Masukkan contact form ke laman web anda dengan cepat menggunakan myContactForm.com

10alang17th Apr 2007Entri, ,

Salah satu elemen penting untuk sesebuah laman web / blog ialah mempunyai contact form. Bagi saya, ia adalah wajib kerana tanpa contact form, ia diibaratkan seperti sebuah syarikat yang tidak mempunyai telefon dan juga pejabat.

Contact form merupakan satu medium yang penting untuk pelawat menghubungi anda. Ada yang bertujuan untuk bertanyakan soalan, ataupun membeli ruang iklan, memberikan cadangan dan tak kurang juga yang memberikan komen-komen sama ada yang sedap atau tak sedap didengar. Tetapi dengan melalui contact form lah kita boleh mendapatkan maklum balas untuk meningkatkan lagi mutu sesebuah laman web.

Bagi pengguna CMS (Content Management System) mungkin contact sudah sedia terbina. Tetapi bagi yang membina laman web dalam html format, tentu agak sukar. Di dalam wordpress sendiri sukar mencari contact form yang benar-benar berkualiti dan bebas dari spam.

myContactForm.com

myContactForm.com memberikan cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah di atas. Hanya dengan beberapa klik, copy dan paste, anda sudah boleh menambah contact form. Terdapat pelbagai pilihan format seperti drop down, check box, radio button dan sebagainya yang boleh anda pilih dalam setiap langkah pembinaannya yang bagi saya memang sungguh mudah.

Terdapat 2 pilihan pakej iaitu percuma dan berbayar, dimana pakej percuma mempunyai limit sebanyak 20 kali digunakan untuk sebulan dan berbayar mempunyai limit sebanyak 5000 sebulan. Selain itu, pakej percuma juga mempunyai iklan pada contact form anda. Saya memilih pakej berbayar kerana harganya hanyalah $24.99 (RM86.00) setahun.

Apa yang saya paling suka tentang myContactForm.com ini ialah ia mempunyai spam filternya sendiri jadi walaupun form tersebut tidak mempunyai CAPTCHA, sebarang email berbentuk spam akan disekat terlebih dahulu sebelum sampai kepada anda.

10 Comments Comments Feed

  1. Azahari (April 17, 2007, 4:47 pm). Reply

    Selama ni saya tak pakai pun form..sebab rissaukan SPAM ni la.Mungkin lepas ni boleh cuba form ni pulak..

  2. Mohd Sufian (April 18, 2007, 7:41 am). Reply

    Samalah juga dengan saya. Tapi ini adalah satu alternatif yang baik.

  3. kaizen (April 18, 2007, 7:43 am). Reply

    macam nak menggunakannya.

  4. bismut (April 18, 2007, 10:49 am). Reply

    Nak tahu jugak ye SPAM ni proses dia mcmana sebab ada laman web personal saya yang tak popular pun tapi terkena jugak SPAM suruh beli viagra..Ingatkan dia scanning laman web besar je..

  5. Galadriel (April 18, 2007, 4:44 pm). Reply

    Alang,

    Sekarang saya pun dah letak contact form, iaitu, dari MyContactStation.

    MyContactStation ada CAPTCHA dan fungsi untuk tell-a-friend, anonymous feedback dan mailing list.

    Saya letak kat sini:
    http://www.internetmelayu.com/blog/contact-me/

  6. aliabu (April 18, 2007, 6:18 pm). Reply

    sy tak fhm lah… spam pada laman web ni mcm mn?? spam pada form mcm mn?

  7. aku (April 18, 2007, 9:20 pm). Reply

    thanks alang.. satu lagi maklumat berguna dari saudara alang.

  8. Maizul (April 18, 2007, 11:33 pm). Reply

    Betul jugak kata Alang tu… patut tiap blog pasang contact form.

  9. wizvax (April 22, 2007, 4:50 am). Reply

    Nie satu lg http://www.contactify.com/. Bleh la try

  10. MSO (April 23, 2007, 10:55 am). Reply

    sebenarnya, banyak jugak free contact form ni. Tetapi yang sebaiknya form tu attach sekali dengan laman web, bukannya redirect pada form yang ada dalam laman web penyedia. Kalau form tu attach sekali dalam laman web kita, then nampak professional sikit. So, kena pandai jugak cari contact form ni…

Add a Comment