Panduan percuma bagaimana untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal (Bahagian Kedua)

Ini adalah sambungan daripada panduan saya sebelum ini disini

Selepas menulis panduan yang pertama, saya telah dihubungi oleh seorang usahawan dari Malaysia yang juga merupakan reseller untuk Accent Card. Tujuan beliau menghubungi saya ialah untuk memberi peluang saya mencuba debit card yang dijual oleh syarikat beliau. Kerana ingin mencuba produk yang dijual oleh syarikat tempatan, saya bersetuju dengan cadangan beliau dan permohonan saya mula diproses pada hari Isnin 10hb Julai. Hanya selepas 2 hari, iaitu pada hari Rabu 12hb Julai, saya telahpun menerima kad tersebut yang dihantar menggunakan pos ekpress. Kad yang saya pohon sebelum ini iaitu gCard mengambil masa lebih dari seminggu untuk sampai ke tangan saya selepas proses permohonan. Saya fikir, ini adalah kelebihan berurusan dengan syarikat Malaysia yang beribu pejabat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain dari tempoh penghantaran yang lebih cepat kosnya juga lebih murah iaitu hanya RM100.00 sahaja termasuk penghantaran berbanding dengan gcard iaitu sebanyak RM104.40 ($29.00 USD) untuk penghantaran biasa yang mengambil masa sehingga 4 minggu atau RM266.40 ($74.00 USD) untuk penghantaran melalui Fedex yang mengambil masa sehingga enam hari untuk diterima.

Selepas menerima kad, saya serta merta mengaktifkan kad tersebut mengikut arahan yang disertakan bersama-sama dengan kad yang dihantar. Oleh kerana saya sudah berpengalaman mengaktifkan gCard sebelum ini, ianya agak mudah bagi saya kerana prosesnya adalah sama. Ingin saya ingatkan bahawa semasa mengaktifkan kad tersebut, anda mestilah memasukkan maklumat yang tepat iaitu, nama dan alamat yang terdapat didalam IC, lesen atau passport. Ini adalah bagi tujuan untuk mengaktifkan Direct Deposit Account (DDA) kelak.

Selepas kad diaktifkan, anda akan login ke akaun bank tersebut menggunakan username dan password yang anda isi semasa proses pengaktifan sebelum ini. Langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan klik pada Card Management dan selepas itu klik pada Deposit fund. Disini anda akan melihat senarai bagaimana anda boleh mendepositkan wang ke dalam debit card Accent. Untuk membolehkan anda mengaktifkan perkhidmatan tersebut, anda perlu dapatkan akses untuk 2 level securites. Level securities yang pertama boleh diperolehi dengan beberapa mouse click, tetapi untuk mendapatkan level securities yang kedua (yang akan mengaktifkan perkhidmatan Directo Deposit untuk transfer fund dari akaun paypal) anda perlu mencetak borang yang disediakan, tandatangan dan fax atau emailkan kembali beserta dengan dokumen yang dinyatakan iaitu, 2 dokumen pengenalan diri (IC, lesen atau passport) dan juga bil elektrik atau air yang mempunyai alamat yang sama dengan salah satu alamat pada dokumen pengenalan diri. Tanpa maklumat yang tepat ini, securities level 2 tidak akan diaktifkan.

Jika dengan gCard dahulu, saya mengambil masa sehingga 2 minggu untuk mendapat securities level 2, tetapi dengan Accent Card, hanya mengambil masa beberapa jam sahaja selepas dokumen yang saya hantar diterima. Saya menghantar dokumen menggunakan email (sangat-sangat digalakkan oleh saya dan juga pihak Accent Card kerana lebih cepat dan dokumen lebh terang), dimana saya telah scan semua pengenalan diri, bil dan juga borang yang dicetak dan ditandatangani tadi.

Selepas mendapat akses secuties level 2, barulah saya boleh klik pada direct deposit untuk mendapatkan maklumat bank dan memasukkan maklumat tersebut kedalam akaun paypal. Selepas memasukkan maklumat tersebut, biasanya akan mengambil masa 24 hingga 48 jam untuk mendapat pengesahan diantara paypal dan pihak bank, dan hanya mengambil masa 5 hari sahaja iaitu dari hari Isnin hingga hari ini (Jumaat) saya telah berjaya menambah akaun bank US ke dalam paypal dan telah pun berjaya mengeluarkan wang dari paypal menggunakan Accent Card.

Adakah ada lagi cara yang lebih murah dan mudah daripada ini? Saya rasa, dengan hanya RM100, kebanyakan kita memang mampu untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal melalui debit card ini tanpa perlu membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli panduan atau ebook yang belum tentu lagi kesahihannya.

Dapatkan debit kad daripada pengedar yang sah dari Malaysia disini MK Deals SDN.BHD

Tambahan
Jika anda rasa panduan ini kurang lengkap, dapatkan panduan yang lengkap dan terperinci disini secara percuma.

Panduan mudah dan lengkap pengeluaran wang dari akaun paypal


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


132 Responses to “Panduan percuma bagaimana untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal (Bahagian Kedua)”

  1. MK Deals says:

    Saudara Giladigi, apa kata saudara postkan email msg yg saudara dapat dari Paypal.
    Berkenaan eBay Forum pula, knp org yg post tu register pada hari yg sama dia nak buat post?
    Nak percaya kata org tak ada masalah, pastikan org yg bercerita tu ada merit.
    Nama pun internet, sesiapa sahaja boleh menyamar.

  2. kaiba910 says:

    Jangan la lurus bendul sangat.Apa yang orang kata je mesti nak percaya.Siasat la dulu.Saya xde masalah semasa menggunakan accent card.Kalau betul saudara ada masalah dengan paypal,saudara postkan email msg dari paypal tu kepada saudara MK Deals ni.Biar die check

  3. mohd says:

    seronok baca email korang ni…macam2 citer ada..aku ni masih cenanga lagi ni…er..er..err TAK FAHAM!!!Tapi tak pa aku akan terus membaca dan cuba memahaminya

  4. edwin says:

    Sesispa Membantu:)

    Error apabila saya verify Pay Pal menggunakan Public Bank Debit Card:

    This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card
    was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to
    try adding a different credit card.
    Kenapa ini terjadi?Saya baru menerima kad 1 bulan yg lepas dan didalamnya ms ada rm25

  5. Mad says:

    So mcmana skrg? Ada apa2 update? Aku try call Mk deals kat opis, rupanya Khuzairin tu just tumpang opis je. Bila aku call hp Khuzairin and sms, never angkat and reply. Apa cerita sebenarnya? accent card ni tipu ke? Harapkan penjelasan..

  6. ariss says:

    Cuba korang masuk website ade tak? http://malaysia.accentcard.com/
    Aku bayar accentcard aritu 5hb januari. sampai skang 26hb jan tak dapat2. semalam aku email accentcard..korang tau dapat reply ape? –Delivery Status Notification–

    Technical details of temporary failure:
    TEMP_FAILURE: Could not initiate SMTP conversation with any hosts:
    [malaysia.accentcard.com (1): Connection timed out]

    waaaaa… tolong laa takkan kene tipu lagi? aku dah tak larat nk kene tipu kt internet nih.. huhuhuuuu….

    -insan kecewa-

  7. alang says:

    ni email khuzairil yg baru malaysia@accentcardvisa.com

    accentcard.com dah tak pakai lagi dah.

  8. lojan says:

    assalamualaikum….
    sy nk guna accentcard ni..
    mcm mana cara nk daftar ke hape ke?
    mcm mana sy nk dapatkan accentcard ni.
    sy dh klik kt link malaysia.accentcard.com tu..
    dia kuar menatan lain plak..
    sapa2 tolg kontact aku jap,.
    tq.
    par948@yahoo.com

  9. lojan says:

    cara lain xde ke?

  10. alang says:

    Sila hubungi malaysia@accentcardvisa.com untuk penerangan lanjut

  11. shamrin nasir says:

    ako suke nengok koghang bemesyuwarah pasal benda nih…teruskan..ako pon mmg terniat nak amik accent card nih…tapi tatau lagi bila mao hambik…

    alang…ko mmg best…keep up da gud werk mate…

  12. mokhtar says:

    Error apabila saya verify Pay Pal menggunakan Public Bank Debit Card:

    This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card
    was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to
    try adding a different credit card.
    Kenapa ini terjadi?Saya baru menerima kad 1 bulan yg lepas dan didalamnya ms ada rm25

    masalah aku sama mcm masalah ko…sape leh bantu?

  13. Ateng Gemuk says:

    Assalamu’alaikum sedara Mokhtar,

    Debit Card Public Bank sedara di’denied’ pasal tak cukup balance.

    Ikut pengalaman saya, kad PB mesti ada minimum balance RM25 di dlmnya (yg PB pegang/tak boleh guna)

    Apa2 amount kurang dari RM25 dikira ‘zero balance’.

    Sedara masukkanlah sekurang2nya RM20 lagi untuk Pay Pal buat test transaction /verify. Jumlah tu akan dimasukkan balik dalam akaun Pay Pal sedara nanti.

    Selamat mencuba!

  14. FREE US Bank A/C with VMI Debit Card says:

    Saya guna VMI Debit Card dari US c/w US Bank a/c no. Costnya RM100. Proses pengaktifan sungguh mudah, less than 5 minutes. It work best with my PayPal and I just withdrew RM500 semalam from Maybank ATM. Sesiapa berminat bolehlah contact their local supplier in KL, vmi.mal@gmail.com.

    Good Luck !!!

  15. [...] internet enterpreneurs. For your information, MalaysiaPal introduced a mechanism for Malaysian to withdraw PayPal funds to Accent debit cards. The party is also over for those who have been making good income by buying and selling PayPal [...]

  16. Mr Kacak says:

    boleh tak verified paypal guna BSN??

  17. Mr Kacak says:

    klu nk verified paypal gune BSN bleh tak??

  18. Ateng Gemuk says:

    Kalau kredit kad BSN, boleh.
    Tapi kalau pakai debit kad BSN (Visa Electron) tak boleh.
    Debit kad BSN juga tak boleh digunakan utk pembelian online (internet).

    Tapi debit kad Public Bank ngan Al-Rajhi Bank boleh (utk verify).

  19. Mohd says:

    Assalamualaikum semua…

    Saya Sudah lama terpanggil untuk memberikan sedikit maklumat tentang Pengaktifan dan pengeluaran paypal.Jika ada yg menggunakan Accent card atau Vmi teruskan menggunakan.jika sesiapa yg baru utk memiliki akaun paypal verify,anda boleh apply debit card PB.Anda Hanya Perlu buat bayaran RM25 utk aktifkan kad PB ( duit tidak akan di kembalikan ).Done..:-)

    Aktifkan akaun paypal- utk aktifkan akaun paypal anda perlu ada duit dalam PB sekurang2nya RM10 tidak termasuk Rm25 tadi.Selepas masukkan debitkan dalam akaun paypal anda paypal akan potong 1.75usd dan akan di masukkan kembali ke dalam akaun paypal, selepas akaun anda verify.Anda mesti tggu first statment dan akan dapat lihat 4digit nombor dalam stament itu.ambil 4digit nombor dan log on akaun paypal,anda masukkan 4digit nombor tadi.Done…:-)

    Mengeluarkan dengan PB.-Sangat senag utk keluarkan duit dalam akaun paypal ke Debit kad PB.Masuk akaun paypal dan klik withdraw, anda akan dapat lihat pengeluaran dengan kad kredit ( klik di situ )…anda akan dapat lihat no akhir kad PB anda situ..Masukkan berapa nk keluarkan ( min keluar USD10) , dan klik butang .Done…anda akan terima email memberitahu paypal mengambil masa 5-7hari utk masukkan duit ke dalam akaun PB anda.Done…

  20. along says:

    Keluarkan duit Paypal dengan debit card (Visa, Mastercard)

    ok nih aku terbaca satu berita baik kat satu blog org malaysia. Duit dalam akaun paypal bleh dikuarkan pakai debit kad (Visa, Visa Electron and MasterCard).

    cuba usha post nih

  21. Ateng Gemuk says:

    Sehingga ke tarikh hari ini, Pay Pal hanya membenarkan kita keluarkan duit Pay Pal kita ke dalam debit/kredit kad VISA sahaja.

    MASTERCARD mungkin dibolehkan sedikit masa lagi kot.

  22. along says:

    yusuf@the21quest. com
    Keluarkan duit Paypal dengan debit card (Visa, Mastercard)

    ok nih aku terbaca satu berita baik kat satu blog org malaysia. Duit dalam akaun paypal bleh dikuarkan pakai debit kad (Visa, Visa Electron and MasterCard).

    cuba usha post nih

  23. wwannur says:

    assalamualikum

    saya nak akaun paypal, tapi tiada kad debit lagi… kalau dimohon kad debit di Public Bank. boleh tak siap dalam masa 1 hari?

    boleh tunjuk ajar tak?

    tq

  24. wana says:

    saya nak tnya..saya nak buka akaun paypal..saya guna kad visa electron bsn..sbnrnye boleh ke tak?

  25. iichan says:

    Kenapa nampak susah sangat , apa bezanya kalau menggunakan card NexG daripada AMBANK. Kalau tak guna paypal tak boleh ke?

  26. andre says:

    hallo,apa beza nya kalau guna kad kredit dan debit kad untuk membuka akaun paypal.yang mana satu lebih baik dan sesuai..

  27. shah says:

    aslm…sy org baru dlm forum ni n individu baru dalam tajuk penggunaan paypal ni…baru2 nie sy ade cube advertise kn barang di internet..dn ade org dari luar negara kita ingin membeliny…masalah ny sy x de ape2 akaun yg melibat kn pembelian secara online ni hingga lh ade sorang kwn dtng bg tau tntng paypal ni,cume belum tau detail lg tentang penggunaan ny..ade sape2 yg bermurah hati boleh membantu??? email sy - syafrilshah@yahoo.com (jase baek tuan2 amat dihargai) ;-)

  28. zam says:

    bagaimana dengan tranfer forex …boleh keee

  29. jun says:

    nape org suka sgt guna paypal yg memeningkan kpala? buat gcard ngan modal yg besar… kan senang guna 2checkout je… modal skali, check pun dihantar smpai rumah. cashkan je kat bank..

  30. jun says:

    skrang ni kalau nak mudah, guna tune money je. apply kat http://www.tunemoney.com. yuran tahunan RM9.90. nti pilih kat cawamgan pos mana nak ambil kad tu. lpas apply,terus bank in kat no akaun yang diberi. bank in kat bsn,cimb atau pos malaysia. dalam tempoh 7 hari awk kena ambil kad tu kat pjabat pos yang awk pilih semasa apply kad tu. pihak tune money tak menghantar email atau call awk utk ambil kad tu. awk dtg sendiri selepas 7hari bkerja bermula dari tarikh awk bank in duit. sy syorkn awk guna 2checkout je. tkyah peningkan kepala

  31. azrul says:

    boleh apply xyah guna kredit kad pun boleh.selepas dah dah ada kad kredit atau debit, boleh verify utk akaun paypal yang sedia ada.. sy syorkan guna visa prepaid tune money.. yuran tahunan RM9.90. dalam akaun mesti ada baki RM 10. minima bank in RM50. apply kat http://www.tunemoney.com dan awk akan diberi no akaun. card holder boleh diambil di pjabat pos yang anda pilih selepas 7hari bekerja bermula tarikh awk bank in duit.. awk tak akan diberitahu untuk mengambil card holder trsebut…

Leave a Reply