Ulasan Ebook Raja Adsense: Rahsia membuat duit tanpa modal dengan google adsense

Pertama sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada penulis ebook ini iaitu saudara Mohd Shamsuriyadi bin Mohd yang telah bertungkus lumus menghasilkan ebook panduan adsense dalam Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Saya hanya berkesempatan untuk membaca ebook ini pada minggu lepas dan saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dan memberi pendapat saya tentang ebook ini.

Ebook yang mempunyai 67 mukasurat ini hanyalah berharga RM40.00, iaitu suatu harga yang saya rasa amat berpatutan. Walaupun tajuk ebook ini adalah tentang adsense, tetapi penulis telah memuatkan panduan bukan untuk adsense sahaja tetapi bagaimana untuk memulakan laman web dan cara-cara untuk mempromosi laman web.

Walaubagaimanapun, saya merasakan yang tajuk ebook tersebut boleh memberi maksud yang salah bagi orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online kerana “Rahsia Membuat Duit Tanpa Modal” bagi saya banyak berkait rapat dengan Skim Piramid, Skim Cepat Kaya atau MLM. Bagi saya, walaupun modalnya hanyalah sedikit, tetapi ia tetap dikatakan modal dan untuk mendapat pulangan yang betul-betul lumayan dari adsense, anda memerlukan modal yang lebih banyak untuk mempromosi laman web anda, membeli domain, bayar untuk webhosting dan sebagainya.

Pada pendapat saya, ebook ini merupakan satu kemestian bagi sesiapa yang hendak memulakan laman web dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang sudah berpengalaman pun masih boleh membeli ebook ini kerana mungkin ada maklumat yang tidak kita ketahui terdapat dalam ebook tersebut. Saya sendiri pun mendapat banyak maklumat-maklumat baru yang saya tak pernah ketahui sebelum ini.

Cadangan saya untuk versi seterusnya (jika penulis bercadang untuk berbuat demikian) ialah memberi panduan-panduan dan tips-tips yang lebih advance yang sesuai untuk mereka lebih berpengalaman tapi mempolehi pendapatan yang kurang memberangsangkan. Penulis mungkin boleh cuba mengorek rahsia daripada mereka yang mempolehi pendapatan 4-5 angka daripada adsense baik dari dalam negara ataupun luar negara.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


22 Responses to “Ulasan Ebook Raja Adsense: Rahsia membuat duit tanpa modal dengan google adsense”

  1. cikguonline says:

    Belum beli lagi ebook ni tapi berminat jugak nak buat. Apa2 tq Alang atas ulasan ni. Kene tau jugak ulasan2 bagus atau tidak baru beli.

  2. surfaddict says:

    betul kata alang tu, saya rasa kalau sekarang ni keluarkan buku ttg cara nak optimizekan lagi income dr adsense mmg kena pada waktunya.Since alangpun dah bg comment ttg buku ni..blehlah beli..

  3. Labanon says:

    Wah. memang best ker e-book ni alang??

  4. smartusaha says:

    Saya pun dah baca dan untuk makluman, bahagian yang kurang Sham dah buangkannya dan bagi saya mengenai “buat duit tanpa modal” ada pandangan yang berbeza, kiranya ada mazhab jugaklah. hehe.. Modal ni ada dua, yang tersurat dan yang tersirat. Yang tersirat ni lah yang banyak. Masa, tenaga, emosi, bil api dan lain-lain.. Yg tersurat lak domain name, hosting dan lain2. Namun, walau ia modal, tapi mungkin penulis maksudkan, nak buat duit tak perlu ada produk sendiri yang memerlukan modal untuk menghasilkannya.

    Pendek kata, mungkin Sham ada maksud tersendiri dan ini perlulah dinyatakan awal2 kepada pembeli apa yang dimaksudkan buat duit tanpa modal. Dan ramai juga usahawan internet lain yang gunakan istilah ini termasuk saya, saifulsham, shuth dan lain2.. Yang penting, maksud tersebut difahami..

  5. alang says:

    saya rasa, istilah takde modal tu mungkin sebagai strategi pemasaran kot, utk nak menarik perhatian pembeli.

  6. robotys says:

    Hohoho, saya pon rasa yang istilah takde modal tu sbg strategi pemasatan, sebab perkataan Tanpa Modal = Percuma dan adalah perkataan keramat dalam melonjakkan sales. By the way, takkan dia tak mention kat mana2 bahagian salespage/ebook? Talk `bout ethiques; tapi saya tak menyalahkan Raja Adsense langsung tentang isu ini. Maybe dia terlupa or any other reason. Just my 2 cents. Lagipun sapa nak Lawan RAJA? He is the King of Adsense! :)
    ps: it is really my 2cents. bukan nak carik pasal atau yang sewaktu dengannya.

  7. wah! Saya lebih yakin sekarang. Mula-mulanya saya agak ragu2, sebab maklumat pasal adsense ni naik mendadak secara tiba-tiba di pasaran sekarang. Tp, biler alang dah approve, kira buku ni betul-betul berkualitilah. Thanks alang!

    p/s: Kepada Sham,tahniah. Bagus langkah dapatkan review alang ni… ;)

  8. sham says:

    Thank alang for the review.Saya tengah mencari idea nak memperbaiki kandungan e-book tersebut.

    tentang istilah tanpa modal ni biar saya terangkan apa yang sy maksudkan..Apa saya nak highlight semua orang boleh memulakan dengan modal = 0.iaitu mengunakan semua sumber yang percuma spt site,artikel,tools dan sebagainya.Yang perlu dicari hanyalah ilmu…

    Maybe ada modal tersirat dan tak nampak spt kesihatan,masa dan sebagainya.Tapi semua tu sesuatu yang umum.Kalo buat apa sahaja,ia akan melibatkannya.

  9. Perkataan “tanpa modal” boleh digunakan, cuma ianya perlu lebih jelas diterangkan, agar mereka tidak terkeliru dengan perkataan ini,

    Semua ini perlukan modal, “idea” juga adalah “modal”, menulis juga perlukan modal, Definasi modal itu boleh bermaksud percuma, rendah, besar atau menyenangkan.

    Hanya pendapat peribadi sahaja. Bolehkan sham? ;)

  10. azwan says:

    Kalau jd isu sgt, apa kata letak “dgn modal minima”, atau kurang rm100 ke dan pendapatan melebihi rmxxxx. balik modal tak sampai 2 bulan ke. cuma perlukan usaha dan masa anda sahaja.. apa2 le just nak brainstorm kasi idea :)

  11. robotys says:

    Owh. Saya faham. camtuh saya perlu beli gak nih. Tengah gila nak study adsense :)

  12. az says:

    akum minta tunjuk ajar mu sifu…saya baru belajar buat blog and andsense…nak beli coz nak belajar..my blog http://azweststar.blogspot.com

  13. sham says:

    Thanks for the idea..Mcm sy ckp sebelum ni,tanpa modal yang saya maksudkan benda yang nampak sebab kebanyakan orang tak nampak modal yang tersirat mcm idea,masa,ilmu dan sebagainya..Bagus jugak kalo nak brain storming..:)

  14. farizal says:

    saya mahu beli buku Raja Adsense hujung bulan ni. harap² promotion yg tersedia ada sempat untuk saya merasa :D
    Permohonan Google Adsense saya 4 hari lepas dah approved! Huh, tahniah untuk diri saya sendiri kerana tanpa putus asa saya mencuba, akhirnya saya berjaya :D # kali applied, kali ke-4 baru berjaya. Saya dah advertised kat web saya di http://www.thefinalmistic.net :D

  15. Ezree says:

    Assalamualaikum Alang,

    Bagi saya Alang seorang real internet marketer yang hebat.Mempunyai pelbagai ilmu yang boleh dikongsi.Saya ni ibarat budak baru belajar dan memerlukan ilmu yang banyak daripada seorang Guru seperti Alang.Soalan saya , saya ingin mencipta blog sendiri dan boleh tak saya mempromosi jugak web alang di blog saya atau mendapatkan sedikit info dari blog alang untuk dimuatkan dalam blog saya.
    Minta izin dahulu.
    Terima Kasih
    Ezree

  16. alang says:

    saya tak kisah info dalam blog saya dipublish untuk bukan tujuan komersial asalkan, ada disebut siapa penulis asal. Saya sama sekali tidak membenarkan info disini dipublish, dibuat ebook dan dijual untuk mengaut keuntungan

  17. wawasan2020 says:

    Saya sudah membeli buku tersebut dan memang kandungannya jelas & mudah difahami walaupun bagi mereka yang baru berkecimpung dalam adsense. Syabas Sham, anda telah menghasilkan satu-satunya panduan adsense dalam Bahasa Melayu yang berkualiti. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan kekeliruan kerana kewujudan beratus-ratus buku panduan adsense percuma dalam B.I di internet….anda telah memberi short-cut.

    Cadangan saya untuk versi buku ini yang seterusnya; berikan contoh satu laman web adsense yang berkualiti sebagai Kajian Kes dalam buku anda. Sure…ianya satu pendekatan yang menarik.

    Thanks

    wawasan2020

  18. kc says:

    saya teragak2 mana satu yang lebih mudah(saya tau kedua2nya perlukan kerja keras)untuk mendapat pulangan,antara adsence atau affiliate..?untuk newbie mcm saya…tq..

  19. kamal says:

    saya nak cari tahu, cam mana boleh tingkatkan traffic, supaya boleh dapat klick bagus from adsense

  20. mzaki says:

    bro2 yg expert ttg google adsense … can u teach me how to register at google adsense and make money from there?.. it’s any cost u need when u create ur blog?.. it’s free or need a cost for create blog?

Leave a Reply