Senarai pendapatan usahawan internet

Written by alang on June 25, 2007

Melalui blog CJCM saya mendapat tahu seorang blogger Paula Mooney telah melakukan kajian dan menyenaraikan senarai usahawan internet di seluruh dunia dan jumlah pendapatan mereka. Saya fikir, tersenarai di antara 120 usahawan internet di seluruh dunia yang mempunyai pendapatan yang tinggi sudah cukup bagus.

Apabila saya melihat sendiri senarai tersebut, saya seperti nak pitam melihat nama saya berada di kedudukan ke 10, lebih tinggi dari usahawan internet antara bangsa yang lebih popular seperti Steve Pavlina, Darren Rowse, John Chow, Shoemoney dan juga Shawn Hogan.

Mereka menganggarkan pendapatan saya adalah sebanyak US$ 35,000 – US$339,000 setahun. Anggaran itu diperolehi daripada petikan artikel di New Strait Times yang telah dipaparkan bulan lepas. Ini adalah kerana di dalam artikel tersebut saya memberitahu yang pendapatan saya adalah lima angka jadi mereka membuat anggapan yang pendapatan saya adalah di antara RM10,000 ke RM 99,000 sebulan

Terus terang saya cakap, saya menjadi malu pada diri sendiri apabila melihat kedudukan saya di senarai itu kerana saya memang tidak layak berada pada kedudukan tersebut. Saya telahpun menghubungi penulis artikel tersebut untuk meminta beliau mengubah kedudukan saya di senarai tersebut. Secara jujurnya, pendapatan saya adalah US$50,000 – US$70,000 setahun dan saya berada di kedudukan yang ke 35 di bawah Gobala Krishnan.

Related posts:

  1. Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa Hari ini g

  2. Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa Tajuk kali

  3. Do’s and Don’t untuk Usahawan Internet Bagi sesia

  4. Senarai blog perniagaan internet di dalam Bahasa Melayu Saya terta

  5. Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I) Blog + Art

Comments

  • 06-25-2007
    3:34 am

    Reply

    Antabax

    alang, selain adsense, ape lagi yg leh tolong dptkan income sedap ? advertlets dgn nuffnang macam slow sket. adbrite dgr citer tak syok.


  • 06-25-2007
    11:05 am

    Reply

    Zaizen

    Alang..tahniah. U’re the man! :D . I will follow up ur footstep.


  • 06-25-2007
    11:18 am

    Reply

    Saharman

    Tahniah , Alang sebagai sumber inspirasi, saya tengah belajar nii , harap dapat juga berjaya macam Alang. Pengiklanan dalam internet adalah sumber pendapatan yang bagus …. Terima kasih.


  • 06-25-2007
    12:26 pm

    Reply

    zool

    Cukup hebat… rasa2nya mungkin tak lama lagi boleh jadi jutawan le Alang nie..
    Boleh jadi mentor nie.. saya letak kat blogroll saya boleh ke ??


  • 06-25-2007
    6:22 pm

    Reply

    suhaimy

    tahniah…semoga memperolehi keberkatan rezeki…amin


  • 06-25-2007
    6:31 pm

    Reply

    hanrz

    tahniah alang!

    US50,000-US70,000 bukan sikit tu alang…
    kita org nak seribu pun susah…
    kena bljr byk dgn alang ni!!!


  • 06-25-2007
    7:01 pm

    Reply

    Maizul

    Tahniah alang. US50,000-US70,000 pun bukan calang-calang orang yang boleh dapat macam ni. Kalau di tukar ke RM banyak tu.


  • 06-25-2007
    9:32 pm

    Reply

    weirdoux

    yup, memang apa yang alang dapat tu sungguh lumayan. tapi, ini bukan terjadi dalam satu hari. malah, alang telah “berjuang” dalam dunia internet ni lebih dari 10-15 tahun.

    jadi , kalau nak jadikan alang sebagai mentor, kita juga mestilah tanya pada diri kita sendiri “adakah ketekunan aku sama seperti kesungguhan alang?”

    kalau ketekunan kita lebih dari alang, tak mustahil kita juga akan menjadi seperti alang.

    happy blogging!


  • 06-25-2007
    10:51 pm

    Reply

    smartzul

    Setuju dengan weirdoux. Kejayaan Alang hari ni bukan usaha sehari dua yg lepas. Mulakan langkah yg sepatutnya. Rasanya kalau nak jadikan Alang sebagai mentor, blog ini rasanya sudah memadai sebelum berguru secara live dengan tuannya. :)

    Kejayaan Alang ni kita boleh jadikan kepada dua bentuk pedoman:

    1. Saper yg minat nak ikut jejak Alang sebagai Webmaster, maka buatlah apa yg patut. Alang salah seorang yg boleh guide anda. Blog ni dah memadai rasanya.

    2. Jadikan motivasi dan inspirasi untuk berjaya dalam bidang masing2.

    Terapkan konsep asas ebiz dan applykan untuk usaha anda.

    Tahniah Alang.


  • 06-26-2007
    11:50 am

    Reply

    Noorizam Shah

    Tahniah to Alang… berada dalam list top 100 pun kira bagus.. apatah lagi kalau duduk di top 35 .. so elok la kengkawan jadikan alang nih mentor..

    p.s: blognya sentiasa menjadi rujukan saya untuk motivasi diri :)


  • 06-26-2007
    1:07 pm

    Reply

    saiful

    salam semua,

    Alang ni satu malaysia dah tahu memang antara usahawan internet yang dah berjaya…betul tak? Paula money tu takyah buat list pun takpe budak msia memang dah kenal Alang ni…he he he….Alang U the Man!!

    p/s sebenarnya ramai lagi usahawan internet di msia yg dah lama jadi jutawan cuma mereka ni berada di bawah radar je….kalau kita pandai cari pasti jumpa…he he he….


  • 06-26-2007
    1:54 pm

    Reply

    mr.ular

    Hi Anang.

    Saya baru jer start blogging for ablout 2 bulan lebih. So far, bulan nie dah boleh dapat cek dari google on adsense. Syukur. Saya juga ada jadi affiliates yg saya advertise dalam blog saya nie.

    Erm..nampaknya saya akan jadikan Anang ni sebagai ‘mentor’ saya. Oh ya, saya ada a few blogs. Even saya pakai kaedah yg sama utk semua blog nie, tp yg ‘menjadi’ cuma 2 sahaja utk adsense. Yg lain tu sekadar utk ‘drive the traffic’ to my other blogs. Boleh komen?

    Terima Kasih. :)

    -mr.ular-
    http://onlinedataentryjobs4u.blogspot.com


  • 06-26-2007
    2:03 pm

    Reply

    Paypal2u Bloggers

    Tahniah sekali lagi kepada Alang.

    Teruskan usaha anda memartabatkan industri Internet Marketer ini.

    Salam dari saya.


  • 06-26-2007
    3:23 pm

    Reply

    weirdoux

    ha’ah… bila masa plak laki krisdayanti jadi blogger?

    kalau gitu, alang kena buat lagu “membloggingmu… seumur hidupku” gantikan lagu “menyintaimu”
    wakakaka…

    mesti meletop punya…


  • 06-26-2007
    5:26 pm

    Reply

    affzan

    Tahniah Alang

    Semoga kita semua dapat mengikut jejak langkah Alang dan blogger2 lain yang telah berjaya dalam bisnes internet ni

    Saya teringin pulak nak buat list Top 100 bloggers malaysia yang dapat duit tak kira la melalui ads atau paid blogging. Rasanya dah boleh start interview, apa kata saya start dgn Alang ok tak? ;)

    Sapa2 yang nak join list atau ada maklumat, harap boleh email saya personally

    Saya teringin buat list ni bukan utk dimegah2kan, tapi sebagai motivasi utk saya dan rakan2 lain yang baru nak bertapak dalam bisnes internet. List ni jugak nak membuktikan bahawa kita boleh berjaya dalam internet walaupun org macam sceptical je. Dan bila dah siap list ni pun, pendapatan tu boleh je dirahsiakan utk mengelakkan org sakit ati atau riak. Kira saya je la yang tau :)

    ok tak cadangan saya


  • 06-27-2007
    6:20 pm

    Reply

    skyjuice

    wah bang dah jadi lagenda ni :D tak sia2 jadi idola ni hhehe


  • 06-27-2007
    6:27 pm

    Reply

    Affuan

    Saya rasa belum terlambat saya nak ucapkan tahniah..

    p/s: Alang malu tersenarai dalam top 10. Saya plak malu tak tersenarai langsung hehe..


  • 06-28-2007
    1:05 am

    Reply

    mijie

    tahniah buat alang,

    teruja bila saya tgk income yg di perolehi…
    bagi saya sebagai orang yg baru bertapak dalam IM ni…mendapat pengunjung untuk ke laman web pun dah kira ok..yang penting…kesabaran…

    banyak motivasi yang boleh kita dapat dari IM di malaysia yang boleh di kira berjaya


  • 06-28-2007
    8:05 am

    Reply

    jack

    abg alang…kalu sy nk ebook malaysia pal leh? sy xde duit…xde ape2 lam duit internet ni…plz


  • 06-28-2007
    5:00 pm

    Reply

    zool

    ramai orang komen blog Alang nie…
    harap2 saya dapat mencapai pengunjung sebanyak Alang nie nanti


  • 06-29-2007
    10:56 am

    Reply

    Labanon

    Tahniah bro alang :)

    Hehe budak dari India yang berumur 17thn pun tersenarai tu pergh~


  • 06-30-2007
    4:19 pm

    Reply

    m e g a t

    tahniah bro alang..
    dlm top 10 tu mmg hebat..
    sy selalu bace problogger.tp tak sangke ade juge org kiter yg lg hebat..
    tahniah! tahniah!

    kena menuntut dr bro..sy sampai skang mule2 lg.. :(


  • 06-30-2007
    11:28 pm

    Reply

    Sain

    Tahniah Alang,

    Saya sekarang pun tengah nak tumpu pada bisnes internet ni….
    Ikut jejak mu….


  • 07-01-2007
    2:55 am

    Reply

    wizvax

    tahniah alang..ade projek baru ke alang? jarang update blog skang :)


  • 07-16-2007
    1:49 pm

    Reply

    saiful

    Bila la aku nak terror macam Alang ni…ish..ish…


  • 08-09-2007
    11:42 pm

    Reply

    Imo Imora

    Huishh.. kira banyak la tu. Tahniah Alang ;-) .


  • 09-28-2007
    11:48 pm

    Reply

    ivan from home network

    Good job… Keep it on.. :o )


  • 10-18-2007
    11:10 am

    Reply

    Mohmmad Hamdy

    Taniah kerana anda telah memberi semangat untuk saya terus mencuba perniagaan internet


  • 10-24-2007
    4:24 pm

    Reply

    shukeri

    Tahniah. banyak tu. Saya baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan iternet. Harap dapat tunjuk ajar Alang.


  • 11-18-2007
    7:12 pm

    Reply

    Razin Azhan

    Tahniah Alang. Anda telah memberikan inspirasi kepada saya dalam bidang ini. Harap dapat beri bimbingan atau nasihat kepada saya jika tidak keberatan. Semoga terus sukses.


  • 01-28-2008
    1:26 pm

    Reply

    amy

    sy nak wat bisnes ni tp x tau cam ner.. terkial kial lg. x de sape nak ajar.. sy gak rs kurang yakin ngan bisnes ni tp sy perlu kan duit. sy terpaksa berhenti study coz x da duit nak sambung study.. nak cari keje susah nak dpt. family org susah. parent lak dah tua. adik beradik ada, tp x nk susah kan dorg. some body, please help me..


  • 01-30-2008
    10:46 am

    Reply

    paichow

    bagus si alang nie ….bagilah tips2 camner nak mulakan perniagaan nie ,


  • 04-02-2008
    2:58 pm

    Reply

    Felex Tan

    Congratulation to you,you make us proud to be Malaysian..


  • 06-25-2007
    9:01 am

    Reply

    alang

    sumber pendapatan utama saya ialah menjual sendiri ruang iklan dan juga direktori.


  • 06-26-2007
    2:02 pm

    Reply

    alang

    silap org kot, saya alang, bukan anang. Anang tu husband kris dayanti :)

    Oleh kerana ramai sgt yg nak jadikan saya mentor disini (termasuk yg email) nanti saya tulis apa pendapat saya mengenai konsep mentor ni.


  • 06-28-2007
    8:26 pm

    Reply

    alang

    bergantung pada topik jugak, kadang2 ada juga saya buat post langsung takde org komen. Bila buat post pasal duit macam ni, ramai la org komen :)


  • 06-29-2007
    5:03 pm

    Reply

    zool

    he he he..
    tapi menunjukkan yang ramai peminat setia blog nie..


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message