CJCMedia Network, rangkaian blog pertama di Malaysia
Written by alang on April 6, 2007
Pertama sekali syabas diucapkan kepada saudara Che Jaafar Che Man atau lebih dikenali sebagai CJCM kerana usaha beliau menubuhkan rangkaian blog yang pertama di Malaysia. Bagi sesiapa yang belum mengenali CJCM, beliau antara blogger dari Malaysia yang aktif dan merupakan penulis untuk beberapa blog seperti PDA’s Review, Gadgetell dan juga Profy
Rangkaian blog ini yang dinamakan CJCMedia Network ditubuhkan pada bulan Februari dan antara misi mereka ialah mewujudkan rangkaian antara blogger dari Malaysia dan juga antarabangsa. CJCMedia Network menawarkan sokongan dari aspek teknikal dan juga infrastruktur kepada semua blogger di bawah rangkaiannya. Buat masa ini, CJCMedia Network mempunyai 4 blog di bawahnya iaitu Musing Mother, Street-IT, Web Programming dan juga Woman vs Sport
Bagi saya idea dan usaha untuk CJCM untuk menubuhkan rangkaian blog pertama dari Malaysia memang harus dipuji tetapi masih terlalu banyak langkah yang perlu diambil untuk bersaing dengan rangkaian blog sedia ada seperti b5Media, BloggyNetwork dan juga Weblogs Inc.
Antara langkah pertama yang harus diambil ialah menggunakan domain sendiri untuk rangkaian blog tersebut. Menggunakan subdomain mynet.cjcm2u.com dari blog beliau www.cjcm2u.com untuk sesuatu laman web yang besar seperti ini bukanlah satu idea yang baik bagi saya kerana ia tidak menampakkan kesungguhan kita terhadap perkara tersebut. Dan apabila blog di bawah rangkaian beliau juga menggunakan subdomain seperti parenting.cjcm2u.com ini menampakkan seolah-olah blog tersebut di bawah cjcm2u.com bukannya mynet.cjcm2u.com. Mungkin untuk menunjukkan yang rangkaian blog tersebut dari Malaysia, saudara CJCM boleh mendaftarkan .com.my domain seperti cjcmedianetwork.com.my contohnya. Malah, lebih baik jika beliau mendaftarkan juga cjcmedianetwork.com untuk mewujudkan jenama dan identiti terhadap nama rangkaian blog beliau iaitu CJCMedia Network.
Sebut tentang jenama dan identiti, CJCMedia Network juga harus mempunyai logo dan design sendiri untuk laman web mereka. Seperti juga subdomain, menggunakan design percuma yang juga digunakan oleh beribu-ribu lain tidak menampakkan kesungguhan. Rangkaian blog ini merupakan satu projek yang besar apatah lagi yang pertama di Malaysia jadi saudara CJCM harus mempunyai perancangan yang teliti dan juga modal untuk merealisasikannya. Untuk mewujudkan identiti ini, semua blog di bawah rangkaian CJCMedia Network juga harus mempunyai design yang serupa atau seakan-akan sama supaya apabila pelawat masuk, secara automatik mereka tahu blog tersebut di bawah rangkaian mana.
Walaubagaimanapun, tindakan beliau untuk menggunakan subdomain bagi blog di bawah rangkaian beliau adalah tindakan yang bijak kerana ia akan mengukuhkan lagi kedudukan CJCMedia Network dalam search engine.
Saya rasa, masih belum terlewat untuk CJCM melaksanakan cadangan yang saya berikan. Saya juga masih menunggu rangkaian blog yang pertama di Malaysia untuk blog di dalam Bahasa Melayu. Mungkin tidak ada pihak yang sanggup melakukannya kerana beranggapan sukar untuk mendapat pulangan, tetapi saya sudah membuktikan yang blog di dalam Bahasa Melayu juga boleh dijual di peringkat antarabangsa.
Comments
Trackbacks
- diari seorang usahawan internet 04-06-2007 at 9:34 pm
Submit Reply





04-06-2007
11:53 am
aku
bagi aku, cadangan tentang nama cjcmedianetwork.com.my agak kurang praktikal. too long. berkemungkinan penggunakan akan typo.
cadangan aku: cjcm.com.my
memo untuk cjcm:
kalau tak mau susah2, boleh beli melalui aku. tiada caj tambahan. rm100 juga. boleh kontek melalui blog aku.
04-06-2007
11:59 am
alang
nama tersebut hanyalah sekadar cadangan saja, apa yg saya nak sampaikan ialah guna domain bukan subdomain.
04-06-2007
3:03 pm
Azahari
Saya sokong cadangan untuk menggunakan Bahasa Melayu. Tambahan pula rangkaian blog dalam BM masih kurang. Blog dalam BM banyak tapi tiada usaha untuk menyatukannya.Bak kata Alang
04-06-2007
7:43 pm
cjcm
Terima kasih Alang kerana cadangan yg bagus. Tentang subdomain tu, memang betul.. saya dah terfikir tapi entah bagainama tergerak hati untuk guna subdomain cjcm2u je.. tapi atas pandangan Alang dan kengkawan kat sini, saya baru saja register new domain cjcmedia.net… short and simple. So, that’s how serious I am with this network.
Berkenaan grafik dan wordpress theme, itu sudah ada dalam perancangan. Tunggu kelahiran logo cjcmedia dalam masa terdekat. Insyallah, disusuli dengan blog theme yg unik untuk cjcmedia.
Tentang, subdomain. That one stays… all blogs will be under subdomains of cjcmedia.net. I dont think that is an issue because I have done researches, there are many blog network operating under subdomains. Our challenge is to generate good contents and traffic.
I will keep you updated. Thx for your supports everyone. Another new blog will be up soon. If anyone of you interested you know what to do….
Great job Alang!
04-06-2007
11:44 pm
ahib0205
ehem2… labonon tu yg menyibuk..
hm… sy ni dok kumpul duit nk beli hosting huhuhuh.. alang dh berjaya… sfiuku adly aka labonon…
04-07-2007
3:51 am
Zaizen
ccjm,,,kalau you perlukan logo i blh tlg buatkan..harga berpatutan sgt..
04-08-2007
1:23 am
Bat
saya dah pun buat rangkaian blog dalam bahasa melayu, cuma belum diumumkan lagi, sedang mengumpul blogger2..harap-harap menjadi usaha saya ni. InsyaAllah…
04-08-2007
8:53 am
cjcm
@Zaizen… timekasih atas tawaran. Sebenarnya saya dah ade kawan grafik designer but I am open for options. Insyaallah saya akan hubungi awak.
@Bat Tahniah untuk rangkaian blog bahasa melayu. Mungkin kita boleh buat collaboration in some way? What do you think?
04-08-2007
1:11 pm
Jack
cjcm: i agree with you. engadget has a lot of sub domain too.
the most important is content.
04-08-2007
2:20 pm
Bat
@cjcm: terima kasih, tapi tu la, belum diumumkan lagi, boleh juga, saya pun berminat kalau boleh collaborate ngan saudara cjcm..