Cara mudah untuk meningkatkan Alexa Ranking
Written by alang on April 8, 2007
Mungkin sudah ramai yang mengetahui kaedah ini tetapi saya rasa ramai lagi yang belum mengetahuinya. Dan mungkin ada yang beranggapan yang Alexa Ranking kurang penting tetapi untuk beberapa servis seperti Text Link Ads dan ReviewMe menggunakan Alexa Ranking untuk menentukan harga text link dan juga blog post yang akan dijual di laman web anda.
Umum mengetahui bahawa Alexa Ranking diperolehi melalui pelawat yang memasang Alexa Toolbar di browser mereka. Tetapi berapa orangkah yang memasangnya kerana toolbar tersebut dikatakan mengandungi spyware. Selain itu, semakin ramai orang menggunakan Firefox sekarang sedangkan Alexa Toolbar hanyalah untuk Internet Explorer.
Jadi bagaimanakah untuk anda merekodkan setiap pelawat yang melawat laman web anda ke dalam statistik alexa? Caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan button alexa di setiap muka surat laman web anda. Button tersebut mengandungi javascript yang membolehkan setiap data pelawat dihantar kepada alexa dan dengan itu statistik alexa untuk laman web anda lebih tepat kerana ia mengambil kira setiap pelawat.
Anda boleh mendapatkan button tersebut di http://www.alexa.com/site/site_stats/signup dan hanya perlu copy dan pastekan code tersebut di laman web anda.
Comments
Trackbacks
- How to increase Alexa Ranking | Make Money Online, Internet and Technology Blog 04-09-2007 at 10:21 pm
Submit Reply




04-09-2007
1:28 am
LiewCF
wow! I tak tahu tip ini! thanks!
04-09-2007
1:39 am
Mohd Sufian
Betul tu. menarik tips nie. saya memang tak tau pun.
04-09-2007
8:14 am
Azahari
Saya pun tak tau…hehe..baru je letak di blog & nak tengok hasilnya camner
04-09-2007
9:16 am
farizal
saya pun x tau plak pasal benda ni… apa pun, saya kena try dulu utk letakkan ke dlm blog saya
tq!
04-09-2007
10:10 am
mirul
Thanks Alang
saya pun baru je letak button Alexa kat website
04-09-2007
10:36 am
Robotys
Hmm, saya dah lama tahu… apa yg saya baru tahu is, Alexa track traffic sesebuah website daripada script button tuh rupenyer…
Thx Alang for sharing, a really good tips indeed!
04-10-2007
7:55 am
Ahmad Uzair
kali ni tips dari alang memang menarik.Thumbs up!
04-13-2007
11:26 pm
RajaBlog.info
alang, letak kat setiap page ke atau kat footer (atau header) aje?
04-14-2007
8:09 pm
RajaBlog.info
oh, saya terlepas pandang. Letak kat setiap page…
05-24-2007
4:23 pm
armier
alang..good tips
thanks
06-20-2007
6:11 pm
peluang
Sy cuba tip’s anda di blog saya : http://club-investor.blogspot.com
Many thank’s…
08-07-2007
9:53 pm
kita
saya dah copy kod tersebut tapi keluar mesej no data
02-15-2008
9:44 am
man
salah satu cara nak naikkan traffic yang cepat cuba system ni percuma aje ianya dicipta oleh pakar traffic cuba la: http://crazywebtraffic.blogspot.com/
man’s last blog post..plasma computer
12-01-2009
1:56 am
TedRichie
kalau blog macamana? letak kt widget bole? coz semua page still nampak all widget nih… thanks la site ni byk info
08-07-2007
10:02 pm
alang
sebab website you masih terlalu baru ataupun trafik terlalu sedikit.