Kenapa perlu bermula sebagai hobi?

22alang27th May 2007Entri, ,

Berikutan artikel di NST di mana pada akhir artikel saya menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan internet di sini saya memberi penjelasan kenapa saya berkata demikian.

Apa yang saya nasihatkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri di mana pendekatan yang saya ambil itu terbukti berkesan untuk saya. Apabila kita membuat sesuatu yang kita minat wang sudah menjadi perkara nombor dua. Sama ada laman web / blog yang kita buat itu mendatangkan hasil atau tidak, kita tidak peduli kerana kita membuat sesuatu yang kita minat untuk mengisi masa lapang. Saya mendapat banyak rungutan dari mereka yang hilang keyakinan selepas beberapa bulan membuat laman web kerana tidak memperolehi apa-apa. Akhirnya laman web mereka mati begitu sahaja. Mereka membuat laman web semata-mata kerana wang apabila mendengar orang lain memperolehi pendapatan yang lumayan.

Bagi saya, jika anda tidak memperolehi apa-apa pendapatan, anda masih tidak rugi apa-apa kerana modal anda hanyalah domain name dan juga hosting yang berharga kurang dari RM100 setahun. Tetapi anda memperolehi pengalaman yang cukup berharga bagaimana membina dan mengemaskini laman web dan bagi saya pengalaman itu adalah sesuatu yang sukar diperolehi dari proses pembelajaran atau pembacaan. Kosnya disini hanyalah masa anda di mana anda terpaksa menunggu sehingga setahun untuk betul-betul melihat hasilnya.

Tetapi, jika anda mempunyai modal yang besar, anda tidak perlu bermula sebagai hobi. Anda boleh terus menganggapnya sebagai perniagaan sebenar daripada mula lagi, tetap seperti mana perniagaan lain, anda memerlukan modal yang besar untuk bermula. Dan harus diingat, modal yang besar belum tentu menjamin kejayaan jika tersilap strategi. Melalui pendekatan ini, segala-galanya tidak dilakukan oleh anda sendiri sebaliknya anda akan membayar mereka yang profesional untuk melakukannya dari reka bentuk laman web, isi kandungan sehinggalah promosi. Dan melalui pengalaman saya sendiri, kosnya lebih kurang RM 5,000.00

Walaupun pendekatan ini nampak lebih mudah (bagi mereka yang mempunyai wang), tetapi bagi saya tetap ada kelemahannya kerana anda tidak mempunyai pengalaman melakukan sendiri dan segala-galanya bergantung kepada orang. Selain itu, anda juga mungkin akan ditipu oleh mereka yang diupah oleh anda kerana anda tidak mengetahui bagaimanakah proses sebenar sesuatu kerja tersebut.

Jadi, terpulanglah kepada anda pendekatan mana yang hendak anda ambil kerana setiap pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.

22 Comments Comments Feed

  1. farizal (May 28, 2007, 10:33 am). Reply

    Ya, sesetengah orang seakan-akan terdesak untuk mendapatkan duit di internet. Ada juga di antara mereka memilih jalan yang mereka sendiri kabur – dengan harapan agar meraih wang dalam tempoh yang singkat. Kalau jalan yang dipilih itu betul, alangkah baiknya. Sekiranya silap, meranalah jawabnya!

    Seperti cara en Alang tu seperti peniaga sebenar. Ini kerana setiap perniagaan sememangnya memerlukan modal. Sekiranya modal yang dikeluarkan itu satu jumlah yang besar, maka besarlah habuannya, insya’allah. Kalau modal itu ciput, ciputlah pulangannya…

  2. Maizul (May 28, 2007, 11:25 am). Reply

    Setuju dengan kata Alang kalau dah minat wang dah jadi perkara kedua.

  3. abdfatah (May 28, 2007, 12:31 pm). Reply

    ramai yang bermula dengan hobi yang dah berjaya. jika tidak dijadikan hobi harian dah tentu anda akan kebosanan dah akan hilang punca dari segenap sudut. maklumlah nak kejar duit je… terkejar-kejar sana sini…

  4. Noorizam Shah (May 28, 2007, 3:13 pm). Reply

    Wahhhh… best best.. themes nih saya suka la alang… dan sememangnya saya nampak hobi alang telah memberi pendapatan kat alang.. so i’m impress you. :)

  5. Sukeri (May 29, 2007, 1:52 am). Reply

    Kalau wang diletakkan no 1, bila tak dapat wang tu yang jadi tertekan, give up dan sampai di situ sajalah. Mind set pun kena betul, kan kita bertahun-tahun belajar di sekolah rendah dan menegah dan mungkin juga di universiti.

    Berapa tahun dah tu, ada ke lepas keluar universiti tu terus boleh dapat income besar. Hari ni tak macam tu lagi. Jadi logiknya jika kita baru belajar pasal net biz biarlah kita anggap setahun dua tu bukan masanya untuk income besar tapi belajar sungguh-sungguh dan aplikasikan ilmu yang dipelajari tu.

    Insyaallah dengan ilmu yang banyak dan betul diiringi pula dengan dengan usaha yang berterusan, pendapatan tu akan datang juga.

  6. begitu mudah buat duit dengan blog? » AbdFatah.com (May 29, 2007, 8:28 am). Reply

    [...] Jika nak buat duit dengan blog juga, kena tanyalah mereka yang telah berjaya. Berapa lama mereka berusaha dan apakah tindakan dan perancangan yang perlu dilakukan untuk buat duit. Jika berharap untuk cari duit semata-mata dengan blog, anda pasti kecundangan. Itulah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku… tak dapat hasil terus berhenti. kenapa perlu berhenti? [...]

  7. menarik traffic ke laman blog anda » AbdFatah.com (May 29, 2007, 10:12 am). Reply

    [...] 40 hari oleh rajablog. Anda mungkin juga boleh membuat cabaran memberi komen 40 hari sebagai hobi masa lapang anda. [...]

  8. Blog Badruzamani.Org » Blogger : Anda sibuk atau tidak ada idea? (May 30, 2007, 10:33 am). Reply

    [...] Adakah anda seorang penulis blog? Jika anda belum mengenali blog, atau bercita – cita nak jadi penulis suatu hari nanti, anda bolehlah belajar mengasah bakat anda menulis blog. Saya mencadangkan anda menulis blog di laman blog percuma dahulu iaitu di Blogger.Com. Mulakan mengasah bakat menulis anda sebagai hobi. (kata Alang – Blog Webmaster Malaysia) [...]

  9. Labanon (May 30, 2007, 1:45 pm). Reply

    Ya betul tu… lakukan apa yang anda suka..

    “Bila anda memikirkan tentang wang, anda tidak dapat melakukan perkara yang betul. Tetapi wang akan sentiasa datang sebaik saja anda melakukan perkara yang betul, jadi usaha sepatutnya melakukan ke arah perkara yang betul.”

    Petikan kata-kata mendiang Mohan Singh Oberoi, pengasas hotel-hotel mewah Oberoi.

    Sama-sama kita renungkan :) nice post bro Alang

  10. Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Bermula sebagai hobi… (May 30, 2007, 2:24 pm). Reply

    [...] cukup tertarik pada post alang yang bertajuk Kenapa perlu bermula dengan hobi. Saya sangat setuju. Apa sahaja yang anda suka buat, anda tidak akan terasa sangat jika anda tidak [...]

  11. Cencurut (May 30, 2007, 6:38 pm). Reply

    Semua orang patut bermula dari hobi. Jika hobi tersebut boleh mendatangkan pendapatan walaupun sedikit, teruskan sahaja sehingga memanfaatkannya menjadi pendapatan sampingan anda. Namun jika hobi tersebut kurang berjaya, teruskan juga kerana mana tahu satu hari nanti ianya akan berjaya juga.

    Perkara pertama yang wajar diterapkan didalam minda semua webmaster/webblogger baru atau lama ialah bagaimana untuk mengoptimumkan laman web/blog anda dengan informasi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja.

    Duit atau pendapatan internet hanyalah sampingan sahaja. Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh bergantung harap dengan internet semata-mata sebab ramai webmaster/webblogger yang telah berjaya dan mendapatkan pendapatan yang mantap dan tetap dari perniagaan internet.

    Jadi teruskan usaha anda walau ditahap mana anda berada.

  12. Affuan (May 31, 2007, 10:35 am). Reply

    Saya setuju dengan pendapat Bro’ Alang tu.. Tanpa minat, apa lah sangat kerja yang dibuat. Jika ianya adalah hobi, lagi bagus. Saya dulu pun bermula dengan blog percuma di wordpress dan Blogger. Boleh juga buat duit. :)

  13. buat blog sebagai hobi? » AbdFatah.com (May 31, 2007, 3:57 pm). Reply

    [...] Bermula hanya dengan hobi… [...]

  14. John Chow buat duit $10k+ dari blog pada bulan Mei Lepas | Belajar Cara Membuat Blog Wordpress | Buat Duit Dengan Blog (June 4, 2007, 1:37 pm). Reply

    [...] Alang juga berpesan kalau boleh mulakan dengan hobi dulu, pendapatan akan datang kemudian. John Chow juga sedia memudahkan langkah kejayaan anda jika anda sanggup membaca laporan percumanya. Silalah download Make Money Online With John Chow dot Com [...]

  15. ejat (June 6, 2007, 2:39 am). Reply

    Ya, mulakan misi mencari duit online dengan hobi..

  16. waka (June 15, 2007, 3:12 pm). Reply

    memang benar, jadikan hobi. Jika tidak ia pasti menyebabkan bosan dan putus asa jika tidak berjaya

  17. Soalan Pembaca : Perniagaan internet yang sesuai diceburi | Blog Webmaster Malaysia (August 6, 2007, 11:22 am). Reply

    [...] Full-time, Bisnes Part-time. Apakah alasan anda?Hulurkan bantuan, ringankan bebanKenapa perlu bermula sebagai hobi?Tips submit laman web ke direktoriSenarai pendapatan usahawan internetLagi template percumaTools [...]

  18. Satu lagi bukti | Blog Webmaster Malaysia (August 23, 2007, 8:46 am). Reply

    [...] Part-time. Apakah alasan anda?Hulurkan bantuan, ringankan bebanSenarai pendapatan usahawan internetKenapa perlu bermula sebagai hobi?Tips submit laman web ke direktoriLagi template percumaStrongest blogs in MalaysiaTools untuk [...]

  19. waka (August 30, 2007, 12:02 pm). Reply

    wang perkara kedua. minat adalah yang pertama. kenyataan alang amat saya setujui kerana jika meletakkan wang pada tempat pertama…jika xdapat wang akan kecewa

  20. Isman I (November 11, 2007, 9:29 pm). Reply

    Salam Semua,
    Memang betul semua kenyataan di atas, hobi boleh mendatangkan keseronokan.
    Kalau tak buat tak senang duduk di buatnya, tu yang ada masa terfikir2 macamana
    nak penuhi hobi tu. Kalau dapat hobi boleh menghasilkan wang lagi BAGUSSSS.

  21. Blogger : Anda sibuk atau tidak ada idea? (December 23, 2007, 12:01 pm). Reply

    [...] Blogger : Anda sibuk atau tidak ada idea? ReviewBadruzamani Azmi Adakah anda seorang penulis blog? Jika anda belum mengenali blog, atau bercita – cita nak jadi penulis suatu hari nanti, anda bolehlah belajar mengasah bakat anda menulis blog. Saya mencadangkan anda menulis blog di laman blog percuma dahulu iaitu di Blogger.Com. Mulakan mengasah bakat menulis anda sebagai hobi. (kata Alang – Blog Webmaster Malaysia) [...]

  22. alang (May 29, 2007, 1:57 am). Reply

    good point sukeri. Sepatutnya org muda skrg perlu betul2 mengambil peluang yg sudah berada di depan mata, tetapi dgn satu syarat mesti kena kerja kuat dan sabar.

Add a Comment