Ulasan Ebook: Malaysia Pal; Alternatif Paypal di Malaysia

Written by alang on March 27, 2007

Akhirnya, saya telah habis membaca ebook terbaru Malaysia Pal dan ternyata ebook tersebut memang bagus dan banyak pengetahuan yang boleh diperolehi daripadanya.

Di dalam ebook tersebut, diterangkan TIGA kaedah untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda. Mungkin selama ini anda hanya mengetahui satu atau dua kaedah tetapi dengan terdapatnya tiga kaedah, bermakna jika sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap salah satu kaedah, anda masih lagi mempunyai alternatif.

Ebook ini mempunyai 27 muka surat dan selain daripada tiga kaedah pengeluaran paypal, penulisnya juga turut menerangkan cara bagaimana anda dapat memaksimumkan keuntungan anda dengan Malaysia Pal. Selain itu, anda juga berpeluang menjual semula ebook ini dengan harga RM 10.00 atau US$3.00 dan kesemua hasil jualan tersebut diperolehi oleh anda.

Saya tidak meletakkan affiliate link saya di sini selagi pihak Malaysia Pal tidak menukar langkah untuk pengguna mendapatkan ebook selepas membuat bayaran kerana bagi saya, kepuasan pelanggan lebih utama dari keuntungan. Selepas pembeli membuat bayaran, apa yang penting bagi mereka ialah memperolehi barang yang mereka beli secepat mungkin. Mungkin langkah yang lebih wajar bagi pihak Malaysia Pal ialah menggunakan email untuk membuat sesuatu promosi selepas beberapa hari pembeli mendapatkan beliannya. Biasanya ketika ini, pembeli telahpun habis membaca dan mereka dahagakan ilmu baru pula.

Saya bukanlah pakar dalam bidang pemasaran internet tetapi saya memberikan pendapat saya sebagai seorang pembeli.

Comments

  • 03-28-2007
    5:18 pm

    Reply

    Robotys

    Saya pon dah baca ebook tuh and 2 thumbs up for them!

    Saya tak merasa lak ke”sengsara”an cam alang sebab ebook saya directly send to my mail..

    but if alang can, noticed us also if they change the “user experience”, leh wat rujukan. ;)


  • 03-29-2007
    11:55 am

    Reply

    farizal

    smalam saya beli ebook tu xde masalah mcm alang kena :D semua ok je. link direct ke email…

    apa2 pun, ebook tu dapat membantu pemahaman saya mengenai kad debit dan pengeluaran duit dari paypal.


  • 03-30-2007
    6:50 pm

    Reply

    mirul

    betul tu :) ebook MalaysiaPal nie memang menarik – padat, ringkas dan mudah untuk difahami.. dan saya tertarik dengan kaedah ke-3 tu :)


  • 03-31-2007
    11:33 am

    Reply

    edy_sifuku

    asalamualaikum.
    maaf ye,nak tanya..kalau akaun paypal kita belum verified, b oleh ker orang lain masukkan duit ke akaun paypal kita. sebab saya masih tunggu surat dari PB bagi kad debit


  • 04-02-2007
    7:48 pm

    Reply

    cjcm

    Saya baru saja beli ebook tersebut semalam. Macam kata Alang, memang panjang prosesnya… tapi sebab nak beli juga ebook tu… terpaksa lalui juga. Berkenaan e-book tu, mmg betul kata Alang, bagus isi kandungannya.


  • 06-16-2007
    7:02 pm

    Reply

    lynn

    hai,
    saya nak beli gak lah ebook ni…email kat saya k…


  • 12-11-2009
    10:32 pm

    Reply

    Belajarlah dari guru yang sedia membimbing anda dari mula sampai akhir

    mcm mana nak beli paypal,saya sudah ader,xpi x tau nak dapatkan credit paypal.
    hanks alang


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message