mmmzr.com, unik dan kreatif

Walaupun konsepnya berasaskan daripada laman web Alex Tew, tetapi ianya lebih menarik kerana pembeli turut mendapat manfaatnya dimana mereka akan mendapat pulangan sekali ganda daripada jumlah harga yang mereka beli. Dan apa yang menarik lagi, tidak ada limit untuk berapakah button yang akan dijual dan saya tidak terperanjat jika dalam sedikit masa lagi, harganya akan mencecah enam angka (pada masa post ini ditulis, harga tertinggi ialah $8192.00)

Pengajaran yang boleh didapati daripada website ini ialah kita hendaklah berfikiran kreatif (think outside the box) dan berani mencuba. Walaupun sudah terdapat banyak laman web yang cuba meniru konsep mmmzr.com ini, tetapi saya percaya seperti milliondollarhomepage.com, yang pertama akan mendapat sambutan yang lebih baik.

Jadikan ini sebagai satu motivasi untuk diri anda (termasuk diri saya sendiri) untuk mencuba sesuatu yang lain dan meletakkan nama Malaysia di antara sejarah internet.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


9 Responses to “mmmzr.com, unik dan kreatif”

  1. anonymouse says:

    yang ni http://www.buynothing.com/nothing.htm
    malaysian punya. dulu dia buat macam konsep milliondollarhomepage tu, tapi sekarang dh tukar pulak. Apa pendapat Alang?

  2. Azahari says:

    Satu lagi teknik pengiklanan berkesan.Webmaster tersebut gunakan inovasi untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain.Kreatif ni tiada batasan..kekadang tu tengah sibuk pun boleh dapat idea walaupun apa yang sedang kita lakukan tidak berkaitan pun dengan apa yang kita fikirkan.

  3. GigiBiru says:

    Saya sungguh teruja dengan website-website macam ni dan selalu tercari-cari kat mana saya boleh cari website-website sebegini yang boleh dijadikan inspirasi

  4. automate says:

    website sebegini nampak sangat menguntungkan pemiliknya. Seseorang pelanggan melabur dengan harapan ada yang akan melabur dan kemudian mendapat ganjaran pulangan. Makin lama makin tinggi nilainya . Wow risko juga bagi peserta yg terkemudian .
    Satu lagi penggunaan domain (mmmzr.com) yg pelik mampukah menarik trafik. Apa jaminan yg website ini di kunjungi ramai pelawat? kalau kurang trafik mcmamana nak jual. Apa jaminan webmaster yg websitenya akan dikunjungi ramai pelawat untuk menguntungkan pelanggannya? Takkan pelanggan nak buat promosi percuma untuknya setelah bayar beribu-ribu.

  5. Sagech says:

    konsep website ini memanglah bagus.

    tetapi, kalau difikir dari segi yang lain, konsep website ini adalah seakan-akan skim yang memerlukan anda untuk mendapat “Referrals” untuk menyertai skim tersebut. Duit yang dilaburkan pula diputar-putar dalam kalangan ahli.

  6. alhafiz3d says:

    saudara Alang minat betul dengan site macamni ye.. :) Selamat Hari Raye

  7. cikgubiz says:

    Menarik jugak website tu ye.

  8. [...] Pertama kali melihat, saya menyangka ini adalah klon untuk laman web mmmzr.com yang pernah saya tulis mengenainya disini. Tetapi ternyata saya silap, kerana secara amnya, Blog’Em Up menyediakan beberapa ruang iklan yang terdiri daripada lima kolum dimana harga untuk pembeli pertama adalah $10 dan mereka mesti menulis blog tentang laman web Blog’Em Up. Untuk pembeli yang seterusnya, harga akan berkurang sebanyak $1 iaitu menjadi $9, tetapi mereka mesti menulis blog tentang laman web Blog’Em Up dan juga laman web yang membeli ruang iklan sebelum mereka. The top image area will have a starting value of USD10. This value will decrease by 1 dollar each time somebody buy the spot until it reach the value of USD1. After that the value will be back to USD10 and this cycle will continue to go on. [...]

Leave a Reply