What the “Fark” is that?
Written by alang on November 27, 2006
Semasa melawat salah satu laman web saya pagi ini www.featured-articles.com, saya begitu terkejut melihat jumlah online visitors adalah sebanyak 306. Saya terus memeriksa statistik trafik di www.statcounter.com dan mendapati jumlah pelawat setakat masa ini melebihi 4000 orang. Saya percaya jumlah itu akan bertambah lagi, memandangkan waktu saya menulis artikel ini adalah pukul 11:00 pagi dan masih ada 13 jam lagi sebelum hari ini berakhir.

Apabila saya memeriksa recent referrer link, saya mendapati kesemuanya adalah daripada domain www.fark.com. Walaupun sebelum ini saya pernah mendengar tentang Fark.com, tetapi inilah kali pertama saya mendapat manfaat daripadanya. Kepada sesiapa yang tidak pernah mendengar tentang Fark.com, laman web ini adalah seperti Digg, dimana pelawat akan mengemukakan artikel/berita/cerita yang dirasakan menarik dan jika diluluskan, ia akan dipaparkan di muka hadapan laman web Fark.com yang dilawati oleh beribu-ribu pelawat sehari.
Apa yang anehnya, saya tidak pernah mengemukan artikel di laman web saya ke Fark.com kerana artikel dalam laman web www.featured-articles.com bukanlah ditulis oleh saya. Dan saya percaya bukanlah penulis asal artikel tersebut yang mengemukakannya kerana ia menggunakan link ke laman web saya, bukan laman web penulis artikel. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua pihak mendapat manfaatnya iaitu saya sebagai pemilik laman web artikel dan penulis artikel tersebut.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada tulisan saya ini ialah “Content is king and will always be”. Jika kita mempunyai artikel atau bahan yang menarik dalam laman web kita, kita tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikannya kerana orang yang akan mempromosikan untuk kita. Kedua, menggunakan third party traffic tracker kerana tidak seperti statistic di cpanel, third party traffic tracker ini akan update statistik secara live jadi kita boleh mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di laman web kita.
Comments
Submit Reply




11-27-2006
3:52 am
cjcm
Alang,
Artikel berkenaan apa yang mereka dok cari kat http://www.featured-articles.com tu?
p/s I like ur title.. LOL
11-27-2006
4:20 am
alang
artikel berkenaan UFO http://www.featured-articles.com/science/aliens-where-seti-astronomers-can-find-them.html
11-27-2006
12:05 pm
Robotys
Hmmm, yeah… content will always be the king! Sekarang lagi saya konfem..
thx for sharing alang!
11-27-2006
11:16 pm
Azahari
Saya pakai statcounter juga tapi free nye… saya guna jugak google analytics tapi bila letak dua-dua tracking software ni dalam satu page,macam ada yang tak kena sebab perbezaan ketara bilangan visitor… nanti saya nak cuba buang satu dan tengok hasilnya sama ke tak…
Alang tak try ke guna google analytics?
11-28-2006
2:48 am
Noorizam Shah
wahh bestnya alang.. tgk kat web future articles alang pun dah ada peningkatan… tahniah2 …
alang punya idea best!!!! kagum saya!!
11-28-2006
4:32 am
alang
@Azahari – saya pernah guna analytic, tapi dia punya stat tak sedetail statcounter. Saya guna statcounter paid version, bayar $29.90 sbln utk semua website saya.
11-28-2006
8:17 am
Galadriel
tahniah Alang!
Fark.com tu memang salah satu website terkenal (terutamanya untuk articles kelakar, pelik & menarik)…
Yup, content will always be King!
11-28-2006
9:19 am
Maizul
Ramainya pelawat… tahniah alang.
11-28-2006
11:20 am
aku
alang, heheh.. aku baru jer nak tanya gune yang free atau berbayar.
11-28-2006
11:22 pm
Azahari
Google Analytic memang tak detail sangat.. general je.. sorting dia pun tak sama dengan statcounter.Kalau pakai free version nyer statcounter log dia ada limit…. kalau analytics takde limit cuma tak detail… kalau maju internet business nanti boleh la pakai paid nyer version pulak
11-29-2006
12:47 am
saido
betul tu. saya pun pakai google analytic & statcounter, lebih kurang 5 bulan, ternyata saya lebih suka statcounter kerana lebih simple tapi tepat. google analytic presentation ajer lebih..
11-29-2006
10:32 am
aman
saya pun guna analytic gak…tersusun semua data dia..
11-29-2006
12:14 pm
han
tahniah alang!
saya baru lagi. tak th sgt guna benda2 mcm tu. kena cuba jg ni.
12-03-2006
3:35 am
suhaimy
good info.
12-23-2006
2:14 pm
kaiba910
Alang,design web artikel alang tu nampak power la.Kat mana alang dapat?
12-23-2006
3:54 pm
alang
design asal dlm bentuk css template dari http://www.solucija.com dan saya convert sendiri ke articlems template.
12-24-2006
4:59 pm
kaiba910
Alang,saya ada pakai template lain bukan dari solucija.Yang tu senang je saya convertkan.Bile saya pakai internet_service punye template dari solucija ni susah sikit la.
Saya nak tanye sikit.Kene edit kat template main atau edit satu2 template macam mainmenu,sponsors?
12-27-2006
4:36 pm
masCh
Tahniah. Saya memang tiap-tiap hari pi Fark.com. Selalunya bila mana-mana article dipamerkan, dan ramai “Farkers” pi melawat sesuatu site tu, dan disebabkan ramai sangat visitors, site tu jadi down, Farkers akan kata “That site is farked!”. =)