Blog dalam bahasa Melayu yang saya baca
Written by alang on July 29, 2007
Tajuk tersebut sudah menerangkan apa yang saya akan tulis. Ya, saya akan menyenaraikan beberapa blog dalam bahasa Melayu yang saya subscribe melalui Google Reader dan saya tidak akan terlepas untuk membaca setiap tulisan yang dibuat. Pasti anda mengingat yang kesemua blog tersebut berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Anda lihat sendiri
Blog Usahawan dan Perniagaan Internet – Blog ini ditulis oleh Mohd Zulfadzli seorang usahawan internet yang terkenal di Malaysia yang hanya dikenali sebagai smartzul. Selain dari bercakap tentang suasana perniagaan internet di Malaysia, smartzul banyak memberikan motivasi dan semangat kepada sesiapa yang ingin atau baru menceburi bidang perniagaan internet.
InfoMalaya Blog – Blog ini dikendalikan oleh beberapa orang blogger dan antara blog dalam bahasa Melayu yang tidak berkaitan dengan perniagaan internet. Malangnya, blog ini seakan masih mencari identiti dan hala tuju kerana saya tak pasti ia blog mengenai teknologi, pembangunan web atau design dan kadang-kadang artikel yang dibuat tidak original. Walau bagaimanapun, saya tetap akan membaca setiap tulisan yang dibuat kerana blog ini mempunyai kelainan dan design yang menarik. Bagi saya, blog ini mempunyai masa depan yang baik jika ia menetapkan konsep tertentu dan diupdate dengan lebih kerap.
Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet – Walaupun nama blog ini Blog Perniagaan Internet, tetapi banyak artikel yang ditulis boleh digunakan untuk perniagaan sebenar atau dalam kehidupan seharian. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah ia banyak memberikan tips-tips tentang pengurusan kewangan yang saya rasakan amat berguna untuk semua golongan sama ada anda usahawan internet atau tidak. Blog ini ditulis oleh pemilik forum WangCyber, penulis buku Mas Kahwin yang Hilang dan pemilik Sempoi Hosting. Jadi, Mohd Suhaimy ataupun shuth memang mempunyai kepakaran dalam setiap perkara yang ditulisnya dan banyak memberikan info-info yang berguna kepada saya.
mohdismail.com – Lagi satu blog yang bukan berkisarkan perniagaan internet yang ditulis oleh Mohd Ismail. Saya mula mengenali blog ini melalui forum WangCyber dan selepas membaca satu artikel saya terus subscribe. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah gaya penulisan yang cukup bersahaja walaupun kadang-kadang isu yang ditulis adalah serius. Walaupun lebih kepada personal blog, tetapi penulisnya tetap menyentuh isu-isu semasa sama ada berita, hiburan, politik dan lain-lain lagi dalam caranya yang tersendiri. Jadi kepada anda yang tidak ingin memberatkan kepala membaca blog-blog yang serius seperti Blog Webmaster Malaysia, blog ini adalah yang terbaik untuk anda.
Tip Satu Minit – Saya rasa hampir setiap usahawan internet di Malaysia membaca blog ini dan saya juga tidak mahu ketinggalan. Dan penulisnya juga sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti mana tajuknya, blog ini memberikan tips-tips yang ringkas untuk usahawan internet.
Malangnya, hanya itu sahaja blog dalam Bahasa Melayu yang ada dalam senarai saya. Saya tahu ada banyak lagi blog dalam Bahasa Melayu yang mungkin saya tidak pernah tahu, ataupun mungkin saya pernah melawat sebelum ini tetapi tidak memasukkannya dalam senarai. Antara kriteria penting untuk saya membaca sesuatu blog itu adalah tulisan yang dibuat mesti original, iaitu lahir daripada penulis itu sendiri bukanlah diterjemah atau diolah dari artikel yang lain. Selain itu, saya juga tidak suka membaca blog yang menulis perkara yang sama yang ditulis oleh beratus-ratus orang yang lain.
Saya memang suka membaca dan masih banyak ruang untuk saya membaca lebih banyak lagi blog di dalam Bahasa Melayu. Jadi, jika anda salah seorang penulis blog dalam Bahasa Melayu, senaraikan blog anda di sini, saya ingin membaca tulisan anda.
Related posts:
- Senarai blog perniagaan internet di dalam Bahasa Melayu Saya terta
- Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun Hari ini B
- Soalan Pembaca : Perniagaan internet yang sesuai diceburi Ini merupa
- Wordpress plugin yang saya guna Ada seoran
- Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I) Blog + Art
Comments
Trackbacks
- Google Adsense & Produk-produknya - Diari Adsense.com 07-30-2007 at 8:43 am
- Kisah IM Zaman Sekarang.. at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan 08-01-2007 at 1:12 pm
Submit Reply






07-29-2007
9:16 am
aku
incase alang terlepas pandang.. ni blog best jugak: http://tuahemas.com/blog/
07-29-2007
5:40 pm
naem
salam alang..saya sekadar mencelah je..kebetulan sampai waktu post alang fresh sesangat..
oh ya, blog tuah emas tu, saya setuju..bagus tips-tipnya..
yang lain, yang saya rasa best ialah blog irfan reka dan Mdpai..Blog en Sham rajaadsense pun bets jugak..
blog saya??? hehehe..malu-malu..takde taraf lagi, nanti saya cari kelainan dulu dan sampai masanya saya nyatakan disini..
07-29-2007
9:01 pm
Bat
Terima kasih Alang atas link dan sudi membaca blog infomalaya. Dan memang betul, sampai sekarang InfoMalaya takda niche atau topik khusus. Sebab topik yang ada sekarang terlalu umum, tentang kekerapan kemaskini, tak dapat dielakkan, salah saya sebenarnya, bulan ni memang bulan yang paling slack sekali, InsyaAllah bulan 8 akan ada pembaharuan..
Berkenaan blog berbahasa Melayu, saya ada beberapa blog yang ingin direkemenkan buat Alang..
http://www.azharahmad.com/blog dan http://www.kumprix.com
Keduanya bukan berkisar tentang perniagaan internet, tapi berkenaan kehidupan..
07-29-2007
11:32 pm
zool
Saya cuma nak rekemen blog yang sering saya lawati blog ktom
http://saraebooks.com/blog
Walaupun tajuk tentang perniagaan internet tapi ianya tiada kaitan namun ianya lebih memfokus kepada kehidupan… blog saya?? belum begitu mantap untuk direkemenkan…
07-30-2007
9:12 am
alang
apsal semua orang malu-malu nak rekemen blog sendiri ni?
07-30-2007
10:02 am
musnazdotnet
Assalamualaikum….
Untuk pengetahuan En. Alang, saya amat baru dalam dunia blog nih. Baru menceburkan diri tak sampai sebulan pon. Disebabkan En. Alang ada cakap, salah satu ciri blog mestilah ori entrynye, maka ciri tu ada pada blog saya tuh. Tema blog macam MohdIsmail punye blog lah, infosantai…. tp masih sangat jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan blog beliau lah…. cuba-cuba la jenguk ke sana ye, mana la tau kan, suka ke, he, tq http://musnaz.scukz.com
07-30-2007
10:43 am
musnazdotnet
err… En. Alang subscribe blog saya ke? (sori kalau terperasan, he) kalau betul, tqvm, he
07-30-2007
12:45 pm
Noorizam Shah
semua tu dah saya subscribe.. hehehe..
07-30-2007
4:40 pm
Maizul
Memang dah subcribe blog2 otai kat atas tu termasuk blog Alang. Oleh kerana jarang-jarang ada artikel baru di blog ni tapi sekali update tentu ada yang menarik. Cepat-cepat nak masuk sini untuk mengetahui perkembangan terbaru Alang. (saya la tu)
07-31-2007
2:10 am
abdfatah
apohal malu2 eh? dengan selambanya dan tak tahu dek malu saya perkenalkanlah blog saya ni. entah apa hala tuju lagi tak tau laa blog saya nih…
sila jenguklah sapo2 yang sudi…
07-31-2007
2:39 am
WaWa
adakah blog saya dikategorikan sebagai ori? hurm. susah nak cakap. mungkin, ya mungkin. saya tak copy paste artikel orang, tak juga menterjemah bahasa (jika ini yang dimaksudkan) artikel orang lain. tapi, saya tak akan recommend blog saya. sebab kalau en. alang mahu lawat blog saya, tentu en. alang akan meng-klik pada url saya, kan? tapi kalau mahu saya recommend, nah:
http://fajaril.net/blog/ .personal blog, tapi, ah.. usianya di dunia blog ini sudah hampir 6 tahun kalau tak silap.
07-31-2007
9:16 am
rezzal
Sebelum saya menulis blog, website alang inilah yang menjadi motivasi saya. Sekarang giliran saya pula menulis blog dalam Bahasa Melayu untuk memberi informasi berguna.
Lawati http://rmsatu.com.
Duit tinggal RM Satu? Jangan risau, kami sedia membantu.
: )
07-31-2007
9:21 am
Saharman
Akum Alang,
Blog yang Alang senarai tu memang selalu saya baca termasuk juga blog Alang serta ShaifulSham yang tak kurang hebatnya. Tapi kalau Alang rasa boring sangat melawat laa ke blog yang saya buat untuk anak saya iaitu http://www.mhariz.com, kat sini lebih kepada aktiviti anak saya dan banyak gambar dan berlainan dari blog blog perniagaan , sekarang ni saya banyak belajar mengambil gambar dengan menggunakan teknik “rules of third” . Terima kasih kerana banyak memberi info yang berguna dalam blog webmaster ni.
07-31-2007
9:44 am
alang
terima kasih kepada semua yg mencadangkan blog2 di sini. Ada beberapa yg saya subscribe. Tak sangka banyak juga blog dlm BM yg bagus2.
07-31-2007
10:24 am
Badruzamani Azmi
Patut la Alang dah lama tak update. Letih ka? Blog saya pula bukannya menarik sangat. Rasanya tak sesuai untuk Alang.
Saya suka melawat blog orang lain. Kadang baru terfikir idea apa nak tulis. Selain itu, banyak juga buku yang saya beli baru untuk bacaan.
Yang sedihnya, banyak buku yang dah lama saya beli musnah dalam banjir kilat baru ni.
Saya tak rekomen apa – apa pada Alang. Nanti, lain kali saya bawa ‘buah tangan’. Kali ni, tak ada apa ‘buah tangan’. Maaf ya
07-31-2007
11:48 pm
zool
Blog saya plak masih belum bagus lagi .. tapi takpelah kalau nak singgah2 je,,,..
masih dalam proses pembaikan …
penulisan agak lemah…
08-01-2007
2:27 am
shueqry
Asmkm Alang, apa khabar? Shueqry here..
Saya dah lama jadi pembaca setia blog Webmaster Malaysia. Cuma, di blog sendiri saya tak menulis pasal bisnes Internet, bisnes atau yang berkaitan, tak banyak yang saya kupas mengenai bisnes.
Saya menulis mengenai pembangunan diri, motivasi, kecemerlangan peribadi, minda dan semua yang berkaitan dengannya. Selain di dorong oleh minat yang amat mendalam, bidang ini menjadi passion saya.
Walaupun ia bermula di tapak percuma, tapi sampai masa saya akan upgrade ke domain sendiri, cuma saya masih ada matlamat yang belum lagi tercapai di blog itu.
Setakat ini dah ada 194 orang subscribers sejak saya mula berblog dari 29 Mac 2007, sehingga ke hari ini saya tak berhenti memperbaiki skill penulisan, mencari lebih banyak inspirasi dan membaca lebih banyak bahan berkaitan motivasi, self enrichment dan kuasa minda. It is the passion that moves me..
Pada mulanya saya agak malu juga nak letak blog saya kat sini, tambahan pula saya pakai host Blogspot.com dan designnya simple saja. Niat pada mulanya, mahu gunakan blog percuma sebagai tools untuk berkongsi minat saya pada tip-tip motivasi dengan ramai orang ..
- Shueqry -
08-03-2007
10:28 am
Hasbullah Pit
Kandungan Bahasa Melayu Web 2.0 sememangnya kritikal.
08-03-2007
3:44 pm
duez
Saya sedang cuba membina kekuatan pada blog sendiri nih.Kalau sudi,datang lah melawat ye..
08-03-2007
10:34 pm
mohdismail
oh yeah.. akhir’nya saya sampai juga ke’sini.. pertama & utama sekali, terima kasih dengan sgt kerna menyenaraikan blog saya yang gila populariti itu di’sini… terharu bro.. terharu!
err… sampai hari ini masih speechless.. ha ha
08-08-2007
6:00 pm
Joili Marubin
hebat lah blog ni
11-17-2007
6:32 pm
SyedHafidz
Mungkin saya nak menambah sket..
saya minat blog tulisan abg sham rajaads..
http://www.rajaadsense.com/blog
banyak info pengurusan kewangan ..
=)
SyedHafidz’s last blog post..4 Kaedah Promosi Link Affiliate Menggunakan Blog
06-11-2008
10:14 am
amy
saya juga minat psl kewangan nie..maklumla..aliran akaun!
saya tertarik dengan artikel MLM…pasal downline..upline..konsepnya seakan akan yg unit trust
pasal blog plak..sy ‘baru’ dalam arena blog2 nih..pd smua..feel free to help me ya!
06-28-2008
8:44 pm
ghufran
Ni blog saya http://www.myceloteh.com.Membincangkan broadband di Malaysia terutama dari segi Mobile Broadband di Malaysia dan info terkini tentang dunia broadband.
ghufrans last blog post..Send unlimited free SMS (text messages) Worldwide
09-15-2008
2:15 pm
affendi
Software penterjemah bahasa. Malay to English. Penterjemah Bahasa Lingovista.
http://lingovista.googlepages.com/default.htm
03-06-2009
6:01 pm
fauzi - web design
cantik la blog ni
03-10-2009
4:31 pm
Science Exhibits Prodiver
saya suka la blog ni
03-13-2009
6:43 pm
Science Exhibits Prodiver
saya pun suka la blog bahasa melayu
04-20-2009
4:10 pm
Melayu Boleh
orang melayu kena bersatu, baru kita boleh berjaya.melayu boleh.sapa kata tak boleh.
07-29-2007
8:29 pm
alang
memang saya tak nafikan blog tuah emas memang bagus dan saya memang tahu pasal blog tersebut tetapi saya tidak subscribe atas sebab-sebab tertentu. Mungkin topik yang dibincangkan tidak menarik minat saya.
Harus diingat blog yang tidak tersenarai disini bukan tidak bermaksud tak bagus dan yang tersenarai pula bukan bermaksud ia bagus, cuma sesuatu yg saya suka baca.
Dan kalau boleh, sila berikan url blog-blog yang anda ingin rekemenkan untuk bacaan saya. Tidak semestinya blog berkaitan bisnes dan tidak semestinya oleh seseorang yang sudah lama menulis.
07-30-2007
9:11 am
alang
terima kasih bat, nampaknya saya dah ada bahan bacaan baru
07-30-2007
10:23 am
alang
blog yg menarik. Saya dah subscribe
07-30-2007
3:57 pm
Azahari
Memang malu Alang tambah pula bila disebutkan tentang keaslian sesuatu artikel tu.Saya sendiri kesuntukan masa nak update blog dan tidak menumpukan secara serius untuk berblog. Sebab tu juga malu nak rekemen.. Kalau kita rekemen sepatutnya dah tentu yang ok ye tak
07-30-2007
7:55 pm
alang
saya memang agak jarang update blog ni sekarang. Antara sebabnya
1. Sibuk (alasan biasa
)
2. Tak ada idea
3. Kurang motivasi
Bagi saya, kualiti lebih penting dari kuantiti kerana tak ada guna juga update blog setiap hari kalau artikel yg ditulis tidak asli atau tidak memberikan manfaat kepada pembaca.
07-31-2007
9:27 am
Saharman
url tu http://www.mhariz.com sorry termasuk tanda koma pulak dalam link tu.
07-31-2007
9:42 am
alang
satu konsep blog yg menarik. Tahniah
08-03-2007
10:40 pm
alang
sila masuk, sila masuk, buat macam blog sendiri yer
Kalau nak lagi popular, belilah iklan kat sini, saya dalam proses utk menjual ruang iklan dalam bentuk banner.