Hulurkan bantuan, ringankan beban

27alang18th Jun 2007Entri, , ,

Tajuk di atas merupakan tema untuk rancangan Bersamamu yang disiarkan di TV3. Tapi ini bukan bermaksud yang saya akan muncul di rancangan Bersamamu ataupun muncul di mana-mana rancangan televisyen. Wajah saya tak cukup komersial untuk menaikkan rating mana-mana rancangan televisyen ataupun melariskan jualan akhbar dan majalah.

Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah tentang seorang rakan yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau tidak pernah meminta saya membuat begini tapi saya rasa sedikit terharu apabila membaca tentang beliau. Walaupun sebelum ini saya tahu yang beliau adalah OKU, tetapi saya sangka karier beliau sebagai usahawan internet, beliau tidak mempunyai masalah kewangan. Tambahan pula, laman web yang beliau hasilkan jauh lebih baik dan berkualiti daripada mereka yang bukan OKU. Beliau yang saya maksudkan di sini ialah rakan kita saudara Badruzamani bin Azmi.

Bagi yang belum mengetahui, saudara Badruzamani telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1995 dan akibat daripada kemalangan itu, beliau telah patah tulang belakang dan lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Di bawah ini merupakan petikan daripada blog beliau

Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?

maybank1.jpg

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al – Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak – banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…

Yang benar,

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Jadi sama samalah kita bantu rakan kita yang dalam kesusahan. Ingatlah yang beliau tidak pernah meminta semua ini terjadi dan beliau juga telah menggunakan seluruh keupayaan beliau untuk tidak menyusahkan sesiapa. Beliau juga tidak pernah menghubungi saya untuk meminta saya menulis mengenainya di sini. Apa yang harus kita renungkan ialah perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa dan mungkin hari ini giliran saudara Badruzamani memerlukan bantuan mana tahu besok mungkin giliran kita pula

27 Comments Comments Feed

  1. Iskandar (June 18, 2007, 10:45 am). Reply

    Okay, money sent. Tapi tak seberapa la sbb aku pun tengah pokai nih ..

  2. skyjuice (June 18, 2007, 11:27 am). Reply

    aku pun akan hulur kan sumbangan tunggu payment check keluar aku cuba la hulurkan sedikit sebanyak yang aku mampu.

  3. Luahan hati dari seorang blogger… (June 18, 2007, 4:56 pm). Reply

    [...] usaha yang telah dilakukan oleh alicyber dari SihatSokmo dan alang, tergeraka hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca blog saya yang setia, tentang [...]

  4. Hatiku Tersentuh Pilu | Bahagiakanlah Hidupnya di Dunia Fai (Mohd Faisal) (June 18, 2007, 7:45 pm). Reply

    [...] berpangkat abang kepada saya iaitu Abang Badruzamani Azmi mengalami masalah.. Anda boleh baca post alang, aliCyber dan Mohd Sufian mengenai perkara [...]

  5. Azahari (June 19, 2007, 10:25 am). Reply

    Apa kata siapa yang pandai grafik tu buatkan animated banner / iklan untuk diletakkan di blog masing-masing. Sebab saya takde masa, saya guna iklan yang dibuat sendiri oleh saudara Badruzamani di blog saya blog.percuma.net. Kalau tak mampu nak menolong dari segi kewangan, tolong iklankan pun ok juga…

  6. Alhusna Gallery » Blog Archive » Bantu Sahabat Kita ini..!!! (June 19, 2007, 5:45 pm). Reply

    [...] saya mengetahui beliau seorang OKU. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan [...]

  7. Alhusna Gallery » Blog Archive » Bantu Saudara Kita Ini…..! (June 19, 2007, 5:49 pm). Reply

    [...] saya mengetahui beliau seorang OKU. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan [...]

  8. aku (June 19, 2007, 10:32 pm). Reply

    sesapa yang pandai buat banner mintak tolong buat banner macam forum buysignal aku… sebab aku nak masukkan kat situ.

  9. cikgureza (June 20, 2007, 12:07 pm). Reply

    Setiap kejadian ada hikmahnya. Dan ingatlah kelebihan orang2 yg sakit, iaitu doa nya lebih makbul daripada orang yg lebih sihat.
    Dan itulah yg lebih beharga dari dunia dan segala isinya..

    Semoga saudara BadruzZamani di rahamati Allah pada setiap masa, dan doakan lah saya..

  10. saiful (June 20, 2007, 1:18 pm). Reply

    satu usaha yg murni dari Alang….ini kerana setiap amal itu di kira dari niat….. niat yg baik tentunya hasil yang baik begitu juga sebaliknya…amin

  11. Belajar Buat Blog, Sambil Belajar Buat Duit, Cari Duit, Jana Wang Melalui Blog » Blog Archive » Bantu Saudara Zamani (June 20, 2007, 1:35 pm). Reply

    [...] beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan [...]

  12. Kempen Bantu Rakan Blogger Kita | Belajar Cara Membuat Blog Wordpress | Cari Duit Dengan Blog (June 20, 2007, 2:35 pm). Reply

    [...] tambahkan keberkatan rezeki tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Saya terbaca post ini di blog Alang dan terus buat keputusan untuk sama-sama terlibat. Tak ada siapa suruh saya buat [...]

  13. bantuan anda diperlukan » AbdFatah.com (June 21, 2007, 4:29 pm). Reply

    [...] beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan [...]

  14. entri pilihan hati hari ini » AbdFatah.com (June 22, 2007, 10:54 am). Reply

    [...] beri balik : hulurkan bantuan, meringankan beban > alang [...]

  15. Handicapped Blogger Need Help! | Small Business Blog Marketing Explained (June 22, 2007, 12:43 pm). Reply

    [...] I came across the news on handicapped / physical challenged blogger, Mohd Badruzamani from Alang, Galadriel & Mohd Sufian’s [...]

  16. Badruzamani Azmi (June 24, 2007, 2:57 pm). Reply

    Alhamdullillah…saya baru dapat online hari ni setelah saudara Mohd Sufian, bertungkus lumus untuk membaiki komputer saya. Terima kasih banyak – banyak kepada Alang dan semua yang menolong saya baik dari segi sumbangan derma dan sokongan lain. Semoga Allah membalas jasa baik anda sekalian dengan kebaikan dan dimurahkan rezeki yang berganda. Amin…

    Insyaallah…saya akan menerus perjuangan saya untuk membantu insan lain pula, sedaya upaya saya.

    Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga dari saya. :)

  17. Blog Badruzamani.Org » Blog Archive » Setiap Kejadian Ada Hikmah (June 25, 2007, 11:47 am). Reply

    [...] Kasih saya ucapkan kepada Alicyber, Alang, Mohd Sufian, Linn Comel, Adiputra, Md Hilmi dan semua yang membantu saya sama ada dalam bentuk [...]

  18. GCyber (July 25, 2007, 11:58 pm). Reply

    Status: Successful
    From Account: 00000000000 WSA
    New Balance: RM14.35
    To Open 3rd Party Account: 162021342824
    3rd Party Email Address :
    Amount: RM30.00
    Effective Date: Today
    Account Holder Name: BADRUZAMANI BIN AZMI
    Reference Number: 1205132140
    Transaction Date/Time: 25 Jul 2007 23:54:44

  19. titan (August 2, 2007, 2:19 am). Reply

    Ehm..dah main message dgn saudara zamani dekat YM. Not bad and nice person. See you at next message soon..:)

  20. Kutip derma dengan ChipIn | Blog Webmaster Malaysia (August 13, 2007, 10:59 am). Reply

    [...] Full-time, Bisnes Part-time. Apakah alasan anda?Hulurkan bantuan, ringankan bebanKenapa perlu bermula sebagai hobi?Senarai pendapatan usahawan internetTips submit laman web ke [...]

  21. bantuan anda diperlukan, charity (August 19, 2007, 7:31 am). Reply

    [...] beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan [...]

  22. » Kempen Bantu Rakan Blogger Kita Zackrulz: When Zack Creating The Rules (November 26, 2007, 2:03 pm). Reply

    [...] tambahkan keberkatan rezeki tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Saya terbaca post ini di blog Alang dan terus buat keputusan untuk sama-sama terlibat. Tak ada siapa suruh saya buat [...]

  23. Setiap Kejadian Ada Hikmah (November 29, 2007, 12:15 pm). Reply

    [...] amat saya hargai dan sangat – sangat berterima kasih.Terima Kasih saya ucapkan kepada Alicyber, Alang, Mohd Sufian, Linn Comel, Adiputra, Md Hilmi dan semua yang membantu saya sama ada dalam bentuk [...]

  24. Hulurkan Bantuan Ringankan Beban | Samsul Zamzuri (May 10, 2009, 12:14 pm). Reply

    [...] Dua tahun lepas saya ada menulis menggunakan tajuk yang sama, anda boleh baca posting tersebut di sini [...]

  25. Mohd Sufian (June 18, 2007, 5:04 pm). Reply

    Saya bagi pihak Badruzamani, mengucapkan bebanyak terima kasih. Zamani tak boleh nak online. Komputer dia ada masalah sikit.

  26. khuzaimah (July 8, 2008, 9:28 pm). Reply

    yelah…..kita bagi setakat yang kita mampu je la…tapi saya tak dapat kasi la…sebab saye ni still pelajar…tak de duit sendiri…tapi tak pelahkan?semoga encik dapat menyambunh hidup dgn tabah..caiyok!!

Add a Comment