Apa khabar alang?

Written by alang on May 25, 2007

Mungkin itu antara soalan yang berlegar-legar di fikiran anda apabila mendapati saya jarang kelihatan di forum Wang Cyber dan juga jarang menulis di sini. Sebenarnya saya sihat cuma seperti yang saya jelaskan kepada beberapa orang yang menghubungi saya, saya terlalu sibuk dengan beberapa projek yang perlu disiapkan dan diberikan tumpuan.

Alhamdulillah, beberapa projek tersebut telah siap dan mungkin selepas ini saya akan dapat kembali aktif menulis di sini dan juga di forum Wang Cyber.

Antara beberapa projek saya yang baru siap ialah sebuah lagi direktori unik (menjadikan kesemuanya tujuh direktori) http://www.daredirectory.com

2007-05-25_015025.png

Konsep direktori ini ialah anda memilih di mana anda hendak laman web anda disenaraikan dan membayar mengikut harga yang telah ditentukan. Konsepnya lebih kurang dengan laman web saya sebelum ini iaitu 50 Pages Website tetapi saya telah menambah kategori jadi setiap laman web yang disenaraikan adalah berdasarkan kategori tertentu di mana dalam setiap kategori terdapat 5 muka surat (10 laman web disenaraikan di setiap muka surat). Harga untuk disenaraikan adalah $31 – $40 untuk muka surat pertama, $21 – $30 untuk muka surat kedua, $11 – $20 untuk muka surat ketiga, $1 – $10 untuk muka surat keempat dan juga percuma untuk muka surat kelima. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja kecuali untuk tempat di muka hadapan (telah habis dijual dalam masa kurang satu jam) di mana bayarannya adalah untuk tempoh satu tahun.

Selain itu, saya juga telah menyiapkan laman web rasmi syarikat saya SZAB Network Enterprise di http://www.szabnetwork.com. Buat masa sekarang, saya hanya menyenaraikan semua laman web saya di sana dan mungkin pada masa akan datang, saya menambahkan beberapa lagi maklumat tentang syarikat.

2007-05-25_015103.png

Seperti yang anda semua lihat, Blog Webmaster Malaysia juga telah berwajah baru, setelah sekian lama saya menunggu theme ini disiapkan. Saya masih menimbang sama ada hendak memberikan theme ini secara percuma seperti mana theme saya yang lepas. Buat masa sekarang, saya memberikan 1 wordpress theme, 1 php link directory template dan juga satu php link bid template.

Antara perkara yang sedang saya lakukan sekarang ialah memikirkan konsep baru untuk www.dirten.com dan juga www.osx-e.com

Cukuplah setakat ini cerita mengenai saya dan pada tulisan yang akan datang, saya akan kembali memberikan tips-tips yang berguna untuk webmaster.

Related posts:

  1. Tawaran hebat dari 50pageswebsite.com! Beli 1 percuma 2 50pagesweb

  2. Theme wordpress percuma dari SZAB Network Satu lagi

  3. Personal training / konsultansi; servis terkini dari alang Atas permi

  4. Theme wordpress percuma dari Blogging Pro Saya selal

  5. Direktori terbaru dari SZAB Network, Top Ten Bid Direktori

Comments

  • 05-25-2007
    3:36 am

    Reply

    weirdoux

    aduhhh…. cun giler template design niee….


  • 05-25-2007
    11:31 am

    Reply

    Azahari

    Wah Alang dengan theme baru..lawa betul la.Saya ingat salah website saya buka tadi.


  • 05-25-2007
    12:06 pm

    Reply

    farizal

    Saya ingatkan web alang kena hacked lalu membawa saya ke website graphic designer :) ) fuhhhhh…. apa² pun tahniah di atas kemunculan theme baru yg cun nih!

    pendapat saya, tidak perlu untuk berikan percuma theme ini agar trademark alang senang dikenali di alam maya :D


  • 05-25-2007
    12:07 pm

    Reply

    labanon

    Wahaa!

    Lawa theme :) Inilah yang saya tunggu2 :)


  • 05-26-2007
    12:53 am

    Reply

    Zaizen

    Tahniah!..kombinasi color yg bagus :)


  • 05-26-2007
    9:19 pm

    Reply

    mirul

    Syabas Alang! memang cun & menarik theme blog nie.. :)


  • 06-09-2007
    2:26 am

    Reply

    MSO

    lawalah design baru ni….tapi banyak sangat lah ko punya directory tuh…apa beza semua tu?


  • 06-10-2007
    11:28 am

    Reply

    kaiba910

    macam mana cara Alang dapatkan traffic yang bagus ke directory Alang?


  • 11-27-2007
    2:28 am

    Reply

    SyedHafidz

    mantap..
    pasni leh la alang ajar kan camne nak wat directory..
    nampak mcam senang..
    tp ssh sbnrnye

    SyedHafidz’s last blog post..Sudah Tukar Ka??


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message