Mungkin agak terlambat, tetapi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini dan juga semua usahawan internet di Malaysia.
Sempena tahun baru ini, saya ingin menulis tentang bagaimana menjadikan angan-angan satu kenyataan. Bagi saya, angan-angan itu tidak salah selagi ianya membawa kebaikan kepada kita. Kenapa saya sebut angan-angan bukan impian? Lazimnya, angan-angan selalu dikaitkan dengan sesuatu perkara yang mustahil kita perolehi sementara impian pula lebih realistik.
Daripada angan-angan kita akan memperolehi idea dan seterusnya akan cuba untuk melaksanakannya. Disinilah ramai yang gagal, sama ada kerana mereka tidak yakin dengan idea mereka sendiri ataupun memang tak mahu mencuba. Banyak kali saya dengar, apabila terdapat sesuatu yang baru di internet (misalnya Million Dollar Homepage) ada orang akan berkata, yang sebenarnya mereka sudah terfikirkan perkara yang sama tetapi belum melakukannya.
Bagi saya, apabila anda mempunyai idea, terus catatkan idea anda tersebut. Dari pengalaman saya, idea datang tanpa mengira masa dan kadangkala mungkin keesokan harinya, kita dah pun terlupa tentang idea yang kita fikirkan semalam. Disinilah pentingnya catatan dan apabila kita mempunyai masa, kita akan menilai kembali idea kita dan cuba melakukan perancangan untuk melaksanakannya. Tidak semua idea dapat dilakukan kerana batasan-batasan tertentu, tetapi apabila anda mempunyai idea yang baik dan boleh dilakukan, anda tidah haruslah membuang masa.
Saya telahpun menerima kesannya kerana mengambil masa untuk melaksanakan idea saya iaitu laman web Ventedoy. Sebenarnya, idea ini saya telah fikirkan agak lama, iaitu selepas pelancaran laman web 50 Pages Website. Tetapi, oleh kerana saya mengutamakan projek yang lain, saya membiarkan dulu idea tersebut dan 2 minggu sebelum pelancaran Ventedoy, sebuah laman web lain yang mempunyai konsep yang serupa telahpun dilancarkan iaitu www.dollarlinking.com dan akibatnya, ramai orang mengatakan yang Ventedoy telah meniru konsep Dollar Linking. Saya tidah salahkan mereka kerana hanya saya yang tahu perkara yang sebenarnya.
Selain itu, apabila kita mempunyai idea yang baik, simpan dan rahsiakan idea tersebut. Jangan membincangkannya di forum dengan tujuan untuk meminta pendapat kerana tidak mustahil orang lain akan mencuri idea anda dan melaksanakannya terlebih dahulu.
Dan akhir sekali, apabila anda ingin melaksanakan idea anda, pastikan anda melakukan yang terbaik terhadapnya supaya tidak memberi peluang kepada orang lain untuk meniru konsep anda dan menjadikannya lebih baik. Kadang-kadang, tidak semua idea yang dilaksanakan itu mendapat hasil yang kita harapkan tetapi sekurang-kurangnya kita telah menjadikan sesuatu yang bermula dari impian (angan-angan) kepada satu kenyataan.
Ya, betul cakap alang tu. aku pon lambat jugak. Takpe, konsep tu masih ada ruang untuk dipertingkatkan.. sedang diusahakan oleh aku
again, aku agak lambat bertindak
Selamat Tahun Baru kepada alang jugak, semoga tahun baru ni kita perolehi banyak lagi idea-idea yang baik..
Selamat Tahun Baru.
Betul apa yang Alang katakan “rahsiakan idea”.Bukan bermakna kita kedekut ilmu,tapi kita ada perancangan kita tersendiri.
Cara mendapat idea ni memang pelik,saya sendiri mendapat idea bukan secara terus dengan melihat website tertentu tetapi kadang-kala dapat idea ketika sedang borak dengan kawan-kawan,masa nak mula start “enjin kereta,masa lampu isyarat tengah hijau dan lain-lain lagi.Idea yang saya dapat pada waktu tu juga rasanya lebih bernas dan unik daripada saya menumpukan sepenuh perhatian atau seharian untuk mencari idea baru.
“Memikirkan idea mungkin tidak sesukar melaksanakannya”
Yay! Happy New Year Alang!
Yup… idea is nothing without FAST IMPLEMENTATION …
lagi2 dalam dunia IM nih… tapi saya pernah terbaca satu artikel yg agak kontroversi (surprisingly sounded so true!) bertajuk “Your Idea is not Good enough to be a Secret (bcoz others got the same idea)” … lebih kurang la kot
alang, tq for tips. selamat thn baru. semoga alang akan terus berkongsi ilmu ebiz dgn kami semua.
patutlah org berjaya selalu membawa pen dan buku nota kecil, cthnya tun dr mahathir, apabila dpt idea, terus saja beliau mencatatkannya. maklumlah sifat manusia ni pelupa.