Soalan Pembaca : Perniagaan internet yang sesuai diceburi

8alang6th Aug 2007Entri,

Ini merupakan siri pertama untuk ruangan soalan pembaca di Blog Webmaster Malaysia. Soalan ini saya terima daripada edy

Saya berminat untuk memulakan perniagaan internet.. saya masih tercari2
perniagaan yang sesuai untuk saya ceburi,diharap alang dapat memberi tip2s yang
ringkas dan mudah serta mendapat keuntungan yang maksimum mungkin terima kasih

Adakah anda ingin memulakan perniagaan internet kerana betul-betul minat atau kerana anda mendengar banyak maklumat yang perniagaan internet senang dan memperolehi pendapatan yang lumayan? Untuk lebih memahami dan mengetahui jenis-jenis perniagaan internet, anda boleh membaca Hakikat Sebenar Perniagaan Internet yang ditulis oleh saudara Mohd Suhaimy.

Dari situ, anda nilaikan apakah bentuk perniagaan internet yang sesuai untuk anda. Jika anda seorang penulis yang bagus, anda boleh menulis blog ataupun menulis ebook tetapi pastikan yang anda betul-betul mempunyai ilmu tentang apa yang anda tulis. Tulis berdasarkan fakta, pengetahuan dan pengalaman adalah yang terbaik. Atau jika anda mempunyai pengetahuan dalam bidang grafik, programming dan sebagainya, anda boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Sebenarnya bidang perniagaan internet ini terlalu luas, sama seperti perniagaan bukan internet.

Saya telah banyak memberikan tips-tips di blog ini tetapi saya tidak menjanjikan yang ianya akan memberikan perniagaan yang semaksimum mungkin. Bagi saya tiada perniagaan yang menjanjikan sebegitu. Setiap jenis perniagaan memerlukan kesabaran dan kerja keras untuk memperolehi keuntungan. Jadi kepada saudara edy, saya cadangkan, lupakan niat untuk memperolehi keuntungan semaksimum mungkin melalui perniagaan internet kerana kelak nanti anda akan kecewa.

Seperti yang telah saya tegaskan beberapa kali sebelum ini, jika anda masih baru dan tidak mempunyai modal lebih baik bermula sebagai hobi

Nota:
Adakah anda ingin soalan anda disiarkan di sini? Hubungi saya

8 Comments Comments Feed

  1. Robotys (August 6, 2007, 12:27 pm). Reply

    memberi tip2s yang
    ringkas dan mudah serta mendapat keuntungan yang maksimum mungkin terima kasih

    Err,
    tips 1: Baca ,
    tips 2: Plan,
    tips 3: Buat,
    tips 4: Check result,
    tips 5: repeat,

    ps: No such thing as mudah and untung besar. thats a gamblers mindset. “Susah2 dulu, bersenang2 kemudian” is the right mindset.

  2. saiful (August 6, 2007, 4:22 pm). Reply

    Setuju dengan Robotys dan Alang – Mulakan dulu sebagai hobi…takde la tertekan bila apa yang dibuat tak berjaya….Plan mesti ada…kayuh pelan2..jgn cepat putus asa…

  3. BAGAK (August 6, 2007, 9:14 pm). Reply

    ya, memang kena mulakan sebagai hobi

    akan ada satu titik mula untuk memulakan perniagaan internet

    titik mula tidak sama pada semua orang

  4. saido (August 6, 2007, 11:03 pm). Reply

    Saya amat setuju. Hobi bererti minat.
    Jika tiada minat tiadalah akan menjadi hobi. Motivasi akan turun dan naik. Sewaktu turun, sekurang-kurangnya minat masih menjadi perisai perisai terakhir dalam kita menghadapi bermacam rintangan nanti, tak kira apa jenis pekerjaan atau perniagaan yg kita usahakan.

  5. zool (August 6, 2007, 11:24 pm). Reply

    Betul tu..
    kalau yang masih merangkak cam saya nie..
    lebih baik tumpu pada blog…
    sambil mencari idea2 dari pakar2..
    walaupun belum bercita-cita nak jadi usahawan internet sepenuh masa mungkin cuba hobi menulis sebagai pendapatan sampingan..

  6. musnazdotnet (August 7, 2007, 3:15 pm). Reply

    Konsep kena paham dulu…. niaga realiti = niaga maya, hati mesti mau kental, minat mesti mau dalam, ilmu mesti mau banyak, yeah! :D

  7. Salihin (August 9, 2007, 9:51 pm). Reply

    terima kasih otai.
    tetapi ada juga yang memberi CD percuma yang complete. mereka siap beritahu CD ini complete, tiada CD tambahan, tiada Part 2, Part 3. .. Memang CD percuma yang diberi oleh mereka TETAPI mengambil untung daripada kos penghantaran…

  8. irwan (February 17, 2008, 2:41 pm). Reply

    hehehe
    niaga di internet memang banyak tapi jadi sulit kalau tdak ada yang membimbingnya
    jadi harus ada website atau apalah yang membimbing pengusaha lokal

Add a Comment