Apabila berita tidak lagi berasaskan fakta
Written by alang on May 18, 2007
Saya jarang menulis perkara-perkara yang berkaitan dengan skim pelaburan internet kerana blog ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan perkara tersebut. Tambahan pula, saya memang menentang (walaupun tak secara terang-terangan) semua skim-skim cepat kaya tersebut.
Tetapi disini bukan saya hendak memperkatakan tentang penganjur skim cepat kaya itu tetapi sebaliknya orang-orang yang kononnya hendak menentang. Mereka ini bukanlah sebarangan orang malah cerdik pandai yang pakar dalam bidang-bidang IT. Malangnya, bagaimana pakar pun seseorang itu tetapi apabila mereka mengeluarkan kenyataan berdasarkan apa yang dilaporkan, bukan hasil siasatan mereka sendiri, itu menjatuhkah kredibiliti mereka.
Tulisan ini adalah rentetan dari satu laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia yang menyenaraikan beberapa laman web yang dikatakan penganjur skim cepat kaya. Saya tidak mahu membuat komen tentang laman web lain kerana saya bukanlah ahli disana. Salah satu laman web yang disenaraikan iaitu www.wangcyber.com adalah merupakan tempat untuk usahawan internet di Malaysia khususnya berbangsa Melayu berbincang. Bagaimana sebuah forum untuk tempat berbincang boleh dikatakan sebagai penganjur skim cepat kaya? Pernahkah mereka yang mengeluarkan kenyataan tersebut meluangkan masa melawat dan membaca isi kandungan laman web yang disenaraikan itu?
Kita banyak membaca berita kononnya blog merupakan tempat penyebaran khabar angin, tetapi apa yang ingin kita katakan apabila sebuah akhbar yang dibaca oleh setiap lapis penduduk melaporkan berita yang juga boleh dikatakan khabar angin kerana ia langsung tidak berasaskan fakta.
Tidak hairanlah sehingga sekarang saya masih sukar untuk menerangkan apakah pekerjaan saya apabila ditanya kerana mereka yang “pakar” pun masih tidak dapat membezakan apakah perniagaan internet yang sebenar dengan skim pelaburan.
Comments
Trackbacks
- x-kl » Blog Archive » Laporan Fitnah Memalukan dan Menjatuhkan Kredibiliti Akhbar & Agensi Kerajaan 05-19-2007 at 5:28 am
- Skim cepat kaya (SCK) dan WangCyberDotCom 05-21-2007 at 4:21 pm
Submit Reply




05-18-2007
4:51 pm
Maizul
Betul kata alang tu. Sepatutnya diorang selidik dahulu.
05-18-2007
5:01 pm
BAGAK
Mungkinkah mereka berkata-kata hanya untuk mendapatkan populariti atau sensasi?
Atau tidak cukup kepakaran?
Ataupun anak-buah tahu tentang teknologi terkini tapi ketua masih tidak cukup ilmu untuk mengejar teknologi?
saya juga akan menulis di laman blog saya esok
05-18-2007
5:07 pm
nazli
Yup… kalau nak tulis dalam paper pi la cek satu2 fakta tu betul ke idak. Bukan susah sangat nak type URL, tak sampai seminit pun..
Haprak punya paper…
05-18-2007
6:00 pm
Azahari
Betul kata Alang tu. Diorang ni main ‘tangkap muat’ je ke laman web tertentu sekadar memenuhkan list untuk dipaparkan pada umum. Mereka sepatutnya tahu dan faham istilah asas “perniagaan internet” dengan “pelaburan internet”. Agaknya dengan melihat nama domain yang agak mencurigakan mereka terus melabelkan sebagai skim cepat kaya. Tambah pulak ada perkataan “wang”.
Bilalah diorang ni nak berubah..
05-18-2007
6:09 pm
smartzul
Kebanyakan berita di paper2 Melayu dan tabloid hanya suka buat kontroversi dan kurang banyak mendidik. That why saya jarang beli paper2 mcm ni. Muka depan pun dah berita kemalangan jalan raya jer, nak baca pun takder mood.
ps. Utusan Melayu perlu kembali ke landasan dan matlamat dulu2. Skrg ni nampak dah tersasar jauh jer. Sorry kalau salah tafsir.
05-18-2007
6:52 pm
aman
ingat Utusan yang okey, tapi nampaknya NSTP lagi baguih..
05-18-2007
7:29 pm
SangPelangi (aka irfan)
ish.. apa la salahnya daftar kat forum tu, baca satu persatu. Kalau tak, takkan berlaku perkara sebegini.
05-18-2007
8:03 pm
farizal
orang mcm tu mana nak baca satu persatu apa yang terkandung dalam sesebuah website. sibuk kejar dateline. orang jenis ni jugak lah yang main redah tanpa beralaskan fakta…
05-18-2007
10:26 pm
Ahmad Uzair
Itu adalah kerana mereka ni x jelas dengan apa itu perniagaan internet.tak heranlah jika ramai melayu yang kantoi masa join skim pelaburan internet dulu. Bukan senang nak kondem-kondem ni.perlu ada fakta yang tersangat kukuh dan research yang amat teliti terlebih dahulu. Tapi mereka yang buat ni memang just nak nama dan buat propaganda tak tentu hala.
05-18-2007
11:51 pm
wizvax
x pasal WC kene lak..’pandai’ tol yg selidik tu
05-19-2007
12:32 am
Galadriel
Aiyaa … makin kerap saya baca laporan berita tu, makin marah gak saya rasa dan semakin kecewa…
But first thing kena buat ialah minta retraction, biar nama WangCyber takde dalam senarai skim cepat kaya dan kena yakinkan balik orang ramai.
Tapi saya pun masih kecewa…
05-19-2007
12:50 am
azwan
Aik gurumalaysia.com pun masuk? Hmm.. camne la diorang ni wat research. Failed!
Ada bagus jugak untuk publisiti, dari orang tak tau, dia visit dapat le ilmu ke apa..
05-19-2007
3:07 am
waka
dia orang nih carik bahan nak buat cerita main bedal aje, sume tengok kulit jer, isi xtengok, so jaga2 baca paper tu….bacalah tapi jangan sampai rosak fikiran
05-19-2007
3:39 pm
cencurut
Nak buat camana Alang ooi.. Depa tue nama jer Pakar IT dan Keselamatan Internet, tapi depa sendiri pun jarang online.
Inikan pulak depa nak baca forum atau sebagainya.
Anyway, pada pandangan saya la, sewajarnya kita meminta penjelasan dan permohonan maaf dari diorang nie atas perkara ini. Tak boleh dibiarkan nie.
P/S .. Oh yer… tahniah la Alang sebab masuk dalam newspaper haritue..
05-19-2007
4:42 pm
Robotys
pandang dari sudut positif lak:
1- Dapat publisiti percuma. Walaupon reputasi buruk tapi ia tetap publisiti. Nak publisiti lebih lagi, gi wat bantahan kat Utusan dan mintak kenyataan maaf secara rasmi besar2 kat paper tuh.. konfem heboh satu malaysia..
2- Menampakkan kepincangan skop kewartawanan kat malaysia nih secara khususnya dan media malaysia yg lain amnya. Org len patut buat derk jer berita2 kat paper nih
3- Menambahkan bilangan rakyat Malaysia yg tak percaya berita2 yg tersiar dalam paper.
Bak kata pepatah: “Baca boleh, pecaya jangan” ..
05-19-2007
9:11 pm
artakus81
betul tu..mereka kebanyakannya ckp tanpa lakukan penyelidikan sendiri terlebih dulu.. lebih jurus kepada cara ckp politik…ckp tak serupa bikin..lebih kpd popular dan sensasi.
05-20-2007
10:28 am
Noorizam Shah
saya rasakan akhbar popular sekarang tidak lagi dapat memberi maklumat 100% benar apabila menyiarkan laporan-laporan yang dianggap tidak berasas. Kredibiliti kewartawanan semakin terjejas apabila mereka menyiarkan fakta-fakta yang tidak jelas dan bersifat “khabar angin”.
Jadi, dimanakah keadilan maklumat hari ini?
05-20-2007
11:44 am
Affuan
Jadi, dimanakah keadilan maklumat hari ini?
by: noorizamshah.com
affuan: bila pula maklumat yang ada sekarang ini adil? semua lebih bersifat berat sebelah. gajah depan mata x nampak. semut di seberang nampak.
p/s: dah xde isu kot nak bincang kat media. kita hantam je lah saper2 yang bole bikin hot (laku) sama kita nyer paper. hehe.
05-20-2007
4:45 pm
am
yerla… konon tulis pihak kami telah membuat siasatan menyeluruh… tapi cam tak buat keja jer… editor dengan wartawan yang menulis sama makan gaji buta… cakap jer lebih…
05-21-2007
12:30 am
weirdoux
alang, inilah yang dikatakan BUTA IT.
05-21-2007
7:07 am
Blogger United
Klu macam ni sampai bila org2 Malaysia nak cepat maju.Asyik menda negatif jer diaorg cerita pasal internet ni.Tugas kita sebagai blogger hendaklah menepis segala anggapan buruk ni.Bos WC kena ambik tindakan ni.UTUSAN M tu dah nak kena saman sbb klua berita angin pasal sorg CM.Kita mesti bangkang!!
LETS UNITE
05-21-2007
11:00 am
suhail
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Unsur2 kbr angin bg masyarakat Melayu khususnya dah byk menular baik di luar mahupun di dlm bandar. sudah menjadi suatu “habit” bg mereka. bkn hndak menghina masyarakat sendiri tp sbg motivasi kpd kita utk terus maju ke hadapan. mrk lebih gemar mengejar populariti demi utk kpentingan mrk tanpa memikirkan masalah rakyat yg kucar kacir sekarang ni. gejala sosial merata2, hiburan dah semakin berleluasa, pakaian ank dara kita sudah ramai yg tiada ciri ketimuran lg. dimana letaknya melayu yg bersopan, berbudi itu. sebenarnya kita sendiri yg mesti mengubah nasib yg melanda melayu kita ni. kita amat bersyukur kerana masih diberi RAHMAT dr yg Esa utk terus membaiki diri krn kita tdklah pernah dilanda musibah yg amat dasyat seperti Tsunami di Acheh walaupun kita cuma dilanda banjir besar di Johor awl tahun ini(07). tetapi harus diingat!! titik akhirnya bukan hanya di JOhor???malah di mana2 sj boleh berlaku yg lebih dasyat lg dgn tanpa kita menyedarinya….
P/S: Lidah itu ibarat mata pedang. kalau tidak menjaganya maka pincanglah masyarakat…
05-21-2007
7:38 pm
pengarang perkhidmatan utusan online
Assalamualaikum,
Petikan dari laman web CyberSecurity Malaysia di http://www.cybersecurity.org.my/en/index.html
”In 1996, Malaysia launched its National IT Agenda (NITA) as part of a major strategy aimed at national development and nation building in preparation for the challenges in IT era. The government agreed that there was a need for a more balanced IT development for the country in terms of Malaysia’s info structure and applications.
As the national awareness of information and communications technology (ICT) grew, in particular, the understanding of ICT security issues encompass a broad and varied scope, the Malaysia Computer Emergency Team (MyCERT) was launched in March 1997. MyCERT was necessary because the growth in ICT solutions adoption in all facets of Malaysian demanded a trusted reference and specialist centre to support both the active and proactive measures in ICT security.
The 6th National Information Technology Council (NITC) Meeting in January 1998, agreed to establish the national network security and accreditation agency, which in turn gave birth to the National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) which was also put in charge of MyCERT. In March 2007, NISER’s role was elevated to become the CyberSecurity Malaysia.
Today, CyberSecurity Malaysia exists as the national reference and specialist centre in cyber security under the purview of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).”
Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.
Anda digalakkan agar berhubung segera dengan CyberSecurity Malaysia mengenai permasalahan tersebut supaya CyberSecurity Malaysia dapat mengeluarkan penjelasan dan pembetulan yang diperlukan. Pada masa yang sama, kami juga akan berhubung dengan CyberSecurity Malaysia untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan mengenai permasalahan yang telah ditimbulkan.”
Sekian dimaklumkan.
05-21-2007
8:34 pm
Asmuii
Assalamualaikum,
Takkan lah Utusan main cedok je berita-berita macam nie? Takde nak buat siasiatan dulu ke?
Takde pendirian ke? Takde guidlines ke dalam nak publish berita? Sah main taram je nie.
Walaupun orang/pihak tu besar mana hebat mana pun tak semua yang dikatanya betul. Contoh dalam kes nie adalah CyberSecurity Malaysia. Siasatan terhadap kesahihan sesuatu berita tu perlu dilakukan dulu sebelum melaporkannya kepada orang ramai.
Sekarang pihak Utusan dah tahu kepalsuan mengenai berita tu. Tapi tak ambil apa2 tindakan ker? Sepatutnya Utusan sudah laporkan keralatan mereka dalam akhbar hari ini.
Sekian.
05-21-2007
8:43 pm
Sain
Lebih baik kita buat yang real bisnes kat internet ni daripada pelaburan…
05-22-2007
9:56 am
Partime Reporter
Utusan punya reporter-reporter tak belajar Etika Kewartawanan ke? Patut lah banyak salah laporan manjang.
05-23-2007
8:20 am
nizam
mereka bila dpt apa2 laporan, terus letak dlm senarai itu tanpa selidik terlebih dahulu. kesian mereka yg tak bersalah, dpt nama buruk…jgn aibkan org dgn cara begitu.
05-25-2007
1:34 am
weirdoux
wahhh…. alang dah launch dia punya template baru laaa…..
cantek tuh……