Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah alasan anda?
Written by Zamri Nanyan on May 31, 2007
Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah alasan anda?
oleh Zamri Nanyan
Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.
Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan.
Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.
Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.
Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.
Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.
Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain”.
Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.
Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.
Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.
Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.
1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.
2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.
Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.
Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.LifeBeyondDreams.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.
Comments
Trackbacks
- tak ada duit jangan cari pasal » AbdFatah.com 06-01-2007 at 1:54 am
- affuanramzai.com | membuat duit dengan blog » Blog Archive » perbaiki dan majukan diri 06-07-2007 at 11:46 am
- Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah alasan anda? « Malaysia Enterpriser | Enterpriser.wordpress 01-09-2008 at 4:28 pm
Submit Reply




05-31-2007
4:26 pm
Azahari
Dulu umur bersara 55 tahun..ditambah setahun lagi 56. Lepas ni nak tambah lagi 60? sampai bila nak habis? Sampai bila nak buat persiapan menghadapi hari tua?Kalau takde KWSP agaknya apa jadi pada orang tersebut? Itupun ada juga orang yang muflis sebab keluarkan wang dan membelanjakan pada yang tidak sepatutnya atau tidak pandai mengurus wang.
Sepatutnya sebelum umur 55 lagi semua persiapan sudah pun siap sedia.Lagipun kita tak boleh nak tunggu 55 tahun baru kita nak bersedia.Cuba bayangkan apa yang akan berlaku kalau kita tidak boleh bekerja pada seawal 50 tahun atas sebab kesihatan. Berniaga memang satu tindakan yang bijak tapi jangan pula mengganggu tugas harian kita tambahan pula bagi yang bekerja sepenuh masa.
Saya sendiri pun buat masa ni kerja makan gaji.Tapi disamping itu juga saya turut menjalankan perniagaan secara online.Tidak dinafikan yang masa amat terhad.Bila balik rumah pula perlu uruskan hal rumah tangga dan juga disamping itu juga melakukan persiapan untuk perniagaan online saya. Saya juga berazam ingin menjadi orang yang berjaya sehingga mampu menyara hidup dengan perniagaan internet dan melepaskan jawatan makan gaji. Cuma masa dan usaha yang akan menentukan. insyaAllah
05-31-2007
4:38 pm
Cencurut
Kerja makan gaji… makan gaji ler jugak… iyalah rezeki tetap kena lah ada…
Cuma kalau kita kerja makan gaji lepas tue bisnes pulak part-time… jadi kita dapat cover dua-dua sekali…
Berniaga (rezeki 9/10),
Bekerja Makan Gaji (rezeki 1/10)
Campurkan dua-dua kita akan dapat 10/10 rezeki…. kan untung tue…
05-31-2007
9:45 pm
abdfatah
tatkala dah berumur… apa lagi yang tinggal? hanya dapat pencen aje? mana cukup jika hanya dapat pencen aje. jika ada income sambilan sekurang-kurangnya anda dapat bertahan sampai bila-bila, tanpa mengharapkan bantuan orang lain semata-mata.
dengan adanya pelbagai income dalam perniagaan bukan bemakna anda yang uruskan semuanya. sebahgian dah tentu anda uruskan dan sebahgian lagi orang lain yang uruskan.
anda pula dah tentu perlu membuat pemantauan prestasi kerja yang mereka lakukan setiap masa. kemudian ilmu multiple streams tersebut perlu melalui proses networking agar nanti tidak hanya anda sahaja yang berjaya.
wah! panjang lebar kat sini pulaknya… haha
sekian terima kasih…
saya? bersara tanpa pencen, sbb memang tak dapat pencen pun.
06-05-2007
11:20 am
nizam
apabila kerja full time dan bisnes partime dilakukan, jgn lupa peruntukkan sedikit utk aktiviti yg boleh generate income pada kita. Sbg contoh, aset, saham, hartanah.
Suatu hari ia akan generate income pada kita tanpa perlu kita harapkan kerja fulltime kita atau apabila kita pencen kelak.
06-06-2007
11:19 am
mustahing
kerja full time…bisnes part time…bergantung kepada keadaan mereka masing-masing
mungkin bagi mereka yang melakukan bisnes sebagai sumber pendapatan, itulah kerja mereka full time…
bagi mereka yang masih baru dalam business seperti perniagaan internet, mereka perlu bekerja full time dan jadikan bisnes ini sebgai part time.. bila bisnes itu telah menjadi stabil dan mempunyai pendapatan yang lumayan, bolehlah dijadikannya sebagai full time.
apapun berfikiran bijak dalam menetukan kerja anda
06-09-2007
11:31 am
Noorizam Shah
takyah la tambah lagi umur persaraan.. patut dikekalkan sahaja 56tahun persaraan wajib.
06-09-2007
11:58 am
mokhtar
mmmm….setuju dengan kenyataan “multiple streams of income”.Hidup ni bila2 boleh berubah..kadang2 kita kat atas..kadang2 kita kat bawah..so bila kerja senang tu..ingat2lah buat pelaburan di hari tua..
regards
mokhtar
http://www.cetakbaju.com
06-09-2007
2:51 pm
khairul
Masing2 ada pandangan masing2..
mungkin mereka yang makan gaji sudah selesa dengan gaya hidup begitu..
tak payah banyak pikir..ikut je rutin seharian..tiap-tiap bulan masyuk..risiko pun kurang..
Rasanya bukan mereka tak mahu berniaga,mungkin mungkin tak ade peluang,ataupun tak pandai mencipta peluang untuk men cari duit sendiri..
macam bro Alang cakap,pendedahan awal perlu bagi menjadi masyarakat yang celik berniaga.
06-13-2007
4:47 pm
zool yang dalam proses perancangan
Betul saya setuju dengan pendapat tuan umah…
saya yang bekerja di Jab Kerajaan pun kurang bersetuju dengan tempoh persaraan yang ingin dilanjutkan sehingga 60 tahun..
Kerana ia akan menutup peluang orang lain…
Pada pendapat saya lah kan.. sepatutnya perancangan kewangan perlu dibuat… Melalui kawalan kewangan dan ukur baju badan sendiri dapat membantu kita hidup dengan lebih selesa di masa hadapan..
——————————
ligakampung.blogspot.com
07-23-2007
12:46 am
abdfatah
kerja fulltime mesti seimbang dengan bisness sambilan. kalo fulltime kena jaga, part time kena buat perancangan yang lebih supaya tidak terbengkalai fulltime job…
07-30-2007
9:08 pm
azrul
apa benda, satu habuk saya tak faham. orang zaman sekarang sibuk-sibuk, pegi sana pegi sini, buat itu, buat ini, semata-mata nak cari duit. Yang dah ada duit nak tambah duit, yang tak ada duit nak cari duit nak tambah duit, berlumba-lumba macam ikan lumba. Pencen dalam rancangan masing-masing mesti ada hal sendiri, bila sampai umur 60 tahun nak buat apakan??
08-23-2007
5:33 am
titan
Ehm. Aku rasa toksah lah. Tak larat aku nengok mak abah aku pencen lambat. Hari 2 kena bangun pagi gi sekolah..wuu!!
09-01-2007
10:51 pm
rahimi
kesian la kat org muda zaman la ni, nnt kami gak yg akan kena pencen umur 60 tu…
11-21-2007
1:53 am
SyedHafidz
tambah umo 2 bukan penyelesaian yang tebaik utk selesaikan masalah ni..
sepatutnya kerajaan merangka agenda utk menyedarkan bangsa & rakyat ttg budaya berniaga..
SyedHafidz’s last blog post..4 Kaedah Promosi Link Affiliate Menggunakan Blog
04-02-2008
2:51 pm
Felex Tan
Please allow me to write in English,BM not really good.Well,economy in Malaysia grows gradually but Malaysian’s mentality does not really improve.Most of the Malaysian still have a same mindset:Study hard to get a fantastic results,then go to top University,after graduate find a “good”job and earn”high”income….thats it!!!We have been trained since young to work for someone,but never been cultivated to be a entrepreneur..WE have to change,influence our young generation’s mindset to be a entrepreneur which currently i always educate my brother,he is 13 years old now.I teach him to save money since young.Normally,during chinese new year ,we will receive ang pao and spend it,but he saved the money for future.I ask him why?He said he wants to save for investment !!He does not want o be poor next time,i am really impressed!!Lets work together to make Malaysia a world class business hub.
12-04-2009
5:13 pm
jawatan kosong
Apake bisa macam tu? Kerja full time dan bisnes part time? Bisnes macam apa yang bisa dikerjakan part time?