Bagaimana memilih web host
Written by alang on March 19, 2007
Sejak 2003 hingga sekarang, saya telah menggunakan hosting dari tiga hosting provider di Malaysia iaitu Articulate-X, Mercumaya dan Hive Hosting, VPS dari Spry dan juga dedicated server dari All Managed dan Servstra (yang saya gunakan sekarang). Setiap web host ini memberikan pengalaman yang berbeza kepada saya.
Memilih web host yang sesuai sangat penting di dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah laman web. Bagi pelawat, jika sesebuah laman web tidak dapat dilihat dalam tempoh 30 saat pertama, besar kemungkinan mereka akan klik pada button back dan tidak akan melawat lagi laman web anda. Berikut disenaraikan beberapa tips untuk memilih web host yang sesuai.
1. Pilih web host berdasarkan keperluan anda. Jika laman web anda masih baru dan mempunyai pelawat yang sikit, tidak perlulah anda menggunakan web host yang mempunyai disk space dan juga traffic bandwidth yang tinggi. Anda boleh memilih package yang paling rendah atau beginner package dari hosting tersebut. Kebiasaannya, package ini hanya berharga kurang dari RM100 setahun
2. Baca dulu pendapat pengguna lain terhadap sesuatu web host. Biasanya, anda dapat mencari maklumat mengenai sesuatu web host dari forum webmaster dan juga forum yang khusus mengenai hosting dan server
3. Jika anda melihat sesuatu tawaran seperti 20GB diskspace, 200GB month bandwidth dengan harga RM10 setahun, anda harus menimbang sebaik-baiknya tawaran tersebut kerana besar kemungkinan anda tidak akan memperolehi apa yang ditawarkan. Taktik overseller ini digunakan pemilih web host untuk menarik pelanggan tetapi mereka tidak sedar ia akan mendatangkan masalah kepada mereka kelak.
4. Sebelum anda memilih sesuatu web host, cuba email mereka bertanyakan sesuatu soalan dan lihat berapa lamakah masa yang diambil untuk menjawab soalan anda. Jika masih yang diambil terlalu lama, lupakan sahaja web host tersebut kerana anda sudah boleh jangkakan apakah mutu perkhidmatan yang anda akan perolehi kelak
5. Tahu bilakah masa yang sesuai untuk memilih package hosting yang lebih besar. Jika laman web anda sudah semakin popular dan maka anda harus mempertimbangkan untuk memilih package hosting yang lebih besar. Jika anda mendapat beribu-ribu pelawat sehari, pertimbangkanlah untuk berpindah ke server anda sendiri atau sekurang-kurangnya VPS. Janganlah terlalu memikirkan untuk menjimatkan kos sehingga anda mengabaikan pengalaman pelawat laman web anda kerana ini akan membuatkan anda kehilangan mereka.
Itu adalah antara tips yang dapat saya berikan untuk memilih web host yang sesuai untuk anda. Jika anda mempunyai tips-tips yang lain, sila tinggalkan di ruangan komen.
Comments
Trackbacks
- Tip nak pilih webhosting yang baik - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia 04-30-2008 at 1:57 pm
Submit Reply




03-19-2007
10:58 am
Azahari
Saya nak tambah sikit mengikut pandangan saya:-
1.Beli hosting untuk sekurang-kurangnya setahun
Saya rasa kurang bijak kalau kita beli hosting bayar tiap-tiap bulan sebab domain kita bertahan untuk setahun, kecuali untuk sementara sahaja
2.Fungsi standard web hosting
Lain web host lain cpanel. Saya rasa newbie terutamanya lebih elok memilih web host yang digunakan ramai sebab nanti senang nak rujuk di forum dsb.Kalau guna cpanel yang berlainan mungkin ramai yang tak familiar.
Apa pendapat Alang?
p/s: mungkin lepas ni Alang boleh cerita sikit macam mana proses perpindahan dari satu web host ke web host yang lain
03-19-2007
11:42 am
Affendi
Sebut pasal web hosting ni, sejak akhir-akhir ni saya berminat dengan pakej grid-server oleh media temple,
Dari apa yg saya faham, bila guna grid-server ni web kita bukan di proses oleh satu server jer, dia akan di proses oleh beberapa server secara grid, jadi ianya akan mengelakkan masalah “bad neighbourhood ” problem yg biasa berlaku kat shared hosting ni,
Alang pernah try or dengar tak apa-apa komen drp org ramai pasal grid-server ni, apa yg saya baca drp beberapa forum, ada yg komen kata ada masalah gak grid server ni,
03-19-2007
1:49 pm
alang
saya lebih prefer bayar monthly daripada yearly. Walaupun mungkin harganya lebih murah, tapi kalau ada apa2 masalah, kita dah terikat selama setahun. Kalau bayar secara monthly, bila2 masa kita boleh tukar hosting.
Tentang media temple pula ni salah satu bad experience oleh customer http://uneasysilence.com/archive/2007/01/9338/
03-19-2007
3:16 pm
Azahari
Betul juga kalau kita dah ambil untuk setahun susah juga kalau ada apa-apa hal nanti. Apa pula pendapat Alang tentang web host yang menyediakan unmetered bandwith?
Ada sesetengah webhosting meletakkan bandwith yang kecil, kalau nak lebih kena tambah pulak.. Kalau kita buat forum atau menyediakan download kepada user tidakkah ini mendatangkan masalah kelak?
03-19-2007
7:01 pm
alang
web host yg menyediakan unmetered bandwidth boleh juga dianggap oversell kerana kita tidak tahu berapakah jumlah sebenar yg boleh kita guna. Jgn fikir kita boleh menggunakan beratus-ratus GB bandwidth sebulan kerana ia pasti akan menjejaskan kelajuan server itu sendiri.
Bagi saya, lebih baik kita tahu berapakah jumlah yg boleh kita guna dan betul-betul mengoptimakan penggunaannya daripada membayar utk sesuatu yg disangkakan tiada had, tetapi sebenarnya terdapat banyak masalah lain yg timbul.
Utk forum dan juga site yg menyediakan download, lebih baik menggunakan VPS atau lebih baik server sendiri.
03-19-2007
8:51 pm
mirul
Sebagai permulaan, 15GB diskspace + 3GB monthly bandwidth rasanya sudah memadai..
Ape pendapat Alang
03-19-2007
9:06 pm
alang
bergantung kepada jenis laman web yg kita nak buat.
Sbb tu saya lebih prefer monthly basis sebab jika website makin berkembang, kita boleh terus upgrade.
03-20-2007
9:39 am
farizal
en mirul,
15gb + 3gb bandwidth mmg giler banyak
kalah thumbdrive aku…. ngeh ngeh ngeh
03-20-2007
10:32 am
mirul
opsss.. bukan 15GB tetapi 15MB diskspace.. ‘typing error’.. hehe..
03-20-2007
5:14 pm
farizal
oooo… terkejut gak
aku punya space 200mb + 5 gb monthly bandwidth kat http://www.nikhost.com sejak 2001. bandwidth upgraded 2 thn lepas sbb selalu over limit. skg ni alhamdulillah, ok jer
03-21-2007
4:12 am
Ahmad Uzair
memang kena betul-betul pilih.dulu aku dah kena sekali.server dia kena attack,pastu x buat backup.Dia suruh aku buat baru,ada ke patut.dah bayar setahun pulak tu.rugi kalau kena macam tu.
03-21-2007
8:34 am
lebah
Tumpang tanya ada tips2 atau cara untuk kira bangunkan server sendiri melalui pc kita tak?
03-21-2007
9:21 am
farizal
windows x pasti mcm mana, kalau redhat mmg boleh sbb structure linux mmg sesuai sgt utk dijadikan platform server hosting.
aku dulu² ada pakai redhat utk running localhost website kat ofis. cuma masalah untuk on pc 24 jam 7 hr seminggu… heheheh…
kes mcm ni kena tanya yg xpert. aku tau asas² je
04-06-2007
7:48 am
Azahari
Kat mana selalu Alang refer sebelum memilih web host ni?forum tertentu atau tanya kengkawan atau beberapa web site tentang review web host ni?
04-06-2007
10:01 am
alang
saya selalu refer kat webhostingtalk forum. Saya dah setahun lebih guna dedi server dari servstra.com dan memang berpuas hati dgn servis mereka.
06-11-2008
11:36 am
rudi
kena pilih betul2, jangan sampai segala usaha yang kita buat habis macam tu je kalau kena yang bagi service klass b, tak bertanggungjawab bila kita hadapi masalah di server dia
rudis last blog post..Internet tempat buat duit?—NO Way! IMPOSIBBLE!