Kaedah terkini bagaimana untuk mengeluarkan wang dari paypal
Selepas masalah yang melanda payment processor untuk Gcard dan AccentCard, ramai usahawan internet dari Malaysia menghadapi masalah untuk mengeluarkan wang dari paypal. Saya sendiri menggunakan berbagai cara seperti tukar dengan kawan, jual melalui lelong.com.my dan sebagainya. Walaupun Accent Card telah mengambil langkah mengatasinya dengan mengeluarkan kad yang baru yang dinamakan Accent Card Visa, tetapi saya masih belum menerima kad tersebut.
hongkiat.com sebuah blog mengenai teknologi telah menulis panduan yang lengkap bagaimana untuk mengeluarkan paypal. Walaupun kaedah yang ditulis masih menggunakan kad debit, tetapi ia menggunakan payment processor yang berlainan dari gCard dan Accent Card dan ianya masih boleh digunakan hingga sekarang. Saya masih belum mencuba kaedah ini kerana saya masih menunggu Accent Card yang baru. Selain itu buat masa sekarang, saya mempunyai seseorang yang membeli paypal dari saya dengan kadar yang banyak
Syabas diucapkan kepada hongkiat.com kerana menulis panduan ini dan bagi sesiapa yang masih mencari jalan untuk mengeluarkan paypal boleh mencuba kaedah tersebut dan berik maklum balas disini.



bagus post nie.. tapi nak tunggu ebook MalaysiaPal dulu
alang…
lagi senang kalau jual dengan rina… tak payah keluar modal pun… tak payah beli card, monthly chargers… lagi jimat kan?
anyway, thanks alang…!
Jual ngn rina… saper Rina?? serayes tak tau n nak tau..
BTW, gud post, him (honkiat.com) and you alang!
Terima kasih kerana berkongsi cara keluarkan duit paypal selain accent kad.
@Robotys – nak tau sapa rina sila hubungi saya.
Saya dah beri tahu awl2 semasa kemunculan accent card dulu,yg kaedah tu kurang digalakkan.
tetapi ramai yg tak percaya.
Buleh selak komen sy yg lepas di topic accent card kat blog szab nih
Saya dah lihat kaedah yg ditunjukkan di hongkiat.com ,dan saya dapati ianya menggunakan kad dari virtualmoneyinc.
Nama nya saja pun dah ‘virtual’.Banyak dah saya lihat pengeluar kad maya seperti ini dan biasenya tidak tahan lama.
Walaupun ade yg ‘claim’ kad ini diperakui oleh paypal,namun saya masih meragui kekuatan kompeni ‘maya’ seperti ini menjalankan transaksi ‘wang besar’.
Kalau buat cara ni rasenya buleh kurangkan risiko spam dan buleh menambahkan backlink jika ramai yg memilih servis percuma.betul tak?
sebenarnya, tidak ada jalan yg selamat utk mengeluarkan wang dari paypal selagi paypal tidak membenarkan bank2 dari Malaysia berurusan terus dengan mereka. Apa cara pengeluaran sekali pun ada risikonya.
Kaedah menukar paypal dgn kawan juga ada risiko tetapi kita sebenarnya tidak ada pilihan
ahaaa, betul tu…beginilah nasib rakyat Malaysia yg buat online biz menggunakan Paypal.
Setiap masalah ada cara penyelesaiannya…
Ya benar, sebagai seorang bergelar usahawan kena hadapi risiko…basic rules…
Amanz Network » PayPal dan Malaysia (March 26, 2007, 5:16 pm).
[...] Malaysians can withdraw directly from PayPal Kaedah terkini bagaimana untuk mengeluarkan wang dari PayPal Virtual Money Inc. ?Menj Malaysian, how to take out your money from PayPal? Tell a [...]
Tapi kena jaga, kalau guner virtual acct bukan nama anda..kena blacklist terus.
Saya ader tulis mengenai ini dengan dalam, kerana …saya pon kena freeze dah 2 kali dalam 6 tahun. Ader kala …sebabkan oleh kita…
Dan paling senang…nak terima check US$ ker apa, buka ajer US$ acct.
ader info dalam blog saya… PERCUMA…takder fee pon.Takperlu ader alamat di US atau Social Security etc. Dapat Visa kad (debit) lagi. Checkbook free dll.
Salam dan sejahter selalu
azrin @ http://www.azrin.net