Tulisan saya kali ini tidak akan menyentuh tentang aspek pembangunan laman web langsung sebaliknya saya akan berkongsi pengalaman bagaimana saya memotivasikan diri saya. Selepas membaca ebook motivasi yang ditulis oleh saudara Noorizam Shah saya merasakan betapa benarnya apa yang ditulis di dalam ebook tersebut dimana saya pernah melalui detik-detik pahit dalam hidup saya sehingga hampir berputus asa.
Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang, berasal dari utara (Kedah) ibu bapa saya melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki seperti menoreh getah, bekerja di kilang dan yang terakhir berniaga di gerai. Kesusahan saya semasa kecil sehinggalah ke peringkat di mana tiada sebutir beras pun di dapur dan bagi saya setiap detik tersebut terus saya ingat sehingga sekarang dan menjadi satu motivasi yang begitu kuat untuk saya berusaha lebih gigih. Tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya juga tewas dengan tekanan dan mengikut naluri jiwa muda. Saya pernah terlibat dengan masalah disiplin yang teruk semasa bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh, sehingga dikenakan tindakan disiplin dibuang sekolah. Tersentak dengan keadaan tersebut, saya bangkit semula dan kembali memotivasikan diri saya sehingga menjadi salah seorang pelajar terbaik dalam SPM tahun berikutnya. Dan dalam beberapa tahun berikutnya, saya berjaya mendisiplinkan diri dan memotivasikan diri saya untuk mendapat beberapa pencapaian yang agak membanggakan semasa saya di tingkatan enam sehinggalah saya berjaya diterima masuk ke Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada tahun 1995.
Mungkin terkena kejutan budaya, saya tewas lagi….mengabaikan pelajaran sehingga saya gagal dan terpaksa mengulang semula pengajian tahun pertama. Walaupun mengalami tahun-tahun yang sukar, saya berjaya juga meneruskan pengajian dan akhirnya berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua, pada tahun 2001, lewat 2 tahun daripada yang sepatutnya. Pada masa ini, saya sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, dan bagi saya keluarga saya menjadi satu motivasi yang begitu kuat.
Saya mula bekerja sepenuh masa semasa tahun akhir pengajian pada tahun 2000 tetapi berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, saya menjadi penganggur pada bulan Mac 2001 selama beberapa bulan sebelum mendapat kerja sebagai salesman untuk syarikat pembekal alat-alat tulis dengan gaji sebanyak RM 750.00 sebulan pada Julai 2001. Satu lagi tempoh sukar dalam hidup saya, dan kadang-kadang saya rasa irihati melihat kawan-kawan yang hanya belajar sehingga tingkatan 5, tetapi mempunyai pendapatan yang lebih baik dari saya. Semasa disinilah, saya benar-benar berazam untuk mengubah hidup saya dan dalam satu sessi motivasi yang dibuat oleh syarikat, saya meletakkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang saya walaupun pada masa tersebut, saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Apakah matlamat saya pada masa tersebut?
Dalam masa 1 tahun, saya mesti mendapat kerja lain berdasarkan kelulusan saya.
Dalam masa 2 tahun, saya mesti membeli rumah sendiri.
Dalam masa 5 tahun, saya mesti mempunyai perniagaan sendiri.
Kedengaran mustahil bukan, tetapi saya seperti tidak percaya yang saya dapat melakukannya, malah lebih baik dari itu. Hanya selepas 2 bulan sessi motivasi tersebut, saya mendapat tawaran kerja sebagai Juruaudit Dalaman di sebuah syarikat Bumiputra yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Johor. Dan, dalam tahun berikutnya saya berjaya mendapat matlamat kedua saya, iaitu membeli rumah sendiri, walaupun rumah yang dibeli ini terletak di kampung dimana sekarang diduduki oleh kedua-dua orang tua saya.
Walaupun kedudukan saya sudah agak selesa, tetapi saya tahu yang saya tidak boleh berpuas hati kerana ada beberapa lagi matlamat hidup saya yang belum tercapai. Dan pada tahun berikutnya, 2003, saya mendapat peluang yang tidak pernah disangka oleh saya. Tidak pernah saya terfikir, hobi saya selama ini boleh menjadi satu sumber pendapatan. Saya mula belajar membina laman web semenjak tahun 1998 semasa bekerja part time di sebuah cyber cafe, tetapi saya tidak pernah serius tentang perkara tersebut. Buat pengetahuan, sehingga sekarang, saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan pembinaan laman web. Semuanya saya belajar sendiri melalui pembacaan dan trial and error.
Berbalik kepada tempoh awal semasa saya membina laman web pada tahun 2003, saya hanya melakukan semua kerja-kerja tersebut di pejabat, pada waktu rehat tengah hari dan juga selepas waktu pejabat kerana saya tidak mempunyai komputer di rumah, apatah lagi internet. Selama beberapa bulan, begitulah rutin saya, datang awal ke pejabat, update laman web saya, sebelum mula bertugas, dan pada waktu rehat, sambung lagi ketika orang lain pergi menjamu selera. Dan selepas waktu pejabat, saya akan stayback lagi sehingga pukul 9 malam. Dalam tempoh ini, saya hanya menggunakan adsense dan pendapatan saya hanyalah beberapa sen sehari. Dalam tempoh ini juga, saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isteri saya sehinggalah pada bulan Jun 2004, saya mendapat cek adsense yang pertama yang berjumlah $150 USD. Dan pada bulan berikutnya, pendapatan saya dari adsense makin bertambah, $480 USD dan hasil dari cek tersebut, saya membeli sebuah komputer tetapi masih lagi tidak mempunyai sambungan internet.
Alhamdulillah, pendapatan saya dari adsense terus konsisten dan pada awal tahun 2005, saya membeli sebuah lagi rumah (yang saya duduki sekarang) hasil dari pendapatan adsense (lebih dari $1000 USD sebulan ketika itu). Matlamat saya untuk membeli rumah sendiri dalam tempoh 2 tahun telah tercapai, malah lebih baik lagi, saya dapat membeli 2 buah rumah dan juga sebuah lagi kereta.
Dan saya mula semakin serius mulai bulan April 2005, apabila saya mempunyai sambungan internet dirumah dan laman web saya juga semakin berkembang (ketika itu hanya 3 laman web, 2 daripadanya sudah saya jual). Dan pada bulan Ogos 2005, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sepenuh masa untuk memberi tumpuan sepenuh masa kepada pembinaan laman web, kerana saya tuntutan kerja yang semakin bertambah, jadi saya harus memilih salah satu daripadanya. Pada mulanya, saya agak risau, kerana bimbang dengan pendapatan dari internet yang tidak stabil tapi selepas beberapa bulan, kebimbangan saya tidak berasas kerana pendapatan saya semakin bertambah berikutan lebih banyak masa dapat diluangkan untuk membina dan update laman web. Pada awal tahun 2006, saya menubuhkan SZAB Network, dan dengan aktifnya, membina laman web yang merangkumi pelbagai topik.
Bila saya renung sendiri detik semasa saya menetapkan matlamat, saya seperti kurang percaya yang ketiga-tiga matlamat yang saya tetapkan beberapa tahun lepas semuanya tercapai dalam tempoh masa yang saya jangkakan. Adakah saya sudah berpuas hati? Sudah tentu tidak, dimana sekarang saya menetapkan pula matlamat baru yang saya mesti capai dalam tempoh beberapa tahun ini. Jadi, bagi anda yang masih tertanya sama ada matlamat anda boleh tercapai, hanya satu jawapan saya iaitu YA. Dan tidak pernah terlewat untuk anda memulakan sesuatu kerana pada usia saya sekarang 31 tahun, saya masih lagi mempunyai matlamat baru yang saya mesti capai.
Jadi, saya harap anda akan lebih bermotivasi selepas membaca tulisan saya pada kali ini dan jangan lupa mendapatkan ebook Motivasi daripada saudara Noorizam Shah.
orang kampung saya rupanya,
hmm.. betapa pentingnya matlamat dan motivasi.. sebelom ni dah tahu pasal ebook tu, tapi tak tergerak hati nak baca… pasni, MESTI baca..
Bagi saya, motivasi diri adalah sesuatu yang amat sukar untuk dikekalkan (maintain). Kadang2 kita merasa amat bermotivasi…kita akan rasa sungguh bersemangat…kita akan berjaya maintain untuk 2 atau 3 hari…tapi tak semena-mena, entah apa yg tak kena tiba2 kita merasa tak bersemangat.
Moral of the story….self motivation is continuous process.
Reading Alang’s story dah cukup memberangsangkan untuk memotivasikan diri saya…for now at least.
TQ for sharing
pengalaman membezakan kita.
orang yang senang biasanya akan berada di zon selesa. Inilah yang menimbulkan perasaan senang dan kemewahan dihati hingga tidak mahu berbuat apa-apa.
Saya percaya sesiapa yang baca pasti akan termotivasi sama termasuk saya. Weldone!!
Saya masih mencari-cari dimanakah laman web malaysia yang mudah difahami utk belajar membuat laman web dan perkara perkara internet ni. Saya memang tak tahu langsung, selama ini saya berniaga tapi baru baru ini saya mengalami kerugian yg teruk hingga menyebabkan perniagaan saya terpaksa ditutup. Saya ingin memulakan sesuatu yang baru, manalah tau ada rezeki saya.
Dalam blog saudara alang ni nampaknya levelnya sudah terlalu tinggi. Saya cuba baca, kebanyakannya tak faham entah apa apa.Perkataan ‘blog’ itu sendiri pun entah dari mana datangnya.
Saya cuba mencari cari laman yang mudah difahami tetapi tidak terjumpa, atau belum berjumpa.
Kepada sesiapa yang tahu, sudi sudilah berikan maklumat yang bermutu kepada saya yang pincang ini.
Huh! pernah kena buang sekolah rupa2nya alang ni yea?
Samseng gak rupanya. tak sangka…
Kena buang sah sebab belasah budak ni .. al maklumla badan beso ..
hehe, mana ko tau Is? ntah2 ko budak yg aku ragging dulu kot…
hmmm….macamana nak contact saudara Selamat ni? Kesian lak saya dengar Selamat mengalami kerugian masa berniaga…. rugi berniaga di internet ke? Atau rugi masa buka bisnes off-line (bukan internet)?
Alang ni baru 31, setahun je you tua dari saya… heheh …tua lak rasa bila bebudak lain ni semua below 25…
rasa cam warga tua pulak kita ni, nak buat macam mana, masa zaman kita muda dulu, takde benda2 camni. Nasib baik kiranya kita ni belum dikira terlambat.
@Selamat - saya rasa, langkah pertama mungkin saudara boleh cuba beli buku Raja Adsense dan cuba buat blog melalui blogger.
Heheh, Alang “Abang Otai” gak lah rupanya ye..
Rasanya, semua insan yang berjaya mesti ada kisah “turning point” dalam kehidupan yang mengubah segalanya.
To selamat:
Leh cuba forum http://www.wangcyber.com kot . Kalau tak tahu, just tanya sebab semua org kat situh baik2 belaka. Semua mahu menolong.
Kepada encik selamat.. banyak asas yang anda boleh jadikan rujukan. layari http://irfankhairi.com/blog atau http://www.wangcyber.com
To Alang: Terima kasih kerana sudi membaca karya pertama saya tu. Jalan cerita kita hampir sama la Alang.. Cuma bezanya lokasi dan situasi je lain.. hehehe
p.s: “Yang pernah gagal tidak bererti anda akan terus gagal.. dan yang tidak pernah gagal jangan beranggan bahawa kita tidak akan gagal”
hehehe banyaknya perkataan “gagal” .. pikirkan…
Saudara Selamat.
Saudara banyak lah merujuk kepada asas-asas internet dahulu dan cuba ikuti apa yang saudara alang dan robotys cakap dan layari laman web wangcyber.com untuk dapatkan ilmu atau web Dr Irfan Khairi di http://www.rahsiainternet.com.
Saya pun masih merangkak dan masih belajar, melalui laman web alang , smartusaha , wangcyber dan lain-lain lagi kita dapatkan ilmu ini.Bila lagi kita nak mengangkat martabat orang melayu kita ke arena antarabangsa.Masih belum terlewat.
P/s: Saudara Alang sendiri pun namanya dah macam pahlawan. ( Pahlawan Alang )
huhu… itulah Alang… sometimes saya pun rasa macam wargatua je dikalangan bebudak muda ni. Zaman kita zaman 80’s, 90’s… zaman Fenomena dan Isabella, zaman si Mamat Exist masih sekolah rendah lagi dan Ruhil tengah top… saya kekadang nostalgia gak zaman-zaman tu…
Hmm, betul2 terbakar baca cerita alang. Kalau alang boleh buat, kenapa tidak kita? Inspirasi betul
bro alang ni cis orang kedah rupanya..awat tak habaq kira satu kapal la kita…he..he..lifestory mengimbau masa silam orang kata layan blues ler..tapi kalau kita tak mengimbau dan tak insaf maka x ada le kemajuan..dok kat takuk lama la jawabnya…insaf dan mahu perubahan baru ada kemajuan..
huhu… itulah Alang… sometimes saya pun rasa macam wargatua je dikalangan bebudak muda ni. Zaman kita zaman 80’s, 90’s… zaman Fenomena dan Isabella, zaman si Mamat Exist masih sekolah rendah lagi dan Ruhil tengah top… saya kekadang nostalgia gak zaman-zaman tu…
==> galadriel tu zaman saya juga tu battle of the bands tengah rancak la..zaman seluar fits…rock kapak…
Wah sedih jugak cerita alang ni…saya plak ada cerita nak dikongsikan bersama. Cam ni ceritanya :
Saya ni dulu bodoh 2 matapelajaran…english & matematik. Kisah ni membuatkan saya memotivasikan diri. Kisah pertama pasal matapelajaran matematik. Masa tingkatan 3, cikgu matematik (orang Arqam) memang garang giler. Akibat dari lambat masuk kelas (sebab sebelum tu ada pendidikan jasmani), dia naik berang…dengan janggut yang panjang dan jubah hijau serta serbannya, memang kami takut. Dia kata pada semua…sesiapa tak dapat jawab naik atas kerusi sepanjang kelas…soalan dia - “Berapakah luas bulatan?”. Semua naik atas kerusi. Sampaikan giliran saya. Saya jawab “360 darjah cikgu”. Serta merta dia kata “Inalilahi wainalilahi rojiun…berdiri atas meja!” Semua orang ketawa, riuh satu kelas…bukan atas kerusi tapi atas meja…sampai lah pada kawan saya dengan jawabanya “22 pai kuasa 2″ yang menyelamatkan semua pelajar - semua duduk semula melainkan saya yang disuruh terus berdiri atas meja sampai habis kelas. Kata cikgu tu - dah lah matematik selalu fail, bagi jawapan bodoh pulak…emmm…tapi tahu tak? Dari kejadian tersebut saya motivasikan diri dan hasilnya SPM saya dapat 3 masa tu, sedangkan exam selalu dapat 9 aje…dan paling best, saya masuk kelas sains dan dari matematik tambahan, saya dapat tahu yang cikgu tersebut juga salah sebab keluasa bulatan juga boleh diukur melalui 360 darjah! Apa-apa pun saya berterimakasih pada beliau dan saya teringin jumpa beliau, di mana dia sekarang? Cikgu Dzulkarim, yang mengajar di sekolah menengah Bongawan, Sabah pada tahun 1987-88 di manakah cikgu sekarang?
Cerita kedua - pasal english. Memang saya lemah, SPM & SRP dapat 7 saja. Orang kata dapat cangkul. Tapi saya motivasikan diri dengan memaksa diri membaca akhbar english. Hasilnya? Pada tahun 1995, saya melanjutkan pelajaran ke UK dan mendapat segulung ijazah!
Cerita ketiga - yang lebih trajis lagi bila saya tak dapat melanjutkan pelajaran setelah BM saya dapat 7, cangkul lagi (Result sepatutnya dapat pangkat 1, tapi BM tak credit, turun jadi 2)…sedih bila bapa rakan baik ketawa berdekah-dekah dengan mengejek saya dapat cangkul dan juga sebab anak dia dapat masuk tingkatan 6. Katanya dia nak hantar anaknya pegi US. Takpe…saya ambik exam sekali lagi, calon persendirian, ambik aliran sains…hasilnya, aggregate saya naik, dapat pangkat 1 dan saya masuk UiTM sebelum further ke UK!
Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih kerna sudi berkongsi pengalaman hidup,bro.
saya hrp crita ni dpt membakar semangat saya.
saya ingin belajar tentang cara2 membina laman web,saya amat meminati bidang IT..dan saya harap minat saya ini dapat memberi pendapatan pada saya kelak. Bro, web apa yg bole ajar saya cara2 membina laman web secara percuma?