Ulasan: Big Web Links

Written by alang on March 24, 2007

Big Web Links

Big Web Links merupakan satu direktori di mana senarai laman web dibuat mengikut jumlah yang dibayar, bukannya mengikut kaedah biasa yang digunakan oleh kebanyakan direktori iaitu mengikut populariti atau PR.

Walaupun konsep ini bukan baru, malah saya sendiri sudah menggunakannya di ventedoy.com tetapi Big Web Links menjadikannya lebih baik lagi dengan membenarkan sesiapa sahaja menyumbang untuk mana-mana laman web yang mereka suka. Sebagai contoh, misalnya Blog Webmaster Malaysia tersenarai di situ dengan harga minimum US$29.90 dan sesiapa sahaja pembaca setia blog ini yang ingin menyumbang dengan klik pada “Increase Ranking”. Selain itu, pemilik laman web juga boleh menggalakkan pelawat menyumbang dengan meletakkan code yang diberi oleh Big Web Links yang membolehkan pelawat terus klik pada “Increase Ranking” dari laman web tersebut. Sumbangan minima yang boleh dibuat ialah US$1.00, tetapi harga minimum untuk menyenaraikan laman web anda adalah US$29.90

Walaupun baru seminggu dilancarkan, Big Web Links telah mendapat bayaran tertinggi sebanyak US$300 dan saya yakin dengan populariti dan usaha keras pemiliknya Mystik Media, jumlah itu akan menjadi lebih tinggi lagi dalam masa yang singkat.

p/s – Big Web Links merupakan penaja untuk Blog Webmaster Malaysia

Related posts:

  1. Ulasan: One Million Malaysian Webmaster Links Tag Walaupun

  2. Senarai blog perniagaan internet di dalam Bahasa Melayu Saya terta

  3. Ulasan Ebook: Menjana Produk Tanpa Wang Saya dihub

  4. Ulasan: Beyond Adsense 2007 Beyond Ad

  5. Tips submit laman web ke direktori Sebagai pe

Comments

Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message