Semenjak paypal terima rakyat Malaysia untuk buka akaun, makin ramai yang dah menggunakan paypal sebagai penerima bayaran untuk bisnes online. Bagi saya sendiri, akaun paypal saya mempunyai urusniaga melebihi $3000 USD sebulan. Tapi satu masalahnya bagi kita rakyat Malaysia ialah, kita tidak boleh mengeluarkan wang dari paypal kita. Sebelum ini, semua duit dari paypal, saya gunakan balik sebagai pelaburan seperti untuk promosi laman web, design, bayar kepada penulis artikel, beli software, script dan lain-lain lagi. Tetapi semenjak pendapatan saya melalui paypal melebihi $1000 sebulan, saya mula memikirkan cara untuk mengeluarkan wang tersebut.
Selepas search kat google, baca di forum, antara panduan pertama yang saya jumpa ialah buku dari Gobala, iaitu Chapter-M, dan tanpa berlengah lagi saya terus membeli buku ini. Tapi malangnya, cara yang diterangkan dalam buku ini agak rumit dan memerlukan banyak dokumentasi seperti passport yang saya rasa tak semua orang memilikinya.
Untuk mengeluarkan wang dari paypal, saya menggunakan virtual card ataupun kad maya dari http://www.mygcard.com. Walaupun ada beberapa lagi virtual card seperti Virtual Money dan sebagainya, saya memilih gCard sebab ia adalah cara yang paling mudah tanpa perlu banyak dokumentasi. Kekurangannya, gCard mengenakan charge yang agak tinggi bagi setiap pengeluaran wang dari paypal iaitu sebanyak 5% + $5 USD. Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai kurang dari $1000 USd di dalam akaun, saya tak sarankan cara ini, lebih kita guna cara lama iaitu cari orang untuk nak tukar suka sama suka.
Untuk nak apply gCard ini, kita hanya perlu isi online form di http://www.mygcard.com, tetapi disini mereka tidak menerima wang dari paypal sebagai bayaran, oleh itu saya membuka akaun kad ini melalui reseller gCard di sini http://www.my-atm-card.biz/. Disini, anda boleh memilih untuk nak menerima kad melalui pos biasa atau courier, saya pilih kourier sebab lebih cepat dan selamat. Selepas 3 hari apply, saya pun menerima kad yang dihantar oleh Fedex.
Selepas menerima kad, saya perlu activate kad tersebut mengikut panduan yang diberikan didalam surat yang dihantar kepada kita. Selain daripada surat, disertakan juga nombor pin untuk tujuan pengeluaran wang dari ATM machine. Kad ini boleh mengeluarkan wang dari ATM yang mempunyai logo Maestro dan Cirrus.
Selepas kad diaktifkan, ada 2 level securities yang kita perlu sahkan. Level yang pertama, tidak memerlukan sebarang dokumen, tetapi untuk mengeluarkan wang dari paypal, anda perlu mengesahkan securities level 2. Untuk membuat pengesahan, anda perlu menandatangani borang yang dicetak dan menghantar semula dengan cara fax bersama-sama dengan salin IC, lesen memandu, passport atau mana2 dua kad identiti diri yang mempunyai alamat terkini. Anda juga perlu menghantar salinan bil utiliti seperti bil elektrik atau air yang mempunyai alamat yang sama dengan salah satu daripada kad identiti diri.
Memandangkan di rumah saya tiada mesin faks, saya bertanya kepada pihak gcard samaada ada cara lain untuk saya menghantar dokumen tersebut dan dia memberi jawapan yang kita juga boleh scan semua dokumen tersebut (termasuk borang yang dicetak dan ditandatangani) dan emailkan ke support at gcard dot com. Cara ini lebih mudah, dan dokumen yang dihantar juga lebih jelas berbanding dengan faks.
Selepas dokumen diterima, ia akan mengambil masa 1 hari bekerja sebelum anda mempunyai akses ke security level 2 dimana dari satu, anda akan diberi satu virtual US bank akaun yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan wang dari paypal.
Saya harap, panduan saya ini sedikit sebanyak membantu mereka yang pernah mempunyai masalah seperti saya. Panduan ini mungkin tidak lengkap dan tidak tersusun seperti panduan2 yang berbayar, tapi apa yang penting ialah ianya percuma dan tidak memerlukan dokumentasi yang banyak.
Jika anda ada cara-cara lain untuk mengeluarkan wang dari paypal, sila senaraikan disini, dan sama kita kongsi ilmu tersebut untuk kebaikan bersama. Ingatlah, ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk dijual
Tambahan
Jika anda rasa panduan ini kurang lengkap, dapatkan panduan yang lengkap dan terperinci disini secara percuma.
Panduan mudah dan lengkap pengeluaran wang dari akaun paypal
$3000 sebulan banyak tu alang, boleh la belanja saya kalau singgah Sungai Buloh, hihi gurau je.. saya kerja kat Paya Jaras je..
saya setuju gobala punya cara rumit.
tahu juga pasal gcard ni.. cuma tak konfiden je.
kalau alang pakai ok, nak try juga.
terima kasih.
satu lagi debit card :
https://www.a1exchangers.com/debitcard.php
Hmm, bagi saya apa cara pun menjadi, cuma ikut kemampuanlah seperti kata alang.. Saper ada modal dan kemampuan, boleh buat cara Gobala. Kalau tak mampu, boleh buat cara lain..
Apapun, inilah cabaran rakyat malaysia nak pergi global, lebih2 mereka yang mempunyai kekangan kewangan dan fasiliti.
Wa banyak tu…. hari2 aku kena lawat blog ni. Tq Alang.
terimakasih atas panduan percuma ini
Menarik tuh.. ada juga panduan untuk saya. Mungkin cara ini boleh membantu saya bagaimana my-atm-card
Thank you very much for sharing the info
dah lama saya tercari-cari cara macam ni. baru sekrang ku bertemu.
wah …hebat yer org melayu kita ni.
TAHNIAH!!!
Ini mungkin sedikit ‘advertisement’, jadi harap maaf kalau alang tak benarkan.
Mmg betul kat alang, ada debit card skrg yg mempunyai feature “US Direct Deposit Account”, dan salah satunya ialah G Card. Seperti dinyatakan diatas, fees dia agak mahal - nak withdraw Paypal kena USD5 + 5%, dan utk beli kad dia pun harga USD 25 + USD 24 utk shipping (registered mail - 2-4 minggu utk sampai).
Ada alternatif yang lebih murah - Accent Card. Feature dia sama macam GCard, cuma takde fungsi eGold. Caj dia cuma RM100 utk satu kad (termasuk penghantaran melalui PosEkpres, dan kalau withdraw Paypal, caj dia cuma USD1.25 setiap transaksi. Untuk maklumat lanjust , sila layari:
http://malaysia.accentcard.com
[...] Ini adalah sambungan daripada panduan saya sebelum ini disini [...]
Alhamdulillah…. Artikel sebeginilah yang saya perlu untuk membangunkan perniagaan saya di internet. Sekarang ni, maklumat yg berguna seperti artikel saudara dijual untuk membuat keuntungan 100%.
Terfikir nak beli, tapi sumber kewangan pula terhad. Dan, untuk mendapatkan informasi tersebut, kita perlu membayar dengan harga yang agak mahal. Bila dah beli, tgk2 cara yang diajar tak sesuai untuk kita aplikasikan…
Wang dah dikeluarkan untuk membeli informasi tersebut dengan harapan dapat membantu kita. Tetapi, apa yg kita dapat drpd informasi tersebut adalah sebaliknya
Haru dibuatnye… hehehe
Terima kasih banyak² pada saudara
ada ilmu kita kongsi;
supaya internet biz di malaysia bertambah makmur
dengan perkongsian tersebut
syukran
Salam,
Nak tanya skit la.. kalo guna debit card lain bole x hah? ada apapa maklumat… sbb sy dah ada Virtualmoney card.. kalo bole, x perlu sy order Gcard lak.
sila tanya pihak virtualmoney card tentang hal tersebut. Dan saya lebih rekemen accent card daripada gcard, accent card punya support lebih bagus. Sila baca disini http://www.szab.net/blog/2006/07/14/panduan-percuma-bagaimana-untuk-mengeluarkan-wang-dari-akaun-paypal-bahagian-kedua/ utk maklumat lanjut
Nama owner card tu nak kena sama dengan owner paypal ke?
aku sampai ari nih blur nak verify paypal camner
entah la, Alang…hingga saat ni aku tak paham amendenya pay-pal, virtual card, gcard dan lain2…YANG AKU TAHU aku ada kat ATM utk ambik gaji tiap2 bulan….aduh banyak yg aku tertinggal nih…er..er..kena tinggal dengan nkemajuan dunia yek.BAGI AKU YG PENTING KORANG MESTI ADA MODAL UTK MEMULAKAN SEGALANYA..Beli buku pun kena labur wang bang…TAK DAK WANG er.er…er..KIRIM SALAM ye
Tapi baru2 ni sedang saya melayari internet bussiness ni, saya terjumpa laman web yg mengatakan kita akan di bayar jika klik iklan pd laman web itu..saya tengok banyak dia bayar, cthnya 50000sen($).Saya nak tanya pd semua cetter iklan ni betul ke atau merapu je
hi alang..
thanks for the tips.
i pun tak tau which option to take - accent card/ etrade/ us bank acc / sg bank acc..anyone yg dah try.. which is the cheapest option in terms of opening the acc / deposit and cost per withdrawal?
p/s: mohd..nak start business online..kalau takde modal..carilah modal dulu by promoting ebooks orang lain. cari yang cost free..free to sign up, cuma kena promote via emails/forums etc. i started it in sept 2006 - promote bila ada free time..nasib baik..rezeki tuhan bagi.. dpt commision bout usd210 in oct..ok la tu for a start.
so, why dont u try these sites:
http://www.freemarketingtips.tk
http://taketheinternetback.tk
if you want free website, go to:
http://www.freecontentsite.tk
basically..i suggest..kalau u nak jadi affiliate and promote ebook org, join sites which are free to sign up.. basically u shouldnt have to pay to help other ppl increase their business..
thus the reason i dont agree with mlm, etc ..kita tolong promote product so that the company lebih kaya..kita jugak kena pay joining fee and kena maintain everyone month [no offense to those in mlm..these r my thoughts]..
ciao..selamat hari raya aidiladha & merry xmas everyone.
takde kad debit tak kluar dari akaun paypal ke?
camana nak buka paypal & kad debit?
bodohnya soalan aku
tranfer ke debit card( Public bank) tak boleh ke?