“Don’t put all your eggs in one basket”. Itulah antara kata-kata yang pernah disampaikan oleh pensyarah saya dulu tentang dunia perniagaan dan pelaburan. Dan dalam apa-apa keadaan sekalipun, kita harus mempunyai Plan B, C dan D.
Walaupun mungkin kita sudah selesa dengan pendapatan dari adsense, chitika, adbrite, blogads, text link ads dan sebagainya tetapi, kesemua pendapatan tersebut adalah melalui 3rd party dan kita terpaksa berkongsi bayaran yang dibayar oleh advertiser dengan 3rd party tersebut. Pernahkan terfikir yang sebenarnya kita mungkin boleh menjana pendapatan yang lebih dari ruang iklan dalam laman web kita tanpa penggunaan 3rd party. Disini, bukanlah saya bermaksud untuk tidak menggunakan langsung 3rd party tersebut, tetapi bagaimana kita boleh menjual sendiri ruang iklan untuk menambah pendapatan selain dari apa yang kita telah perolehi selama ini.
Ada beberapa langkah mudah bagaimana untuk anda menjual sendiri ruang iklan tanpa perlu menghubungi syarikat-syarikat tertentu untuk mendapat tajaan.
- Sediakan satu page dalam laman web anda yang memaklumkan tentang ruang iklan dimana sesiapa yang berminat boleh membeli terus dari page tersebut. Contohnya adalah seperti yang saya buat di laman web saya iaitu http://www.featured-articles.com/advertise.html dan juga http://www.rcadezones.com/page-advertise
- Sediakan contact us form. Bagi saya, contact us form merupakan sesuatu yang wajib bagi setiap laman web kerana selain daripada untuk mendapat maklumbalas daripada pelawat, ia juga sebenarnya membuka ruang untuk sesiapa yang berminat untuk membeli ruang iklan dari laman web kita. Selain itu, ia juga akan menampakkan laman web kita lebih profesional dan bukanlah laman web spam.
- Promosi tentang ruang iklan dalam laman web anda secara percuma di forum-forum yang berkaitan dan juga laman web yang menyediakan ruang iklan percuma seperti disini http://www.iwebtool.com/link_market/.
- Selain daripada mempromosi tentang ruang iklan, anda juga haruslah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi sesiapa sahaja yang memerlukan ruang iklan untuk disewa. Jika anda selalu melawat forum-forum webmaster, mungkin anda akan jumpa topik seperti ini http://www.namepros.com/for-sale-advertising-board/210934-im-buying-pr2-higher-homepage-link.html. Apa yang perlu anda lakukan ialah, pastikan laman web anda memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tawarkan ruang iklan anda sama ada melalui email atau pm. Kenapa saya tak galakkan untuk membuat tawaran secara terbuka? Kerana biasanya persaingan adalah tinggi dan jika pemilik laman web lain yang juga ingin menjual iklan melihat harga yang anda tetapkan, mungkin mereka akan menawarkan harga yang lebih rendah.
Selain daripada menjual ruang iklan secara tradisional, bagi penulis blog, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan untuk menulis tentang sesuatu laman web/syarikat dengan bayaran-bayaran tertentu. Ada sesetengah syarikat, yang lebih selesa untuk mendapat promosi sedemikian kerana ia tidak kelihatan terlalu ketara sebagai iklan tetapi mereka biasanya akan minta kita masukkan beberapa keyword dalam tulisan tersebut yang berkaitan dengan laman web/syarikat mereka.
fuh info nie mmang bagus..thanks a lot…dapat le kita praktikkan….
Oh ya en.alang, boeleh letakkan social bookmarking tak? saya dapati banyak info berguna dan saya mahu bookmark!
Thanks kongsi tips alang.
Saya dah buat sewa ruang iklan. Lepas jer buat iklan, terus dapat satu order. Tapi pastikan ruang iklan kita tu berbaloi utk orang bayar, serta web kita tu mempunyai kriteria seperti trafik yang tinggi, populariti web kita tu… Dan ciri2 ini yang saya sampaikan kepada para pelanggan saya.
memang best ler alang.. tips yang bagus..
good tips
Sell Ad Spaces by Yourselves
Alang, a successful Malaysian online entrepreneur, wrote a guide on “Selling your website ad spaces by yourselves” (Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda).
…
Terima kasih alang saya pun nak cuba buat la.
Idea yg bagus
boleh lar saya mencuba nanti.
lembu punya susu, sapi dapat nama. maybe sebab sapi ada tambah itu gula: http://www.tech-buzz.net/index.php/2006/07/16/how-to-sell-ads-spaces-by-yourselves/
Alang, anda telah lupa bahawa Malaysia ada Ad network tersendiri.. Cara Publisher Network atau CPN, memberi peluang kepada webmaster-webmaster Malaysia untuk menjual ruang website kepada Advertisers dalam Cara Advertiser Network.
layarilah http://www.cara.com.my untuk melihat website syarikat ini!
bukan saya lupa, tapi ni pertama kali saya dengar tentang CPN. Jadi saya rasa, saudara kena buat marketing lebih sikit utk nak create awareness tentang ad network ni, kalau nak harap org tau sendiri memang susah la.
[...] Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda (Bahagian Kedua) [...]
[...] dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bagaimana untuk menjual text link atau ruang iklan di laman web anda, kali ini saya akan memberikan pula tips bagaimana untuk membeli [...]
bagus! terima kasih dengan info yg menarik nie.. ^^
[...] web anda, sila baca tulisan saya sebelum ini panduan mudah menjual ruang iklan di laman web anda bahagian 1 dan bahagian [...]
hari ini aku senang sekali, karena iklan adbriteku bisa muncul. salam kenal dari indonesia