PR 6 dan PR7 backlink; ada cara mudah dan murah untuk mendapatkannya

33alang15th Jul 2007Entri, , , ,

Sebagai pemilik direktori PR (pagerank) memang penting kerana sukar untuk mendapat submission jika direktori anda tidak mempunyai PR. Jadi oleh sebab itu, saya sentiasa mencari cara baru untuk mendapatkan backlink dari laman web yang mempunyai PR yang tinggi kerana biasanya untuk membeli, harganya agak mahal.

Di sini saya akan kongsikan 2 cara yang memang saya gunakan dan terbukti berkesan.

Memberi sumbangan / donation pada laman web yang mempunyai PR tinggi.

Ada sesetengah laman web bukan komersial atau laman web yang mengeluarkan open source software memang bergantung kepada donation untuk menampung kos penyelenggaraan. Laman web ini biasanya akan menyediakan satu muka surat khas di mana mereka akan menyenaraikan senarai penderma termasuk url ke laman web penderma tersebut jika anda. Oleh kerana biasanya laman sebegini memang mempunyai PR yang tinggi jadi halaman donation tersebut juga biasanya mempunyai PR6 atau PR7. Jumlah donation pula ada yang serendah $5 hinggalah yang paling tinggi $1000 membolehkan laman web anda disenaraikan disitu. Disini saya senaraikan beberapa laman web yang akan menyenaraikan url penderma mereka di muka surat yang mempunyai PR yang tinggi.

http://awstats.sourceforge.net/awstats_supporters.php

http://www.openwall.com/donations/

http://openwebmail.org/donation/

http://punbb.org/donations.php

http://forum.snitz.com/donations.asp

http://webdesignbook.net/sponsors/

http://zeo.unic.net.my/donations/

Cara yang kedua pula ialah melalui laman web designer. Ada beberapa laman web designer yang mempunyai PR yang tinggi dan menyediakan muka surat portfolio di mana mereka menyenaraikan semua kerja yang mereka siapkan sebelum ini. Kebiasaannya, designer ini memang berprofil tinggi dan harga yang mereka tetapkan juga tinggi. Jika anda mempunyai budget dan kebetulan ingin mengubahsuai laman web anda, anda boleh menggunakan khidmat designer ini di mana selain daripada mendapat hasil kerja yang benar-benar berkualiti anda juga akan mendapat backlink dari muka surat yang mempunyai PR yang tinggi. Anda tidak semestinya mendapatkan khidmat mereka bentuk seluruh laman web anda, mungkin cuma logo sahaja di mana bayarannya tentu lebih rendah. Anda juga perlu bertanya terlebih dahulu sama ada designer tersebut akan menyenaraikan laman web anda di portfolio beliau jika anda cuma order logo sahaja. Di bawah ini saya senaraikan beberapa laman web portfolio designer yang mempunyai PR yang tinggi.

http://www.studio7designs.com/portfolio.cfm

http://www.miswebdesign.com/company/case-studies/

http://www.now-design.co.uk/web-design-portfolio.php

http://www.cj-design.com/portfolio/websites

http://www.cherryoneweb.com/htm/portfolio.htm

http://www.redflystudios.com/portfolio/web-design/

http://www.352media.com/Clients.aspx

http://www.cabengo.com/html/clients.html

http://www.weblinc.com/Case_Studies/

http://www.gravitatedesign.com/client-list.htm

http://www.perfectblue.co.uk/portfolio.html

http://newark1.com/portfolio/index.html

http://www.headscape.co.uk/gallery/6/portfolio.html

Selamat mencuba.

33 Comments Comments Feed

  1. saiful (July 15, 2007, 3:33 pm). Reply

    Alang..tkasih bagi info ni…lagipun dah lama nak cari cara2 mudah untuk naikkan Page Rank…

  2. Propolis (July 15, 2007, 4:48 pm). Reply

    What an awesome post Alang.
    Another gem from you.

    Superb job bro!

  3. mirul (July 15, 2007, 8:14 pm). Reply

    Info yang amat berguna… Bila agaknya Google nak update PR yer?
    Thanks Alang :)

  4. khairul (July 16, 2007, 9:00 am). Reply

    thanks bro alang kenara berkongsi lagi satu tips yg berguna..

    cite fasal backlink ni..
    kadang2 saya lihat ada mereka yang menyediakan perkhidmatan submit ke direktori atau enjen pencari.
    contohnya di forum digital point.
    ada yang meletakkan harga serendah usd5 untuk submit ke site2 pr1 ke pr5 atau lebih.

    kalau servis camni apa pendapat bro alang,buleh pakai ke?

  5. Noorizam Shah (July 16, 2007, 12:22 pm). Reply

    alang thanks for info … saya pun dah mula gunakan trick-trick berkesan untuk tarik PR ke blog saya.. nampak gaya ada gak mujarabnya.. dan traffik kat alexa pun dah mula naik sket demi sket..

    p.s: alang thanks pm saya kat wangcyber.com .. saya dah beli duit paypal hari tu.. tapi kalau saya perlukan lagi saya akan terus contact alang..:) i will..

  6. reezluv (July 16, 2007, 12:32 pm). Reply

    wow..tak sangka cara camni pun boleh ye?saya suka kan url redfly..memang suka sangat ngan design die..:)anyway..thanks for the good info

  7. saiful (July 16, 2007, 1:32 pm). Reply

    salam Alang,

    saya berkenan nak buat donation kat zeo.unic.net.my/donations ada contact number atau email si Safirul Alredha tu..krn page donations takde email atau contacts…sy nak byr guna maybank2u..harap dapat membantu…

  8. saiful (July 16, 2007, 1:45 pm). Reply

    salam Alang,

    Alang tak nak buat macam tu ke…dapat jugak pembaca blog setia ni naikkan PR mereka..buat murah2 je…ramai yg donate nanti….kalau nak buat lah…cadangan saje…he he he

  9. saiful (July 16, 2007, 4:04 pm). Reply

    Salam Alang,

    TQ Alang tentang info Safirul Alredha tu..mungkin skrin komp. kat ofis problem kot..asyik error je….kalau blog Alang dah PR 7…saya org pertama submit donations…ha ha ha

  10. Maizul (July 16, 2007, 9:13 pm). Reply

    Menarik info ni terima kasih Alang

  11. saiful (July 18, 2007, 5:28 pm). Reply

    salam Alang,

    cara macam ni sesuai tak dgn blog yg ada adsense?

  12. kaizen (July 18, 2007, 8:47 pm). Reply

    Alang terima kasih.saya org baru dalam buat laman web ini.Baru berjinak-jinak buat blog.Boleh Bagi komen tak.Kawan-kawan yang lawat blog ini pun di jemput beri komen kat blog saya ye.thanks kerana beri tunjuk ajar.

  13. suhaimy (July 19, 2007, 11:53 am). Reply

    Salam,

    Satu tips yang bagus dr Alang.tq kerana berkongsi

  14. Mohd Sufian (July 20, 2007, 9:10 pm). Reply

    Terima kasih alang.

    Tips yang saya rasa paling menarik sekali dalam blog alang ni. Teknik derma tu paling saya suka. :D

    Ada lagi ke site2 yang mcm tu?

  15. aku (July 24, 2007, 3:19 pm). Reply

    nampaknya teknik derma lebih menarik berbanding upah designer.

  16. ibnuhassim (July 25, 2007, 2:11 am). Reply

    Salam Alang, Thanks for the info.
    Ni 2 dalam 1. Menderma sambil menaikan rank page website.

  17. Azahari (July 25, 2007, 7:43 am). Reply

    Saya tengok dah ramai yang aplikasikan teknik ni. Bagus teknik ni, jimat dan berkesan. Bayangkan kita dapat PR tinggi dengan bayaran rendah.Cuma untuk PR7 tu mahal sikit la kalau nak dapat listing

  18. alex (July 31, 2007, 5:12 pm). Reply

    Salam,
    Tips yang bagus

  19. wati (August 1, 2007, 1:13 pm). Reply

    terima kasih atas tips ni. tak tau pulak boleh buat cara ni.

  20. How to Get a Cheap PR6 and PR7 Backlink | SEO | Part Time Online Money Maker (August 9, 2007, 6:03 pm). Reply

    [...] a full-time webmaster from Malaysia have posted an article on how to get a cheap PR6 and PR7 backlink at his blog. As a directory owner, pagerank is very important if you wanna get a submission. [...]

  21. SyedHafidz (November 26, 2007, 12:26 am). Reply

    kadang2 kita kena gak kuarkan sket badget kalau nak dapatkan backlink ngan web yang PR tinggi…

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Dengan Panduan Mudah FTP Dari SmartZul

  22. armangs (December 3, 2007, 7:53 am). Reply

    susah jugak nk dapatkan PR nie… huhu.. dh sebulan buat tak pas2..

  23. amylela (April 6, 2008, 10:14 am). Reply

    xda ke cara nak naikkan pr secara free huhu

  24. iman (November 20, 2008, 3:39 pm). Reply

    nice info,.link me ok,.thanks

  25. TedRichie (December 1, 2009, 1:50 am). Reply

    wow infoo yg best… salam kenal alang… thanks for info…

  26. denaihati (April 29, 2010, 3:04 am). Reply

    Bertambah ILMU untuk menambah PR. Insyallah akan dikongsikan dengan teman2 yg selalu bertanya hal ini di blog aku.

  27. rayban wayfarer (July 5, 2010, 1:41 am). Reply

    cara donation saya rasa bagus jimat cost dan selalulunya PR website/blog adalah PR yang tinggi..
    tq for sharing

  28. alang (July 16, 2007, 9:09 am). Reply

    no problem bro, apsal guna nickname lain pulak, ingatkan sapa tadi

  29. alang (July 16, 2007, 9:10 am). Reply

    mengikut jangkaan, google akan update PR pada hujung bulan ni atau awal bulan depan.

  30. alang (July 16, 2007, 9:15 am). Reply

    lebih baik submit sendiri. Walaupun murah, tapi takde jaminan yg keje yg diorang buat tu betul2 berkualiti. Biasanya org yg menyediakan perkhidmatan ini adalah dari india kerana USD5 sebenarnya besar bagi mereka. Walaupun ada beberapa yg memang betul2 menawarkan perkhidmatan yg berkualiti, tetapi kebanyakannya cuba mengambil kesempatan.

    Saya pernah cuba guna perkhidmatan ini beberapa kali, dan pada pendapat saya submit sendiri lebih baik, biarlah makan masa sedikit asalkan kita puas hati

  31. alang (July 16, 2007, 2:38 pm). Reply

    kat atas sekali ada info ni

    Donation Payment Method
    PayPal:
    zeo@unic.net.my

    Maybank2u:
    162067463972 (Safirul Alredha)

    Macam mana boleh tak nampak?

  32. alang (July 16, 2007, 2:40 pm). Reply

    belum masanya lagi. Tunggi blog ni dpt PR7 baru la boleh kot :)

  33. alang (July 18, 2007, 7:25 pm). Reply

    cara ni sesuai digunakan untuk semua jenis laman web atau blog

Add a Comment