Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda (Bahagian Kedua)

Written by alang on July 16, 2006

Ini adalah lanjutan daripada post saya sebelum ini Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda dimana saya mendapat banyak soalan bagaimana untuk kita hendak menentukan nilai text link atau banner space yang akan kita jual di laman web kita. Di bawah ini saya senaraikan semua tool yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

  1. http://www.linkvendor.com/seo-tools/linkvalue.html
  2. http://www.webconfs.com/link-value.php
  3. http://www.linkworth.com/tools/price-quote.php
  4. http://www.text-link-ads.com/link_calculator.php
  5. http://www.seochat.com/seo-tools/link-price/

Kesemua tools diatas boleh digunakan untuk memberikan anggaran sahaja dan anda juga harus bijak dalam menentukan harga kerana jika terlalu tinggi, tidak ada pelanggan yang beli dan kalau terlalu murah, akan merugikan kita. Cara terbaik ialah, tengok berapa competitor kita jual. Selain itu, kita juga janganlah terlebih jual ruang iklan maksudnya tidak meletakkan terlalu banyak iklan kerana ia akan memberi nilai yang rendah kepada pengiklan.

Untuk nak menarik pembeli lagi, kita perlu lebih fleksibel dalam harga seperti memberi diskaun jika pembeli membeli lebih dari satu, ataupun sediakan harga yang lebih rendah bagi pembayaran 3 bulan, 6 bulan ataupun setahun.

Bagi mereka yang mempunyai banyak laman web dan menjual banyak advertisement secara manual, tentulah memerlukan software untuk nak menyimpan semua maklumat berkenaan pelanggan dan urusniaga. Sebelum ini saya hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja tetapi apabila jumlah urusniaga melebihi 100 pelanggan sebulan, tentulah agak sukar. Oleh itu saya telah membayar seseorang untuk develop satu custom script yang memudahkan lagi tugas saya. Demo script tersebut boleh dilihat disini http://drawmedia.com/linktracker/demo/index.php (username :demo / password :demo) dan bagi sesiapa yang berminat untuk nak membeli script ini, boleh lah menghubungi saya

Comments

  • 07-16-2006
    11:04 am

    Reply

    kamrient.blogspot.com

    salam…alang sy baru je belajo2 dlm adsense ni…
    erm..camne nak letak koding adsense bile gune wordpress punye blog ye…..cari tak jupe..kalo blogspot tahu…


  • 07-16-2006
    4:42 pm

    Reply

    alang

    komen tu takde kena mengena dgn tajuk dan kalau nak bertanya soalan sila guna contact form ataupun tanya di forum2 seperti wangcyber dan webmastermalaysia


  • 07-16-2006
    6:52 pm

    Reply

    sham

    nak belajar jugak la dengan alang…ilmu yang sukar didapati..tak ramai yang buat..jadi perintis di malaysia


  • 07-17-2006
    1:10 pm

    Reply

    aman

    time kasih sbb shar\e ngan kitorang


  • 07-18-2006
    8:34 am

    Reply

    ramzwatcher

    Secara ikhlas memang leh katakan alang nie mampu buat online course…banyak info2 menarik dan berguna yang alang tau..hehe


  • 07-18-2006
    8:44 am

    Reply

    alang

    thanks ramz, terfikir jugak nak buat tapi bukan online course, more like website consultation.


  • 07-18-2006
    11:58 am

    Reply

    cikguonline

    kalau ada penggunjung yang ramai bagus buat ni.


  • 07-20-2006
    5:52 am

    Reply

    mizi aka kromosomtraxx

    yes alang cadangan buat onlinecourse tu mmang menarik lerrr


  • 04-12-2007
    10:12 am

    Reply

    Iskandar

    Baru terjumpa satu tool utk handle website punya advertisement:

    http://www.openads.org/products/overview/products.html


  • 04-12-2007
    10:24 am

    Reply

    alang

    actually tool tersebut dah lama ada dan dulunya dikenali sebagai phpadsnew. Boleh install dari cpanel kalau ada fantastico.


  • 06-24-2008
    6:49 pm

    Reply

    Syed Ikhwan

    alang, tips ni bagus. kalau dari segi sumber kualiti & perbelanjaan semasa memulakan blog baru, adakah memerlukan kos yg tinggi? termasuk marketing?


  • 06-24-2008
    6:58 pm

    Reply

    alang

    uish syed, tips dah basi ni baru baca ker?. Biasa blog saya memang tak penah buat marketing, kira built naturally la. So kos memang rendah.


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message