Berita baik buat pengguna accent card

Saya baru menerima email daripada saudara Khuzairil dari MK Deals Sdn Bhd iaitu reseller untuk Accent Card Visa. Dalam email tersebut, beliau menyatakan yang Accent Card Visa sedang dalam proses untuk menggantikan kad-kad lama. Berita baiknya ialah, akaun bank saya telah pun dibuka di Tomato Bank dan saya telah pun menerima butiran akaun yang baru. Saya rasa kebanyakan pemilik accent card yang dahulu telah pun dibuka akaun bank mereka dan sekarang pihak Accent Card Visa sedang menunggu kad visa yang dikeluarkan oleh Tomato Bank sampai ke tangan mereka sebelum diedarkan.

Saya akan menulis lebih lanjut tentang perkembangannya disini apabila saya mendapat maklumat baru daripada saudara Khuzairil. Dan saya juga akan menulis panduan bagaimana untuk mengaktifkan akaun bank dan juga kad visa apabila kad tersebut telah sampai ke tangan saya kelak.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


12 Responses to “Berita baik buat pengguna accent card”

  1. Bitol says:

    Alang thanks a lot! Saya tak terkejar nak update segala benda. Design C3 pun datang tak putus-putus.

    MalaysiaPal gak akan dirombak. So dengan bantuan Alang dapatlah meringinkan sedikit beban saya ni, lagi-lagi nak update e-book MalaysiaPal yang terbaru berdasarkan bank ni.

    Thanks!

  2. hapisol says:

    buat semua pelanggan ascent card, bersyukurlah.
    dan teruslah menyokong company ini.

  3. aman says:

    harge dia masih sama cam dulu lagi ke Alang?

  4. Mohd Sufian says:

    Merupakan satu berita baik untuk usahawan internet kat Malaysia nie… :D

  5. Galadriel says:

    alhamdulillah.

    Accent Card Visa ni dibawah Visa ke Alang?
    Kalau bawah Visa, mesti lebih stable.

  6. Azahari says:

    Saya ada accent card lama tapi tak aktifkan lagi..masa promosi hari tu sibuk beli. Ingatkan sempat la nak pakai lain kali. Tak sempat aktifkan, dah kena tukar kad baru pulak :) Takpe la, asalkan ada alternatif untuk keluarkan duit kat paypal pun dah ok daripada kena bukak akaun kat US atau Singapore lagi susah :)

  7. Affuan says:

    Apa beza kalau bawah Visa ke Master Card tu Kak Galadriel? Any explanation?

  8. alang says:

    @Galadriel - ya, bawah visa, sbb tu namanya accent card visa.

    Kad ini juga dikeluarkan oleh bank yang sebenar dimana kita mempunyai akaun bank yg sebenar di Tomato Bank, bukan lagi virtual bank seperti mana accent card yg lama

  9. Affuan says:

    Alang, saya keliru dengan button activate card. Ari tu lain. X sempat saya nak upload maklumat.

    The FREE UPGRADE offer ended 31 January 2007

    So, yang belum update maklumat, apa akan jadi?

  10. Syawarma says:

    macam mana kita nak apply kad Accent baru ? cara nak dapatkan kad ni…boleh bagi tau tak? Ada syarat-syarat tak?

  11. nizam says:

    Syawarma,
    anda boleh pergi ke malaysiapal.com
    download ebook itu,
    di sana ada cara caranya bagaimana nak apply.

  12. nizam says:

    alang, malaysia.accentcard.com adalah site utk apply accent card untuk rakyat Malaysia. tetapi ia tak boleh di akses lagi.

    Adakah site ini https://accentcardvisa.com/accentcardvisa-mk-deals-malaysia-buy.html boleh digunakan utk apply accent card ? ia masih diuruskan oleh MK Deals…
    tq

Leave a Reply