Saya terpanggil untuk menulis tentang persaingan ini sebab saya dikatakan cuba untuk menggagalkan perniagaan seseorang dengan menawarkan maklumat yang dijual mereka dengan harga yang tinggi secara percuma. Apa yang saya nak sampaikan disini ialah, saya tak pernah berniat untuk nak bersaing dengan sesiapa, dan saya tak memperoleh apa-apa keuntungan sekalipun dengan berbuat demikian. Dengki? Kenapa perlu saya nak dengki sedangkan ianya langsung tak menjejaskan pendapatan saya.
Tujuan saya berkongsi maklumat tersebut, kerana saya ingin memberi alternatif kepada sesiapa yang tak mampu untuk mengeluarkan wang beratus-ratus ringgit untuk maklumat yang boleh diperoleh di forum-forum dan search engine. Saya tak mengatakan bahawa maklumat yang saya kongsi itu adalah sama dengan maklumat didalam ebook tersebut kerana saya sendiri tidak pernah membacanya.
Kenapa sekarang? Sebabnya, saya pun baru beberapa minggu mengetahui cara ini, hasil carian saya di beberapa forum dan laman web. Dan sebelum saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan sesiapa, saya ingin pastikan yang cara saya ini berkesan terlebih dahulu. Saya tahu saya boleh buat duit dengan senang kalau saya jual maklumat ini dengan harga RM10, tapi saya tak nak sebab saya rasa tak adil, sebab bukan saya yang invent cara tersebut, semuanya sudah tersedia, cuma antara kita tahu dengan tidak.
Bagi mereka yang merasakan saya telah menjejaskan bisnes mereka, ingatlah dalam setiap bisnes ada persaingan. Kalau takut persaingan, jangan buat bisnes. Dan kita juga harus bersedia menerima kritikan kerana setiap kritikan itu adalah untuk kebaikan. Saya akan terus berkongsi pengalaman, maklumat dan tips2 secara percuma di blog ini, sebab saya rasa ini sumbangan yang saya boleh beri kepada anak bangsa sendiri. Saya banyak mendapat email, pm yang meminta saya memberi khidmat nasihat dan sebagainya jadi saya fikir, lebih saya kumpulkan kesemuanya di satu tempat supaya semua orang boleh mendapat manfaat.
Saya juga tak pernah menganggap diri saya pakar, dan tidak pernah mengatakan apa yang saya buat tu betul dan semua mesti ikut cara tu. Saya cuma berkongsi sesuatu yang berkesan untuk saya dan terpulang kepada anda sama ada nak ikut ataupun tidak. Lagipun, semuanya percuma jadi saya rasa tak rugi apa-apa untuk mecuba. Saya tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang IT, saya adalah graduan dalam bidang ekonomi, jadi saya bukanlah pakar.
Betul tu saya sokong Saudara Alang. Bukan semua orang mampu untuk mengeluarkan wang beratus-ratus ringgit untuk maklumat yang boleh diperoleh di forum-forum dan search engine walhal ianya boleh diperolehi secara percuma.
aku setuju.
Macam bole agak je alang..info pasal apa.. takpe.. kami tau yang U are doung the right thing…
hehe, alang. Rahsia dah terbongkar ker??
Betul tu alang, seperti ebook Gobala, semua orang dah tahu bukak bank di singapore dan US dan juga beberapa tips yang ada dalam ebook beliau, tapi mengapa dia tetap menulis?
1. Dia tulis berdasarkan pengalaman dia. Lain orang lain pengalaman.
2. DIA BERANI BERSAING! Part inilah selari dengan apa yang alang katakan
Saya sendiri juga sering rasa tercabar dengan kemunculan blog2 baru perniagaan internet di dalam bahasa Melayu, padahal di waktu awal pada tahun lepas, saya rasa blog saya dan saifulsham sahaja yg betul2 fokus pada ebiz.
Tapi bagi saya, kalau kita pandai bersaing secara sihat, berfikiran jauh, kita tak perlu takut. Bahkan dengan munculnya orang2 yg berpengalaman seperti alang, saya yakin lebih ramai lagi yang akan berjaya dalam masa yang singkat. Lebih ramai lebih bagus, yang penting adalah kerjasama dan keikhlasan sebab benda macam ni bukan untuk dunia dan diri sendiri jer.
Teknik yang alang beritahu tu saya pernah terbaca kat beberapa blog dan forum. Kalau itulah yang dikatakan dalam sebuah ebook yang mahal tu, saya rasa it’s not a big secret.. Ia hanya hype semata..
mmm…remark sikit kat sini “Kalau takut persaingan, jangan buat bisnes. Dan kita juga harus bersedia menerima kritikan kerana setiap kritikan itu adalah untuk kebaikan.” YES memang betul kalu takut jangan cuba try test buat bisnes..dalam bisnes ada beribu juta kesakitan yang akan kita alami so berani buat berani tanggung ler bang…so utk alang kalu ada idea atau tips yang best yang bole membantu kengkawan ( u r my friend kata ismahalil hamzah )jangan malu2 tulis ok
Ya, saya setuju. Teringat saya pada kata-kata Singh yang jadi jaga dalam filem “Seniman Bujang Lapok”. Rezeki ini ketentuan Ilahi. Kita dapat apa yang telah usahakan. Kenapa kita tidak boleh bersaing sama-sama dalam bisnes ini secara sihat dan elakkan dengki-mendengki? Kepada saudara Alang, Keep up your good work. Semoga sihat selalu…
Alang dan Para Internet Marketer yang lain.
Saya bukan popular tapi berminat mengikuti perkembangan ini.’Mat Salleh’ dah lama kaya dah sebab mereka ini ‘Mat Salleh’ dan bahasa mereka pun bahasa ‘Mat Salleh’.Senag berniaga di Internet.Jadi muncul orang “Malaysia” seperti Alang, Fione Tan, Irfan Khairi, Shuth , Kidino , Gobala , Patrick dan ramai lagi dibelakang tabir ini menyuntik semangat saya dan yang lain mendapatkan ilmu ini demi kemajuan kita di arena internet ini.Jadi kalau ada yang dengki kerana setengah ilmu ini boleh dapat free di forum atau blog seperti ini,nasihat saya janganlah dengki…Rezeki ada dimana-mana.Kutuk mengutuk tak berapa baik untuk industri ini.
Saya sokong smartusaha kerana kita perlu bersaing secara sihat.Sematkanlah slogan ‘Malaysia Boleh’ dalam diri kita.
Terima kasih.
kalau kita beri satu ilmu,ALLAH akan tambah lagi ilmu.itulah ilmu yang menafaat.kalaulah NABI kita minta duit untuk sampaikan ilmu pada PARA SAHABAT,besar kemungkinan kita semua sembah pokok,batu,matahari dll sekarang ni..
kita sebenarnya bersaing dengan masa….kerana masa itu mencemburui kita..kih.kih.kih
Yer Yer Masa mencemburui kiter..ekeke
Apabila baca blog alang nih , saya teringat abang saya pernah berpesan pada saya , kalau kita bekerja jadilah orang yang kreatif , tak perlu jadi kompetitif. Itu pun dah cukup menunjukkan kredibiliti kita. Sian la hai kat alang, orang baik memang banyak dugaan kot … heheh
Memang gitulah gayanya - lebih-lebih lagi kita berada di Malaysia. Masih ramai yang berfikiran sempit dan tidak suka melihat kejayaan orang lain. Saper2 penah tengok mak cik sama2 jual nasi lemak bersebelahan gaduh sampai tarik2 rambut?:)
cane nAK kaya? Bes ke jadi kaya? kaya dpT bini lawa ke? Hampeh .. Kaya2 nanti jd sombong .. hampeh .. bek aku bli kaya .. Sedap .. hampeh .. Adakah aku lari dr tajuK? KahKAHkahkahkah
Alang? erk aku alang gak, anak ketiga…
takpe, amik sbg satu iktibar. teruskn usaha anda jgn buat separuh jln. selagi niat kita ikhlas, insya Allah Dia tunjukkan jalan…
apepun, you better look forward and prepare than to look back and regret… utk semua org yg baca termasuk aku…:)
im new here.
but actly page ni bmanfaat..
dats all..