web / blog meletakkan banner yang menunjukkan produk yang dilelong di Ebay dan harga yang tertinggi yang dibida. Setiap kali pelawat klik pada banner dan membida produk tersebut, anda akan mendapat komisyen. Selain itu, jika pelawat tersebut tidak mendaftar dengan Ebay sebelum ini, anda akan mendapat komisyen jika pelawat mendaftar selepas klik pada banner anda.
Sekali lihat, banner Auction Ads kelihatan seperti Chitika tetapi apa yang membezakannya Auction Ads tidak membayar untuk setiap klik yang dilakukan dan ia hanya menunjukkan produk yang disenaraikan di Ebay berdasarkan keyword yang anda berikan.

Terdapat beberapa format banner dan anda boleh memilih mana yang sesuai untuk laman web / blog anda.

Buat masa ini sebagai percubaan, saya hanya meletakkan banner Auction Ads di satu blog saya iaitu Mp3 Player Review dan jika hasilnya memuaskan, saya akan meletakkanya di blog-blog saya yang lain.
Jika anda juga mempunyai laman web / blog yang mempunyai topik yang khusus, anda boleh mencubana sebagai salah satu sumber pendapatan.
Comments
Trackbacks
- Dapatkan $25 percuma daripada AuctionAds | Blog Webmaster Malaysia 09-07-2007 at 5:19 pm
Submit Reply





03-07-2007
2:02 pm
nizam
lagi cara baru utk monetize site..tq
03-07-2007
2:22 pm
aman
kira kalo orang klik dan bid baru dapat duit ar…laman saya susah sikit ar camnie, sebab target audience mesia, kalo wat ngan lelong.com.my mungkin ade ar
03-08-2007
7:43 pm
RajaBlog.info
jangan lupa bagitau hasilnya nnt ye
03-08-2007
8:08 pm
weirdoux
he…he….he….
kita tunggu laaa hasilnya….
03-13-2007
7:48 pm
wizvax
hmm..menarik nie. kene try dulu tgk camne
03-16-2007
3:21 am
LiewCF
tips untuk AuctionAds
03-16-2007
9:35 am
Iskandar
So far how’s it performing Alang?
03-16-2007
3:35 pm
wizvax
Cost-Per-Action..ingtkn Cost-Per-Click..