Panduan Ringkas Adsense Siri 3: Smart Pricing

2alang19th Jul 2006Entri,

Apa itu smart pricing?
Smart pricing adalah satu mekanisma yang digunakan oleh google untuk menentukan nilai bagi setiap website yang menggunakan google adsense. Smart pricing diperkenalkan oleh google dengan tujuan untuk melindungi advertiser dan juga pemilik laman web yang memberikan pulangan yang baik kepada pengiklan. Melalui smart pricing, harga bagi sesuatu keyword tersebut adalah berbeza di antara satu laman web dan laman web yang lain dimana, web yang mempunyai conversion rate yang tinggi, akan dibayar lebih tinggi berbanding dengan web yang mempunyai conversion rate yang rendah.


Adakah smart pricing hanya melibatkan satu laman web atau satu akaun?
Smart pricing melibatkan satu akaun, walaupun hanya satu daripada lima laman web kita mempunyai conversion rate yang rendah, tapi web kita yang lain juga akan menerima kesannya kerana ia melibatkan keseluruhan akaun.

Bagaimana untuk mengesan yang akaun kita kena smart pricing?
Untuk mengetahui yang akaun kita sudah kena smart pricing effect adalah mudah, iaitu jumlah eCPM (Earning per thousand impression) menurun dan walaupun jumlah CTR dan Click meningkat, jumlah revenue kita menurun ataupun tetap sama. Dan keadaaan sebegini akan kekal untuk tempoh waktu yang panjang sehingga kita mengambil langkah untuk menghalang smart pricing tersebut. Jika jumlah eCPM menurun hanya dalam tempoh seminggu atau dua minggu, itu adalah keadaan biasa, tetapi jika keadaan tersebut berterusan sehingga beberapa bulan, akaun anda memang sudah terkena smart pricing.

Bagaimana untuk mencegah smart pricing?

Sebenarnya, tiada satu pun formula khusus bagaimana untuk menangani smart pricing dan sebenarnya, google sendiri pun tidak banyak memberi maklumat berkenaan hal ini. Tapi, secara keseluruhannya, dari perbincangan di forum-forum dan juga sedikit analisa, cara terbaik untuk mencegah smart pricing ialah untuk memastikan yang setiap pelawat yang click iklan di laman web kita benar-benar berminat dengan iklan tersebut dan iklan tersebut berkaitan dengan laman web kita. Walaupun melalui adsense, kita dibayar untuk setiap click yang diterima, tetapi kita haruslah memastikan yang bukan setakat pelawat click pada adsense, tetapi apa yang akan dilakukan selepas mereka click iklan tersebut dan berada di lawan web pengiklan.

Jika mereka rasa diperdaya untuk klik iklan tersebut, pasti mereka akan terus tekan “Back Button” dan keluar dari laman web pengiklan, tetapi sekiranya mereka click iklan tersebut kerana benar-benar berminat, pasti mereka meluangkan sedikit masa, melawat keseluruhan laman pengiklan, melihat apa yang dijual dan apa servis yang ditawarkan. Dan jika pengiklan mempromosi sesuatu, besar kemungkinan pelawat ini akan membeli dari laman web pengiklan tersebut.

Cara paling mudah untuk mengelak smart pricing ialah memastikan iklan yang keluar di laman web kita, berkaitan dengan kandungan dan juga iklan tersebut diletakkan berhampiran dengan maklumat yang terdapat dalam laman web kita. Saya pernah ternampak di satu laman web, iklan diletakkan di “About Me” page iaitu kandungannya, hanyalah menerangkan tentang pemilik laman web tersebut dan sudah tentulah iklan yang keluar juga tidak berkaitan.

Apa langkah yang perlu dilakukan jika akaun anda sudah terkena smart pricing?

Seperti diatas, sebenarnya tiada satu cara khusus yang benar-benar berkesan untuk mengatasi smart pricing, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri dan perbincangan dengan mereka yang juga terkena smart pricing, berikut adalah beberapa langkah yang diambil

  1. Sekat semua iklan-iklan yang tidak berkaitan daripada muncul dalam laman web kita dengan menggunakan filter list
  2. Menggunakan section targeting untuk memastikan iklan yang keluar, berkaitan dengan maklumat yang terdapat dalam laman web kita
  3. Jika anda mempunyai satu laman web sahaja, anda boleh mencuba membuang iklan dari page-page tertentu dan lihat kesannya selepas seminggu. Oleh kerana smart pricing diupdate seminggu sekali, biasanya kita akan dan lihat kesannya dalam masa seminggu. Jika selepas seminggu, eCPM anda meningkat, ini bermaksud, page yang anda buang tadi mempunyai conversiona rate yang rendah, tetapi jika eCPM masih sama, anda perlulah mencuba pada page yang lain pula
  4. Jika anda mempunyai lebih dari satu laman web, mungkin agak sukar untuk mengesan web manakah memberikan conversion rate yang rendah dan cara yang sama seperti di atas perlu dilakukan iaitu dengan menbuang iklan adsense dari web tertentu dan lihat kesannya

Jika anda masih belum membaca siri panduan ringkas adsense saya yang lepas, anda boleh membacanya disini

2 Comments Comments Feed

  1. Blog Webmaster Malaysia » Panduan Ringkas Adsense Siri 4: Blend adsense dalam artikel (September 29, 2006, 5:26 pm). Reply

    [...] Panduan Ringkas Adsense Siri 3: Smart Pricing [...]

  2. Boost Adsense Revenue (April 30, 2007, 10:37 am). Reply

    google adsense forum

Add a Comment