Earners Forum berwajah baru

2alang9th Mar 2007Entri

Earners Forum merupakan satu laman web milik Lee Dodd khusus untuk mereka yang memperolehi pendapatan di internet. Apa yang menarik tentang Earners Forum ialah setiap ahli dikategorikan mengikut anggaran pendapatan mereka setiap bulan dan untuk setiap kategori terdapat forum khusus untuk mereka. Walaupun saya antara ahli terawal Earners Forum, tetapi sudah lama saya tidak aktif di sana kerana forumnya kurang aktif berbanding Digital Points. Tetapi apabila saya melawatnya kembali hari ini, saya begitu terkejut melihat perubahan yang begitu drastik. Pada mulanya, saya ingatkan saya telah tersalah klik bookmark ke Site Point kerana rekabentuknya yang hampir sama.

earnersforum.png

Sungguhpun begitu, terdapat banyak ruangan baru dalam Earners Forum seperti Marketplace, Articles, Blogs, Interviews dan juga Tools

Sempena dengan perubahan ini, Earners Forum telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah sehingga US$2,243 kepada setiap 5 pemenang. Anda boleh menyertainya dengan mengisi borang penyertaan disini dan menjadi penyumbang aktif kepada Earners Forum.

Saya rasa dengan perubahan ini, Earners Forum akan menjadi salah satu destinasi penting untuk webmaster berbincang, bertukar-tukar pendapat dan juga sebagai satu lagi medium untuk berjual beli selain dari Digital Points dan juga Site Points.

2 Comments Comments Feed

  1. mirul (March 12, 2007, 2:20 am). Reply

    Assalamualaikum Alang,

    Saya mendapati beberapa blog popular juga ada menganjurkan peraduan untuk menarik pelawat.. So, saya mencadangkan agar blog Alang juga maybe bole buat peraduan dsb.. Komen Alang :-)

  2. wizvax (March 13, 2007, 7:49 pm). Reply

    yup..setuju ngan alang..Earners Forum x seaktif DP..

Add a Comment