Akhirnya, laman web ini berjaya disiapkan setelah beberapa lama saya memikirkan konsepnya, merancang bagaimana untuk melaksanakannya. Sepatutnya, ia akan dilancarkan pada 1 Disember tetapi oleh kerana Web Developer/Designer yang bekerja dengan saya kurang sihat, ianya tertangguh beberapa kali.
Secara dasarnya, Ventedoy ialah sebuah direktori di mana anda menentukan sendiri berapakah harga yang akan anda bayar untuk menyenaraikan laman web anda. Jika anda tidak kisah dimanakah laman web anda tersenarai, anda bolehlah membeli dengan harga serendah $1.00. Tetapi, jika anda mahukan laman web anda sentiasa berada di muka hadapan, anda haruslah memastikan harga yang anda beli adalah paling tinggi berbanding laman web lain. Anda boleh melihat harga untuk setiap laman web yang tersenarai dengan melihat pada badge merah disebelah description untuk setiap laman web.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsepnya, anda boleh membaca disini dan jika ingin mengetahui bagaimana untuk menyenaraikan laman web anda, baca disini
Nice one…. your ideas always amaze me… Alang you rock… I just signed up.
Me too.. Kudos Alang!!
Tahniah Alang berjaya up satu lagi konsep pengiklanan menarik.Alang upah Web Designer Malaysia ke atau luar negara?Berapa kos untuk satu web design tersebut?
What a nice idea!!
Sampai sekarang saya masih tertanya2, macamana alang marketkan servis2 directory nih.. boleh share tak? ^__^ , if its a business secret, its ok then T__T
Tahniah Alang…
dengan pantas saya membuat komen pasal laman web venteboy
leh check kat noorizamshah.com
@Robotys - saya dah tulis tentang cara2 nak promosi kat sini http://www.szab.net/blog/2006/08/10/tips-mempromosi-laman-web/
Alang, tahniah…
alang…
ini dah macam bid jer nampaknya. kira income alang dalam site ni will be infinity!
cayalah.
Really nice web..Bangganya aku sbg rakyat Malaysia..huhuh.:D
boleh saya tanya, di mana saya boleh dapat service web designer sebegitu baik?
refer to mypapit comment:
mungkin sedara nak rekemen dr alang. org yg bekeje dgn alang pasti org yg bagus hasil kejenya..saya pun tak tahu jugak. di mana nak cari service web desginer, programmer dan lain-lain (kl guna google, ramai tak kenal dah mungkin kurang sikit percaya dgn mereka, tetapi kalu dpt rekemen dr alang, kami lebih percaya..begitulah ceritanya).
terima kasih.
sori saya overlook komen tersebut. Utk laman web ventedoy.com, saya menggunakan designer dari greek iaitu feios.info dengan harga US$300.
Tapi skrg, saya sudah menggunakan designer lain, tunggu design blog-blog saya yg terbaru, kalau you suka, saya akan bagi contact designer tersebut. Tapi dia ni memang busy, sebulan booking baru dpt.
Saya juga akan sentuh tentang topik design web ni dalam tulisan saya akan datang.
thank you so much alang.