Malaysiapal edisi kedua dilancarkan?
Jika pembaca semua masih ingat saya ada memberi ulasan yang baik tentang ebook Malaysiapal yang pertama tidak lama dulu. Bagi saya, ia memang banyak memberi penyelesaian kepada masalah untuk pengguna paypal di Malaysia tambahan pula ebook tersebut diberikan secara percuma
Saya memang mengetahui yang saudara Hafiz sedang menyiapkan edisi kedua jadi apabila saya mendapat maklumat daripada sebuah thread di forum WangCyber yang ebook MalaysiaPal edisi kedua sudah dilancarkan, saya pun terus pergi ke laman web tersebut untuk mendapatkannya.
Seperti dijangka, ebook edisi kedua ini tidak percuma lagi di mana harganya adalah US$3 ataupun RM10. Saya pun terus klik pada butang buy now paypal dan terus membuat bayaran tanpa sebarang masalah.
Masalah bermula selepas itu. Dari pengalaman saya sebelum ini, biasanya selepas membuat bayaran, saya akan terus di bawa ke halaman yang membolehkan saya mendownload ebook tersebut. Tetapi, malangnya, saya di bawah ke satu muka surat seperti di bawah yang mengatakan “Purchase Record Not Found”
Walaupun ini adalah kali pertama saya menghadapi masalah seperti ini tetapi berdasarkan pengalaman yang lepas, saya tahu yang saya akan mendapat email yang juga memberikan saya link untuk download ebook tersebut. Dan jangkaan saya tepat apabila memang saya menerima email dari Malaysiapal memberikan url di mana saya boleh mendapatkan ebook tersebut. Saya pun dengan tak sabar klik pada link tersebut dan tahu apa yang saya dapat?
Jika kesilapan pertama saya boleh menerima tetapi saya memang tidak dapat menerima apabila sekali lagi saya gagal untuk mendapatkan ebook yang telah saya BELI. Tetapi harapan saya kembali apabila menerima satu lagi email dari pihak MalaysiaPal
Selepas klik pada link tersebut, saya di bawa ke satu lagi page seperti ini. Saya pun hairan kenapa pihak MalaysiaPal begitu menyusahkan pelangganya untuk mendapatkan ebook yang telah mereka membayar. Kenapa perlu saya memasukkan maklumat diri saya sekali lagi?
Selepas mengisi maklumat, saya fikir akhirnya dapatlah saya mendownload dan membaca ebook tersebut. Tetapi TIDAK!! Saya dipaksa pula membaca satu salesletter yang panjang seperti dibawah
Ini adalah pengalaman terburuk saya membeli satu digital produk. Saya tak kisah banyak langkah yang perlu diambil jika produk tersebut adalah percuma tetapi ini BERBAYAR. Walaupun harganya cukup murah, tetapi perlukah penjual menyusahkan pembeli sebegitu rupa hanya semata-mata itu adalah strategi pemasarannya yang menjual dengan harga yang rendah.
Ebook tersebut akhirnya dapat saya download dan masih belum membacanya. Saya akan membaca dan membuat ulasan yang ikhlas walaupun saya mengalami pengalaman yang buruk.
UPDATE
Saya menerima email dari saudara Hafiz memaklumkan yang beliau telah membetulkan kesilapan sebelum ini. Saya juga menerima maklum balas dari pembeli Malaysia Pal bahawa mereka terus menerima ebook tersebut ke dalam email mereka selepas membuat bayaran. Syabas diucapkan kepada saudara Hafiz kerana membetulkan kesilapan ini secepat mungkin








Ops, Bitol.. Strategi tu banyak diguna pakai Internet Marketer luar. Tapi hanya untuk ebook yang diedarkan secara PERCUMA.
Untuk ebook berbayar, MUDAHKAN PROSES BELIAN.
Sy support local internet marketer yg ada insiatif nak memajukan diri dan industri. cuma ada beberapa caramarketing spt ini x bape sesuai la untuk sesetengah org. Apa pun ini adalah strategi perniagaan..
Apa pun,malaysiapal v2.0 mmg best. mmg berbaloi beli.
Kalau tak beli lagi mungkin boleh tinggal terus web tu..tapi sebab dah beli, nak tak nak terpaksa la ikut arahan sehingga habis. Benda yang kita dah bayar patut lebih mudah untuk kita dapat
Patut kena kira berapa klik dari proses bayaran sampai download ebook tu. Jangan sampai pembeli rasa tidak selesa
Bagus Alang sebab kritikan dan komen anda objektif.
Kalau salah di tegur, kalau betul dipuji.
Sepatutnya ebook berbayar tiada masalah sebegini.. dan tiada lagi salesletter yg tersepit dicelah2 download link.
Ya benar, ebook malaysiapal memang bagus, tetapi customer selalunya mahukan suatu servis yang pantas dan tiada masalah…bagus budak bitol ni…
teknik squeeze page dan upsell yang kurang baik? Perlu shortcut sikit kut cara penyelitan squeeze page tu.
Memang ‘jauh perjalanan’ untuk download eBook MalaysiaPal nie
Apapun, Tahniah untuk Bitol! memang tak rugi beli..
Sebelum nie ada test dgn Bitol. Memang ada masalah, tapi dapat diselesaikan. Jadi lepas tu, semuanya ok untuk proses pembayaran dan download.
Terkejut juga alang dapat masalah macam nie. eerrrmmm…
Alang,
Saya dah agak perkara camni terjadi. Saya dah try script tersebut dengan Sufian and Matt Ng. Lepas dah fix everything, semuanya berjalan lancar. Try dengan Matt Ng the very last minute sebelum lancarkan.
Sekarang everything dah OK. Sorry sebab menyusahkan Alang. Thanks sebab saya betul-betul hargai post ni. Kita tak disedar kalau tak ditegur
Hafiz Latib
Alang,
Diharap Alang berpuas hati dengan isi kandungan ebook Hafiz…
Mungkin MalaysiaPal harus tukar strategi jualan kepada yang lebih mudah kerana takut orang ramai merungut pula.
Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
kandungan ebook tersebut memang bagus tetapi bak kata orang dulu-dulu, “orang yang cantik akan kelihatan hodoh jika perangai tidak elok”
Saya harap kritikan saya itu diambil secara positif, tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa kerana saya dan bitol kawan baik dan beliau telah banyak membantu saya sebelum ini. Saya cuma tidak mahu perkara ini terjadi kepada pembeli yang tidak kenal bitol atau lebih buruk lagi kalau pembeli dari negara luar.
teguran alang berlandaskan positif
saya percaya bitol seorang yg professional… saya dah beli ebook tu dan rm10 tu sememangnya murah. win-win situation
minta tolong…..sape2 ade ebook malaysia pal yg 1 lu….bg la kat sy…plz
sy sudah membuat bayaran menggunakan maybank2u.com & terus email butir2 pembayaran kpd support@malaysiapal.com tetapi sy hampa kerana sampai sekarang sy masih belum menerima ebook yg dinyatakan. apa yg telah berlaku?? di manakah ebook yg dijanjikan? apabila sy uba menghantar butir2 tsb sekali lagi, sy menerima msg bahawa mailbox malaysiapal telah exceed limit. bagaimana sy boleh mendapatkan ebook sy??????? adakah ini satu lg penipuan?!!!