Ulasan Kedai Karikatur

20alang3rd Apr 2007Entri, ,

Sebelum ini saya pernah memaklumkan tentang perkhidmatan melukis karikatur ini disini dan selepas lebih kurang 2 bulan, semalam saya mengambil keputusan untuk mencuba sendiri perkhidmatan mereka. Saya terus klik pada link yang terdapat di blog saya dan saya mendapati bahawa mereka telah memindahkan laman web mereka dari http://rm10karikatur.blogspot.com/ ke domain sendiri iaitu http://www.karikatur4u.com/. Bagi saya, ini merupakan satu langkah yang bijak untuk meyakinkan pelanggan tentang perkhidmatan mereka dan meluaskan sasaran perkhidmatan mereka.

Saya menempah pakej avatar berwarna yang berharga RM 25.00 dan melalui apa yang saya baca di laman web tersebut tempoh untuk menyiapkan satu karikatur mengambil masa 3 hari dan ini merupakan satu tempoh masa yang sangat munasabah. Saya membuat bayaran melalui Maybank2u dan menjangkakan paling cepat hari Rabu baru karikatur saya akan siap. Tiba-tiba 10 minit yang lalu saya mendapat email dari mereka yang mengatakan karikatur saya sudah siap dan ia hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Dari segi kualiti memang saya betul-betul berpuas hati dengan kerja mereka, dan kelebihan menempah karikatur secara online ini adalah anda tidak perlu menunggu. Selain format jpg, anda boleh mendapatkan karikatur anda dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan akan dihantar ke rumah anda.

Bagi saya, Karikatur4u.com memang mempunyai potensi yang sangat besar. Bidang ini sebelum ini dikuasai oleh pelukis dari luar negara dan harga yang paling rendah ialah US$50 atau lebih kurang RM 172.00 Harga yang ditawarkan oleh Karikatur4u.com jauh lebih rendah dan saya percaya mereka memang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Inilah rupa saya di dalam bentuk karikatur ;)

avatar2-lowres.jpg

20 Comments Comments Feed

  1. mirul (April 4, 2007, 12:31 am). Reply

    emm.. jeles pula tengok avatar Alang tu :) memang cantik & kemas.. lepas nie saya pun nak order satu :)

  2. Akmal (April 4, 2007, 2:43 am). Reply

    Saya pun ade tempah dr website tu…hasilnya amat bagus…muka yg x ensem pun bleh jadi comel/hensem bile dikartunkan heheheh….

  3. Raimi (April 4, 2007, 8:20 am). Reply

    wah..ok gak harga nya.. ini pakai lukisan tangan atau photoshop ni? nak stadi la.. :)

  4. Robotys (April 4, 2007, 11:26 am). Reply

    Wah..ader karikatur dah!

    hmm, ingatkan lukis tangan… tapi nampak cam photoshop… pepehal pon: Brilliant idea!! mmg boleh menembusi pasaran antarabangsa nih.. ;)

  5. Mohd Sufian (April 4, 2007, 12:15 pm). Reply

    Nampak muda tu, :D

  6. Iskandar (April 4, 2007, 4:20 pm). Reply

    Lubang hidung kasi besar sikit hehe …

    Jgn marah ek, Alang

  7. Cerita karikatur » Blog Archive (April 4, 2007, 4:31 pm). Reply

    [...] di bawah ini pula antara komen beliau yang saya petik daripada blog beliau setelah mencuba perkhidmatan kami Dari segi kualiti memang saya betul-betul berpuas hati dengan [...]

  8. Galadriel (April 4, 2007, 7:49 pm). Reply

    Ceh… apala ko Iskandar ….

    Molek doh gambo tu … ;)

    Sufian … muda lagi tu … jangan kata tua, nanti kak Galadriel pun terasa coz saya dan Alang beza setahun je umur …

  9. alang (April 4, 2007, 9:22 pm). Reply

    weh Is, aku dah 2 tahun kenal hang sampai skrg tak tau rupa macam mana, ntah-ntah lubang idung lagi besar dari aku kot :P

    gambar tu nampak muda sbb gambar 3 tahun lepas

  10. Iskandar (April 4, 2007, 9:27 pm). Reply

    Hehe .. aku suruh dia besarkan lagi lubang hidung tu sebab nak lawan dgn lubang hidung aku ni la, ahaks!

  11. Zaizen (April 5, 2007, 12:49 am). Reply

    Wah..cun gile gambar..hmm, tapi nape bibir nya kaler merah ek..hehe

  12. alang (April 5, 2007, 1:34 am). Reply

    bibir saya memang merah, non smoker kan :P

  13. angahboy (April 10, 2007, 2:49 pm). Reply

    kemasla… mcm guna adobe illustrator. Memang ade kelas… btul zaizen, bibir merah mcm pkai gincu…

  14. jOnOs (April 12, 2007, 1:46 am). Reply

    Sangat menarik!

  15. Emio (April 18, 2007, 4:43 pm). Reply

    idup pekarikatur.. hehe

    Jonos pon bley buat .. jgn malu bang..

  16. Mohd S (April 18, 2007, 5:06 pm). Reply

    Rasanya ini satu idea yang bagus dari pemilik laman web tersebut. Pernah tengok Ted Geoff tak? Cuba tengok laman web beliau…dah lama beliau bisnes kartun ni…dan sekarang ni fee dia semakin mahal. Dahsyat tu…apa-apa pun tahniah kerana anda yang pertama di Malaysia!

  17. ami.ene rev (April 29, 2007, 9:43 am). Reply

    tahniah! perkhidmatan anda murah dan bijak!

  18. bell (April 18, 2008, 10:17 am). Reply

    sata ada call Shuhazmir (pelukis) utk buat tempahan…tapi tak dapat2…camner yer? ader suggestion???

  19. reezluv (January 14, 2010, 12:19 pm). Reply

    web tu dah takde rasanya..mana pegi tah lah..

    • alang (January 17, 2010, 12:31 am). Reply

      dah dekat 2 tahun saya buat review ni. Mungkin owner dia dah tak offer servis ni.

Add a Comment