3 lagi laman web di bawah SZAB Network

Saya baru sahaja menyiapkan 3 lagi laman web menjadikan kesemuanya 13, kurang 2 dari sasaran saya iaitu 15 laman web menjelang hujung tahun. Oleh itu, dalam minggu-minggu yang berikutnya, saya akan melakukan brainstorming dan juga niche research untuk 2 lagi laman web akan datang. Kadang-kadang, idea untuk membuat laman web ini, datang secara tak langsung, tetapi masih memerlukan perancangan rapi untuk merealisasikannya. Berikut, adalah laman web terbaru saya

Directory Inspiration
Sebuah laman web yang mengumpulkan web direktori yang rekabentuk yang menarik dan original. Pelawat boleh memberikan rating dan komen untuk setiap direktori yang tersenarai disitu. Idea ini datang daripada blinklist saya sendiri dimana saya mempunyai senarai yang panjang direktori dan laman web yang mempunyai rekabentuk yang menarik untuk rujukan saya sendiri.

Web2.0 Logo Showcase
Saya memang mengikuti perkembangan Web2.0 dan begitu kagum dengan rekabentuk dan teknologi yang digunakan di kesemua laman web era baru ini. Kebanyakan mereka mempunyai rekabentuk tersendiri yang boleh kita kenal. Oleh itu, disini, saya mengumpulkan kesemua logo-logo dari laman Web2.0 kerana logo-logo ini mempunyai rekabentuk dan menggunakan warna-warna yang menarik dan segar

PDAs Review
Satu lagi blog berasaskan produk pengguna, dan seperti biasa, blog ini dijalankan oleh individu lain diatas konsep profit sharing. PDAs Review dikemaskini oleh saudara Che Jaafar Che Man atau lebih dikenali sebagai CJCM.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


21 Responses to “3 lagi laman web di bawah SZAB Network”

  1. kenapa alang buat http://www.logotwo.com dgn http://www.dirten.com same template die? buat la lain skit..neway syabas kepada alang kerana berjaya buat lagi 3 website..good lak!

  2. Affendi says:

    tahniah alang, menarik gak idea web logo 2.0 tu, rasanya alang dah pernah masuk kot, ada satu web ni dia pun ada letak logo-logo web 2.0 ni, termasuk dgn list web web 2.0 juga..
    http://www.buzzshout.com/logos.php

  3. alang says:

    @uniten - saya gunakan template yg sama sbb kedua2nya mempunyai konsep yg sama

    @Affendi - yer, web tersebut web2list.com dan web2logo.com memang menjadi sumber rujukan saya, termasuklah beberapa web lagi. Saya bukan lah bertujuan utk bersaing dgn mana2 web sedia ada kerana saya membuat dgn cara saya sendiri

  4. sham says:

    Alang dah ada 13 site..saya akan teruskan dengan 7 laman web dulu..payah nak update kalo banyak sangat..Anywany..tahniah alang,anda melangkah setapak lagi ke depan..

  5. Galadriel says:

    Tahniah Alang for having 13 websites! Alang mesti sibuk betul nak kemaskini semua tu…dengan forumnya lagi, contest dan blog pula, penulisan review… huhu, tak lama lagi Alang kena hire secretary / assistant nampaknya…

  6. cikgubiz says:

    tahniah alang… banyaknye website.

  7. cikli says:

    alang, tak salah rosli, alang guna webpress utk blog ni, saya berminat ler nak dapat kan themes ni, sebab ada 3 colums macam blog si chris pirillo http://chris.pirillo.com/. Kalau boleh rosli nak tahu macam mana utk setup themes ni, terima kasih…

  8. alang says:

    @cikli - ye saya memang guna wordpress tapi harap maaf la, saya tak bagi/jual kerana saya dah spent more than RM1000 utk bayar designer create theme tersebut. Kalau awak berminat, nak dptkan design2 wordpress yg menarik dari designer yg sama, harganya paling kurang RM500.

  9. Iskandar says:

    Cikli, kalau nak 3 column wordpress theme pi kat si Liew punya site:

    http://www.liewcf.com/blog/archives/category/wordpress/wordpress-themes/

    Congrats kat hang alang atas expansion, jgn lupa byr zakat hehe ..

  10. Alang’s da great! Congrat! :D

  11. suhaimy says:

    bestnya banyak website yg generate income

  12. sham says:

    memang senang guna wordpress sebab CMS pada asalnya..lagipun senang nak uruskan..wordpress dibina dengan SEO Friendly..jadi kita tak perlu risau sangat pasal SEO site..Yang perlu buat just selalu update fresh content..

  13. Mr B says:

    ;) … Alang, tulislah ebook cara2 guna Wordpress, ;) plzz

  14. Mr B says:

    thanks my fren, oh ya saudara zamrin jutacash tu memang dok jual ebook aku dan clickbank lagi ke skang ? nape saya emel dia selepas 24 jam beli, tak respon apa2 pun ? ataupun dia dah tak jual ? hmmm

  15. sham says:

    Mr.B,dia cakap laptop dia hancur sebab anak dia letak keta main pastu tutup & duduk atas. Dia online kat CC je.

  16. Mr B says:

    lorr… gitu ker..anyway dah dapat ebook tu , wah wah tak sangka di Malaysia rupanya masih ramai problem solver , ebook tu amat penting dan berguna, isinya sangat praktikal dan mudah difahami, yg penting CLICKBANK DAH ON …tak sabar-sabar lagi nak launch viral campaign ..;)

  17. bunnyrich says:

    akum alang..saya nk tanya la..kat mane alang cari artikel untuk blog2 alang yang berbahasa inggeris macam televisyen review,laptop review….atau alang tulis sendiri?

  18. alang says:

    semua blog tersebut bukan ditulis oleh saya, sebaliknya ditulis oleh beberapa org yg bekerja sama dgn saya menggunakan konsep profit sharing

  19. Mahadzira says:

    Salam perkenalan sdra Alang yang di kasihi. Selamat Ramadhan Al-Mubarak mudah-mudahan rezki kita diberkati dan Allah melimpahkan kurnia dengan kemurahannya Ya Arhamar Rohimin. Ya Wadud Ya Ghaniyyil Anil Alamin. Terkaya semesta alam.

Leave a Reply