Panduan adsense percuma

Panduan adsense (adsense tips) adalah antara perkara yang dicari oleh pemilik laman web yang bergantung pendapatan dari adsense. Saya rasa, sudah ramai (termasuk saya sendiri) yang telah menghabiskan beratus (malah beribu) ringgit membeli ebook-ebook yang memberi panduan tentang bagaimana hendak meningkatkan pendapatan dari adsense. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kita boleh mendapat tips secara percuma dari google sendiri dan tips tersebut khusus untuk laman web kita sahaja

Caranya ialah dengan menghantarkan email yang bertajuk “Optimization Tips Request” kepada adsense-support at google.com dan di dalam email tersebut, terangkan serba sedikit tentang laman web anda. Dari pengalaman saya, google adsense support akan membalas email tersebut dalam tempoh 3 hari hingga sebulan dan akan memberikan tip tip bagaimana untuk nak “optimize” adsense di laman web kita beserta dengan contoh dan gambar. Setakat ini, sudah beberapa kali saya meminta tip dari google adsense support dan setelah melaksanakan tip tersebut di laman web saya memang ternyata berkesan. Kali terakhir saya meminta tip ialah pada bulan April lepas.

Selain daripada dapat meningkatkan pendapatan adsense, kita juga dapat mengetahui sama ada website kita mematuhi TOS google atau tidak sebab biasanya mereka akan turut memberi teguran di dalam email tersebut sekiranya ada perkara-perkara yang dirasakan tidak mematuhi TOS.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


4 Responses to “Panduan adsense percuma”

  1. smartusaha says:

    Tu la pasal, banyak ebook dibaca, tak ada pun jumpa tips nih.. :)

  2. hasrul says:

    sokong… banyak nak kena belajar lagi nie..

  3. suhaimy says:

    satu tip yang menarik

  4. [...] fungsi ini diperkenalkan google, setiap 2-3 bulan saya sendiri akan email google untuk meminta “optimization tips” khusus…. Nampaknya, selepas ini saya tidak perlu lagi email mereka kerana tips itu akan datang dengan [...]

Leave a Reply