Jika saya boleh kembali ke masa silam…
Anggaplah ayat diatas sebagai angan-angan saya sahaja kerana sebagai manusia biasa memang mustahil untuk melakukannya. Angan-angan saya ini timbul selepas menyaksikan siri televisyen kegemaran saya Heroes, di mana salah seorang wataknya, Hiro Nakamura mempunyai kebolehan untuk menghentikan waktu dan juga pergi ke masa hadapan atau berundur ke masa silam.
Ok, cukuplah cerita tentang televisyen, apa yang saya nak sampaikan disini ialah terdapat beberapa perkara yang jika saya boleh lakukan semula, saya yakin saya dapat melakukannya dengan lebih baik. Ketika saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet (ya, saya masih memanggilnya perniagaan internet walaupun saya tidak mempunyai sebarang produk, tetapi saya menjual ruang iklan), saya tidak mempunyai sedikit asas pun dalam bidang ini. Jadi, semua yang saya lakukan adalah berdasarkan “trial and error”. Walaupun sesetengah orang berpendapat ia adalah cara terbaik untuk belajar, tetapi ia sebenarnya agak membuang masa. Saya belajar sesuatu dengan cara saya sendiri tanpa pedoman dari sesiapa. Saya juga tidak tahu apakah yang saya buat itu, pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini dan apakah hasilnya.
Jadi, saya mengetahui yang usahwan muda kita yang cukup aktif, saudara Hafiz menulis ebook “Kesilapan Usahawan Muda Internet” saya terus memberitahu beliau untuk berkongsi kesilapan yang pernah saya lakukan dulu. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengetahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh usahawan sebelum ini, dapatkan ebook tersebut secara percuma. Bagi saya, walaupun percuma tetapi ebook ini mempunyai nilai yang begitu tinggi kerana ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang anda dengan tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dulu.
Dapatkan ebook percuma tersebut sekarang!
p/s – maaf kerana sudah lama tidak menulis, saya terlalu sibuk dengan beberapa projek lain sekarang. InsyaAllah, nantikan wajah baru Blog Webmaster Malaysia beberapa hari lagi



again free gift from Alang..thanks a lot
Erk.. Bukan ke post ni dah ada aritu. Patut la hilang, kena tunggu pelancaran yer.. Terima kasih. Saya dah download
Banyak benda boleh saya nak betulkan kalau boleh dipusingkan masa.
Wizvax…ni free bukan dari alang, tapi dari Hafiz. Hafiz si bitol ke yang tulis ebook ni?
@ambsmart – saya pun dapat juga..tapi melalui feedburner kan? kalau tak salah saya bila kita klik publish, feedburner akan hantar email automatik. So,kita kena hati-hati kalau nak buat schedule post ni.. betul ke Alang?
@Azahari – bukan salah feedburner, salah saya. Saya terlupa nak edit timestamp sebelum tekan publish.
Jiwa muda juga alang ni ye..minat Heroes tu..
. Semua org muda minat tu.
Betul tu alang, kadang2 trial & error ialah guru t’baik tp kadang2 ia agak membosankan dan membuang masa..semua IM pernah melaluinya..termasuk sy. Tak rugi download ebook ni.
Hehe.. tu la.. rase mcm penah nampak post ni dulu
Cerita Heroes sgt best.. 2 thumbs Up!!!
eh.. cam salah topik jer..
ps: Kalau saya leh kembali ke masa silam, saya akan ajar diri saya pada masa tuh akan mender2 yg x sepatutnya “saya” buat… huhuhu