Panduan percuma bagaimana untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal (Bahagian Kedua)

136alang14th Jul 2006Entri, , ,

Ini adalah sambungan daripada panduan saya sebelum ini disini

Selepas menulis panduan yang pertama, saya telah dihubungi oleh seorang usahawan dari Malaysia yang juga merupakan reseller untuk Accent Card. Tujuan beliau menghubungi saya ialah untuk memberi peluang saya mencuba debit card yang dijual oleh syarikat beliau. Kerana ingin mencuba produk yang dijual oleh syarikat tempatan, saya bersetuju dengan cadangan beliau dan permohonan saya mula diproses pada hari Isnin 10hb Julai. Hanya selepas 2 hari, iaitu pada hari Rabu 12hb Julai, saya telahpun menerima kad tersebut yang dihantar menggunakan pos ekpress. Kad yang saya pohon sebelum ini iaitu gCard mengambil masa lebih dari seminggu untuk sampai ke tangan saya selepas proses permohonan. Saya fikir, ini adalah kelebihan berurusan dengan syarikat Malaysia yang beribu pejabat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain dari tempoh penghantaran yang lebih cepat kosnya juga lebih murah iaitu hanya RM100.00 sahaja termasuk penghantaran berbanding dengan gcard iaitu sebanyak RM104.40 ($29.00 USD) untuk penghantaran biasa yang mengambil masa sehingga 4 minggu atau RM266.40 ($74.00 USD) untuk penghantaran melalui Fedex yang mengambil masa sehingga enam hari untuk diterima.

Selepas menerima kad, saya serta merta mengaktifkan kad tersebut mengikut arahan yang disertakan bersama-sama dengan kad yang dihantar. Oleh kerana saya sudah berpengalaman mengaktifkan gCard sebelum ini, ianya agak mudah bagi saya kerana prosesnya adalah sama. Ingin saya ingatkan bahawa semasa mengaktifkan kad tersebut, anda mestilah memasukkan maklumat yang tepat iaitu, nama dan alamat yang terdapat didalam IC, lesen atau passport. Ini adalah bagi tujuan untuk mengaktifkan Direct Deposit Account (DDA) kelak.

Selepas kad diaktifkan, anda akan login ke akaun bank tersebut menggunakan username dan password yang anda isi semasa proses pengaktifan sebelum ini. Langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan klik pada Card Management dan selepas itu klik pada Deposit fund. Disini anda akan melihat senarai bagaimana anda boleh mendepositkan wang ke dalam debit card Accent. Untuk membolehkan anda mengaktifkan perkhidmatan tersebut, anda perlu dapatkan akses untuk 2 level securites. Level securities yang pertama boleh diperolehi dengan beberapa mouse click, tetapi untuk mendapatkan level securities yang kedua (yang akan mengaktifkan perkhidmatan Directo Deposit untuk transfer fund dari akaun paypal) anda perlu mencetak borang yang disediakan, tandatangan dan fax atau emailkan kembali beserta dengan dokumen yang dinyatakan iaitu, 2 dokumen pengenalan diri (IC, lesen atau passport) dan juga bil elektrik atau air yang mempunyai alamat yang sama dengan salah satu alamat pada dokumen pengenalan diri. Tanpa maklumat yang tepat ini, securities level 2 tidak akan diaktifkan.

Jika dengan gCard dahulu, saya mengambil masa sehingga 2 minggu untuk mendapat securities level 2, tetapi dengan Accent Card, hanya mengambil masa beberapa jam sahaja selepas dokumen yang saya hantar diterima. Saya menghantar dokumen menggunakan email (sangat-sangat digalakkan oleh saya dan juga pihak Accent Card kerana lebih cepat dan dokumen lebh terang), dimana saya telah scan semua pengenalan diri, bil dan juga borang yang dicetak dan ditandatangani tadi.

Selepas mendapat akses secuties level 2, barulah saya boleh klik pada direct deposit untuk mendapatkan maklumat bank dan memasukkan maklumat tersebut kedalam akaun paypal. Selepas memasukkan maklumat tersebut, biasanya akan mengambil masa 24 hingga 48 jam untuk mendapat pengesahan diantara paypal dan pihak bank, dan hanya mengambil masa 5 hari sahaja iaitu dari hari Isnin hingga hari ini (Jumaat) saya telah berjaya menambah akaun bank US ke dalam paypal dan telah pun berjaya mengeluarkan wang dari paypal menggunakan Accent Card.

Adakah ada lagi cara yang lebih murah dan mudah daripada ini? Saya rasa, dengan hanya RM100, kebanyakan kita memang mampu untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal melalui debit card ini tanpa perlu membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli panduan atau ebook yang belum tentu lagi kesahihannya.

Dapatkan debit kad daripada pengedar yang sah dari Malaysia disini MK Deals SDN.BHD

Tambahan
Jika anda rasa panduan ini kurang lengkap, dapatkan panduan yang lengkap dan terperinci disini secara percuma.

Panduan mudah dan lengkap pengeluaran wang dari akaun paypal

136 Comments Comments Feed

  1. kaiba910 (July 31, 2006, 1:48 pm). Reply

    Tambahan:
    Kalau saya tertulis bin sekali apa akan jadi?

  2. kaiba910 (August 1, 2006, 6:05 am). Reply

    Alang,saya sudah aktifkan security level 2.Selepas saya klik pada direct deposit,terdapat satu borang di situ.Apa patut saya buat?Apa yang saya perlu isi pada social security number?

  3. alang (August 1, 2006, 6:14 am). Reply

    tak payah isi borang tu.

  4. kaiba910 (August 1, 2006, 2:48 pm). Reply

    Kalau balance account kita tiba2 jadi negatif,apa patut kita buat?Alang bagi la tips untuk mengelakkan perkara ini.

  5. MK Deals Sdn Bhd (August 1, 2006, 4:32 pm). Reply

    kaiba910, sila emailkan pertanyaan berkenaan Accent Card kepada kami di support@malaysia.accentcard.com. Terima kasih.

  6. kaiba910 (August 3, 2006, 6:06 am). Reply

    Alang,kalau saya jual e-book macam mana saya nak simpan evidence kalau-kalau dia buat dispute?

  7. aku (August 3, 2006, 10:58 am). Reply

    saya bukan tuan punya forum ni.. tapi nasihat saya, benda2 asas ni patut anda tanya di mana-mana forum, forum ebay ke, wangcyber ke.. malah pasal dispute ni, bleh refer kat paypal punya help page…

    adakah orang sebegini yang alang katakan letih?

    untuk soalan terbaru awak… pasal ebook tak yah evidence, masa jual, nyatakan bahawa anda akan berulang-ulang kali hantar selagi dia tak dapat.. suruh dia check junk/bulk mail.. benda ni digital, tak rugi hantar banyak2 kali.. atau nak lagi best, masa hantar tu, ko cc kan ke mana2 email ebay/paypal staff.. ini basic punya soalan, tak ada kena mengena dengan cara mengeluarkan wang dari paypal!

    kaiba910, sila baca balik semua komen awak, dan nilaikan how u push our Alang!

  8. aku (August 3, 2006, 11:03 am). Reply

    maaf, forum plak.. web..

  9. kaiba910 (August 4, 2006, 6:36 am). Reply

    dah faham dah.Terima kasih.

  10. aku (August 4, 2006, 7:23 am). Reply

    alang ni tah hape hape tah.

  11. aku (August 4, 2006, 12:00 pm). Reply

    Maaf Alang.Saya silap taip.Saya nak tulis kaiba ni tah hape hape tah.Maaf.

  12. aku (August 4, 2006, 3:56 pm). Reply

    alang cuba check.. yang 2 comment atas ni rasanya bukan aku yang tulis ni…

  13. aku (August 4, 2006, 4:02 pm). Reply

    Tolong jangan salah faham.Aku ni tak sama dengan aku yang lagi satu ni.Aku ni aku yang lain.

  14. disisme (August 5, 2006, 6:46 pm). Reply

    accent card ni lau nk withdraw money kan…tapi,saya bru join paypal…so,saya nak tau mcm mane nak transfer duit dari bank biasa kepada akaun paypal saya? coz my akaun still 0…cth nya,saya ada akaun utk bank mlysia,dan skrg nk transfer some money to paypal…can u let me know the way pls…

  15. dino nesta (August 7, 2006, 8:38 am). Reply

    bleh ke ambik duit kalau website kita guna Paypal,cam xcaye je hehe.Cam saya buat laman web jual barang(psst..xsiap lg,dlm perancangan)dan saya guna paypal untuk tujuan pembayaran dlm web saya…Bleh ke nak ambik duit tu kat Accent Card

    (Malu Bertanya Sesat Jalan hehe…)

  16. MK Deals Sdn Bhd (August 7, 2006, 4:28 pm). Reply

    Dino.. saya dah beri jawapan yg detailed melalui email. Bagi jawapan am kepada soalan anda (utk kita berkongsi bersama): Kalau akaun Paypal anda dah verified, dan Accent Card anda dah verified sampai level 2 – YA! anda boleh mengeluarkan wang dari Paypal ke Accent Card.

  17. dino nesta (August 8, 2006, 8:00 am). Reply

    TQ…kerana membantu saya..

    1)Bagaimana cara saya nak mengeluarkan wang didalam akaun PayPal adakah Accent card membolehkan saya mengeluarkan wang dari Paypal?
    Ya, Accent Card boleh digunakan bagi feature “withdraw funds to bank account in USA” Paypal. Ada dua syarat:
    a: Account Paypal anda verified. Perlu “add” kad kredit/debit Visa, Mastercard atau American Express. Accent Card tidak boleh digunakan bagi tujuan ini kerana Accent Card adalah kad jenis Maestro/Cirrus
    b: Accent Card anda perlu ‘verified level 2′. Anda perlu fax atau scan & email maklumat peribadi anda seperti IC, lesen memandu, dan bil utiliti

    2)Dibank manakah boleh saya gunakan Accent card?
    Di mana-mana ATM yg mempunyai logo Maestro/Cirrus seperti Maybank, Bumiputra Commerce, HSBC dan sbgnya.

    3)Camana kalau menggunakan account PayPal USA?
    Tidak digalakkan. Jika apa2 berlaku pada akaun Paypal, anda perlu memberi bukti alamat, “Social Security Number” dan berbagai-bagai lagi dokumen yg tidak boleh didapati. Oleh itu, lebih baik membuka akaun paypal Malaysia.

  18. suzi (August 10, 2006, 8:14 am). Reply

    Nak tanya macamana nak buka akaun paypal malaysia ni?

  19. MK Deals Sdn Bhd (August 10, 2006, 11:14 am). Reply

    Suzi, pergi ke http://www.paypal.com, dan klik di signup

  20. Ngantuk (August 11, 2006, 1:52 am). Reply

    Apa nie alang.. Kata bulan ogos Paypal nak pindah ke Singapura. Tapi takda pon. Alang tipu ye?

  21. alang (August 11, 2006, 2:24 am). Reply

    berat tuduhan tu. Apa yg saya dpt dgn menipu? Dan sudahkah saudara siasat betul2 sama ada paypal dah pindah ker blm sblm nak buat tuduhan ni? Saya membuat pernyataan, berdasarkan email yg saya terima dari paypal mengatakan mereka akan berpindah pada bulan Ogos. Dan buat maklumat saudara, semenjak bulan Ogos, saya menerima email dari “Consumer advisory- PayPal Pte. Ltd., the holder of PayPal’s stored value
    facility, does not require the approval of the Monetary Authority of Singapore.
    Users are advised to read the terms and conditions carefully.” untuk semua urusniaga saya dalam paypal

  22. aku (August 11, 2006, 7:21 am). Reply

    alang, abaikan dia ni.. bukan alang sorang dapat email camtu.. takkan alang tipu.. abis orang lain pon tipu?

  23. sham (August 11, 2006, 9:43 am). Reply

    Saya pun ada terima email tu..Kalo nak tau dia pindah ke tak tanya Paypal la..Alang just state email yang dia terima..

    Paypal yang keluarkan kenyataan yang dia nak pindah ke Singapore..Dari segi pengurusan customer dari Asia Pasifik mcm kita,Paypal belum keluarkan pape kenyataan lagi..

    Kalo nak tau,tanya la Paypal sendiri,takkan nak harap kat Alang je.”Takkan nak makan pun nak kene suap”..

  24. dino nesta (August 12, 2006, 2:41 pm). Reply

    Sy pun dapat email sama dr paypal tetapi yg penting kita tunggu dan lihat apa yg tjadi…Alang tak patut disalahkan,lagipun dia bukan kakitangan Paypal!!!!dia hanya sampaikan maklumat itu aje…Kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah Paypal http://www.paypal.com

  25. jutacash (August 13, 2006, 12:35 pm). Reply

    Saya pun telah menggunakan Accent Card. Salah satu alternatif yang terbaik…kalau nak bukak US bank Akaun…kena min 1000usd untuk dapatkan kad debit ATM, tapi dengan RM100…segala masalah hampir diselesaikan..

  26. titaniumhijau (August 20, 2006, 2:39 pm). Reply

    ada gak lagi rupanya untuk keluarkan duit dari paypal ? tambah lagi satu ilmu pasal dunia bab keluarkan duit dari akaun2..

  27. shah (August 21, 2006, 6:18 am). Reply

    maaf andai mencelah. Ramai mcm ada salah paham mengenai akaun US. Ramai yg ingat kena ada USD 1000 untuk dpt debit card tu ttp sebenarnya saya tak fund USD 1000 pun dpt debit card tu. Saya ada tulis 3 cara nak withdraw paypal ni. Mungkin akan bertambah lg 1 cara menjadikannya 4 cara nak withdraw paypal termasuk la guna accent card. apa2 pun terima kasih alang sebab tulis guide ni, saya pun dpt ilmu.InsyaALLAH saya akan tulis guide alang ni dlm website saya dgn memberi credit kepada alang. Kalo alang benarkan, email la saya di shah@moneyblogger.net. Ttg guide yg saya tulis tu di sini http://moneyblogger.net/archives/2006/07/10/three-methods-to-withdraw-paypal-fund/

    Lg satu MK Deals SDN.BHD ni syarikat alang ke? sbb syarikat saya pun kat wisma zelan. Kiranya satu building la. Tp saya punya tingkat atas.

  28. kaiba910 (August 21, 2006, 2:15 pm). Reply

    Alang,saya baru je verified kad kredit kat paypal.Diorang kate nanti diorang akan bagi 4-digit expanded use number dalam credit card statement yang seterusnya.Macam mane nak buat ni?

  29. alang (August 21, 2006, 2:54 pm). Reply

    @shah – your website not available la. Saya tak kisah kalau you nak guna my guide as long as the credit is there. Dan MK Deals bukanla syarikat saya sebaliknya syarikat En. Khuzairil dan saya adalah antara pelanggan beliau yg benar2 berpuas hati.

  30. MK Deals Sdn Bhd (August 21, 2006, 9:40 pm). Reply

    Shah – kalau nak datang office bagitau dulu. Saya tak ada di office most of the time – work-from-home-son ;) Office tu for formal meeting & mailing address

    kaiba – kena ada 4-digit code tu baru boleh verify your account dan withdraw payment. Jadi bersabarlah menantikan your next credit card statement.

  31. Radhuan (August 22, 2006, 9:25 am). Reply

    Assalamualaikum.
    Alang dan kawan-kawan yg lain.
    Saya nak verify betul dengan Alang,selaian accent card adakah public bank debit card diterima juga untuk dapatkan payment dari paypal.
    Tks

  32. alang (August 22, 2006, 11:51 am). Reply

    setahu saya, public bank debit card hanya boleh digunakan utk proses verification sahaja menggantikan kredit kad. Sebaliknya, accent card pula boleh digunakan utk mengeluarkan wang kerana ia mempunyai no akaun bank US

  33. kaiba910 (August 22, 2006, 5:06 pm). Reply

    Alang,
    saya nak beli satu bende ni dari e-bay.Masa die suruh bagitau shipping address.Ade bahagian untuk address,poskod,state,country.Untuk bahagian address tu saya kene tulis full address ke?

  34. Mr. XXX (August 24, 2006, 9:24 am). Reply

    Wah…Malaysia dah maju….Bulan depan bleh la nak guna…hehe!!!!

  35. kaiba910 (August 28, 2006, 6:21 am). Reply

    Alang,

    Saya ada baca kat paypal,diorang cakap kalau kite add debit card kene check dekat bank account statement baru dapat expanded use number tu.Macam mana nak check?

    Lagi satu,untuk dapat expanded use number tu boleh check online je kan?

  36. kaiba910 (August 28, 2006, 9:26 am). Reply

    takpe.Saya dah faham.Terima Kasih

  37. Mr B (August 28, 2006, 4:42 pm). Reply

    Thanks Alang…info nie memang kelas ‘ perghh ‘

  38. Adam (August 30, 2006, 8:13 am). Reply

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada soalan mengenai accent card dan payapal. Saya harap kwn2 boleh tolong.
    Boleh tak saya manage fund accent card saya dan transfer ke bank tempatan seperti Maybank secara online? berapakah fee dikenakan?
    Adakah setiap $ yang kita dapat dlm PayPal terus dipindah ke dalam account Accent Card secara otomatik atau secara manual?
    Sekian, Terima Kasih
    Adam

  39. Frust (September 17, 2006, 6:46 pm). Reply

    Aku order accent card ni dari mk deal.. lepas dua hari dapat kad, tapi sampai la ni belum dapat verification level 2…. sampai bila nak tunggu nih…

  40. alang (September 17, 2006, 6:59 pm). Reply

    soalan tu lebih sesuai ditanya kepada pihak accent card sendiri. Berdasarkan pengalaman, saya rasa kalau dokumen semua dah dihantar dgn betul, dlm tempoh 24 dah pun dpt verification level 2.

    So, cuba tanya sendiri kat Accent card ataupun melalui MK Deal jika ada apa2 masalah dgn dokumen anda. Dan melalui pengalaman saya juga, support dari pihak Accent Card memang bagus dan email anda akan dibalas dlm tempoh beberapa jam sahaja.

  41. Frust (September 18, 2006, 11:34 am). Reply

    aku dah fax 3 kali tapi hampeh… sampai la ni pun tak verified lagi.. ni dah masuk 1 minggu nih

  42. Along (September 19, 2006, 12:26 am). Reply

    Alang,
    PIN number untuk Accent card ni dapat sekali masa delivery ke?

  43. alang (September 19, 2006, 2:01 am). Reply

    @Along – ye, pin dpt sekali dgn kad

  44. Azhar (September 20, 2006, 8:24 pm). Reply

    Bro Alang,

    Sy terlibat dgn bisnes dropship.salah satu company dropship ni x nak gunakan paypal as payment.diorang nak wire transfer ke acct mereka.pertanyaan sy, boleh ke accent card ni di gunakan as wire transfer?

  45. alang (September 20, 2006, 8:52 pm). Reply

    @Azhar – harap maaf saya tak dpt jawab soalan tu, lebih tanya pihak MK Deals atau pihak Accent Card sendiri

  46. Azhar (September 21, 2006, 4:33 am). Reply

    Oh, Alang pn xdpt jwp ek.its ok.sy tgk kat sini pun ada post reply dr pihak MK deals.hehe.Hmm, camne tu pihak Mk deals berhubing dgn soalan sy diatas?

  47. MK Deals Sdn Bhd (September 21, 2006, 8:13 pm). Reply

    saudara azhar – accent card tak boleh digunakan utk buat ‘outgoing wire transfer’. incoming wire transfer boleh. harap ini dapat membantu. sila email saya terus di support[at]malaysia.accentcard.com utk maklumat lanjut.
    sori alang, tumpang lalu ye ;)

  48. reallybites (October 2, 2006, 3:20 pm). Reply

    Alang, so far are you satisfied with accent card? Did you encountered any problems using it?

  49. Giladigi (November 13, 2006, 3:15 am). Reply

    Jangan Beli accentcard. Sudah baru seminggu selepas “link” paypal, sekarang, paypal account dah sangkut. SUSPENDED BY PAYPAL DUE TO NAME does not match US BANK ACCOUNT.

    Accentcard bukan USA bank account . Ia debit card je. BUkan US bank account. Dah panggil Paypal sebanyak 3 kali & setiap kali, operator beritahu akaun saya suspended memang kerana bank account saya bukan name sendiri (No match). Dah banyak kes kut.

    Baru check ebay forum malaysia pun ada kes ini.

    http://forums.ebay.com.my/thread.jspa?threadID=300000050&start=480

    Company reseller ini pun dapat setiap komisen TIAP TIAP kali kita keluar wang. Baru baca dari ebay forum.

    Sakithati

Add a Comment