Tips submit laman web ke direktori

Written by alang on June 11, 2007

Sebagai pemilik 7 direktori, saya banyak menerima submission dari pemilik laman web untuk diterima masuk ke direktori saya. Walaupun saya ingin menyenaraikan kesemua laman web tersebut, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana ia tidak memenuhi kriteria tertentu yang dipraktiskan di direktori saya dan hampir kesemua direktori lain.

Disini, saya akan senaraikan beberapa kriteria yang menyebabkan laman web anda tidak diterima oleh direktori.

1. Kebanyakan direktori termasuk semua direktori saya tidak menerima blog yang menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogger dan wordpress.com. Ini adalah kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap blog tersebut dan bila-bila masa sahaja blog anda akan dipadam oleh penawar perkhidmatan tersebut.

2. Kebanyakan direktori kini menawarkan deep links iaitu tambahan link ke subpage laman web anda. Walaupun direktori anda mungkin tidak akan ditolak jika anda tidak mengisi ruangan ini, tetapi anda telah kerugian kerana deep links memberi peluang untuk menyenaraikan beberapa subpage laman web anda supaya ia dilawati oleh search engine. Contoh direktori yang mempunyai deep links ini ialah apabila anda melihat terdapat tambahan ruang seperi Title 1, Url 1, Title 2, Url 2 di submission page direktori tersebut.

3. Pastikan laman web anda siap sepenuhnya sebelum submit ke direktori. Saya pernah menerima submission di mana hanya muka depan sahaja siap tetapi halaman lain masih lagi kosong.

4. Semua direktori tidak menerima laman web yang dibuat hanya untuk adsense (MFA sites). Untuk mengenal laman web seperti ini ialah apabila ia menggunakan syndicate content, artikel yang terlalu pendek, terdapat lebih banyak iklan adsense di dalam satu muka surat berbanding artikel dan juga laman web yang kesemua isi kandungannya menggunakan artikel dari laman web lain (no unique content).

5. Selain itu anda juga harus berhati-hati apabila menulis tajuk laman web, url dan juga description. Jangan menggunakan huruf besar kesemuanya untuk tajuk. Sebaik-baiknya, tajuk adalah nama rasmi untuk laman web anda, bukanlah menggunakan keyword tertentu. Terlalu banyak kesilapan ejaan juga akan menyebabkan laman web anda ditolak.

6. Laman web yang menjual produk affiliate juga tidak akan diterima. Contoh laman web ini adalah laman web yang menjual ebook yang hanya mempunyai salesletter dan juga testimonial.

Jika saya menolak mana-mana laman web di direktori saya, saya akan memulangkan sepenuhnya wang yang dibayar oleh pelanggan. Tetapi, terdapat direktori lain yang hanya memulangkan 50% sahaja ataupun tidak memberikan sebarang pulangan langsung apabila laman web anda ditolak.

Sungguhpun begitu, diharapkan artikel ini tidak mematahkan semangat anda untuk submit laman web anda ke direktori kerana menyenaraikan laman web anda di direktori merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan ranking yang baik dalam search engine.

Related posts:

  1. Tips mempromosi direktori Jika sebel

  2. Tips mempromosi laman web Jika dalam

  3. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membina web direktori Bagi seset

  4. Laman web artikel Pernahkan

  5. Apa yang sebenarnya berlaku kepada direktori Saya mener

Comments

  • 06-14-2007
    7:24 am

    Reply

    Azahari

    Alang, apa beza/kesan backlink dari web/blog dengan link dari directory?Kenapa directory menjadi pilihan utama search engine?


  • 06-14-2007
    5:06 pm

    Reply

    saiful

    salam Alang,

    Terima kasih kerana memberi guideline mengenai submit web/blog kat web directory..sebenarnya web saya aboutclock.com Alang akan reject kat szab.net kerana MFA…lagipun web tersebut dalam proses redesign dan akan update dengan artikel2 yg menarik..harap Alang jgn reject dulu ye kerana saya berminat utk submit ke webdirectory Alang yg lain….tk


  • 06-16-2007
    10:16 am

    Reply

    Noorizam Shah

    saya dan submit satu link http://www.noorizamshah.com kat direktori alang.. ;)


  • 06-17-2007
    12:20 am

    Reply

    bizmalaya

    assalamualaikum….
    saya minat dalam web directory ni..tapi yang percuma jer ler coz sekarang ni tiada modal lagi…harap alang dapat membantu semua usahawan internet bagi memajukan internet malaysia


  • 07-16-2007
    1:52 pm

    Reply

    saiful

    Salam Alang,

    kalau blog saya ni http://www.aboutclock.com/blog dah boleh submit ke belum kat mana2 web directory Alang?..harap dapat membantu….


  • 07-16-2007
    4:11 pm

    Reply

    saiful

    Salam Alang,

    Blog wordpress saya http://www.aboutclock.com/blog tu memang baru namun saya dah setkan artikel update setiap 2 hari….semua artikel cukuplah pakai sampai bulan Oktober ni…nanti bila nak submit saya pm Alang…tk for the info…


  • 10-10-2007
    11:00 am

    Reply

    dila

    boleh x bgtau apa kriteria laman web yg baik?
    ASAP.
    reply kt email dila blh?
    dila ada assignment nk kena bwat.


  • 03-24-2008
    1:15 pm

    Reply

    noku

    cmner nk submit?

    noku’s last blog post..Assignment PC Assembly


  • 05-03-2008
    3:29 pm

    Reply

    kasimo

    kalau nak submit kena ada berapa post secara purata la


  • 05-03-2008
    3:31 pm

    Reply

    kasimo

    kena ada berapa artikel abru sesuai nak hantar


  • 06-14-2007
    8:22 pm

    Reply

    alang

    direktori menjadi pilihan utama search engine kerana setiap laman web disenaraikan mengikut kategori tertentu. Direktori juga dikatakan sebagai mini search engine dan kebanyakannya hanya menyenaraikan laman web yg berkualiti sahaja.

    Back link dari web / blog juga penting dan ia dipanggil natural backlink tetapi mestilah dari laman web / blog yg berkaitan.


  • 07-16-2007
    2:42 pm

    Reply

    alang

    baru ada 8 artikel. Mungkin ada sesetengah direktori akan menerima tapi to be safe lebih baik tambah lagi artikel tu.


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message