Ulasan: One Million Malaysian Webmaster Links Tag

Ulasan: One Million Malaysian Webmaster Links Tag

Walaupun saya memberitahu pemilik laman web ini yang saya akan membuat ulasan tentang laman web beliau beberapa hari lagi, tetapi atas beberapa faktor saya mengambil keputusan untuk menyegerakan ulasan saya.

Pertama sekali saya akan menyentuh tentang konsep laman web ini. One Million Malaysian Webmaster Links Tag merupakan sebuah laman web Words Cloud atau Links Tag di mana beliau akan menyenaraikan sebanyak sejuta perkataan di mana anda boleh membeli perkataan tersebut untuk dipautkan ke laman web anda. Laman web asal untuk konsep ini ialah http://500words.com/ di mana pemiliknya telah mendapat $50,000 hanya dalam masa satu minggu. Sejak itu, saya telah melihat beribu-ribu laman web yang menggunakan konsep ini dan hanya segelintir darinya sahaja yang berjaya walaupun masih tidak dapat mencapai kejayaan yang dicapai oleh laman web yang pertama.

Melihat kejayaan yang diperolehi laman web pertama, menjadi faktor yang begitu kuat pemilik laman web One Million Malaysian Webmaster Links Tag cuba untuk melakukannya dengan mensasarkan kepada pasaran Malaysia. Saya pernah melihat laman web pixels untuk pasaran Malaysia, tetapi ini adalah kali pertama saya melihat laman web Words Cloud / Links Tag (mungkin saya silap, jika sudah ada laman web seperti ini sebelum ini, sila maklumkan). Jadi, sebagai yang pertama di Malaysia, tidak mustahil untuk laman web ini, mengulangi kejayaan http://500words.com/. Oleh itu, saya akan cuba memberikan pendapat saya tentang kekuatan laman web ini yang membolehkan ia mencapai matlamatnya dan juga kelemahan yang menghalang. Saya juga akan cuba memberikan beberapa cadangan untuk mengatasi kelemahan yang saya nyatakan.

Kekuatan

1. Laman web ini mempunyai rekabentuk yang menarik dan ringkas. Saya begitu tertarik dengan grafik header yang saya rasa bertepatan dengan konsepnya.

2. Seperti yang saya nyatakan, sebagai yang pertama untuk pasaran Malaysia, laman web ini boleh berjaya jika dipromosikan dengan baik.

    Kelemahan dan cadangan untuk mengatasinya.

    1. Pemilik laman web ini berhasrat untuk menjual sejuta perkataan di dalam satu muka surat. Bagi saya, itu sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan, dan jika berjaya pun, ia tidak akan membawa sebarang faedah kepada pembeli kerana terlalu banyak outbound link dalam satu page akan menyebabkan search engine spider tidak melawat link tersebut, dan saya percaya pelawat juga tidak suka untuk “scroll” browser mereka untuk melihat keseluruhan perkataan yang terdapat di laman web tersebut.

    Cadangan : Bagi saya, jumlah ideal perkataan untuk dijual ialah 500, seperti mana laman web yang pertama buat. Saya percaya, beliau telah mengkaji terlebih dahulu sebelum meletakkan hanya 500 perkataan yang akan dijual. Lebih sedikit jumlah perkataan, lagi bagus tetapi saya percaya jika lebih dari 500 perkataan, ia tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pembeli. Pemilik boleh menyatakan yang pembeli boleh membuat cadangan untuk perkataan lain, jika perkataan sedia ada sudah dibeli, ataupun tidak berkaitan dengan laman web mereka.

    2. Buat masa sekarang, tiada satu perkataan pun yang dibeli jadi apa yang anda dapat lihat apabila melawat laman web ini ialah, header, syarat-syarat dan juga satu form untuk memilih perkataan. Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan laman web sebegini, mungkin akan menganggap laman web ini adalah merupakan satu search engine.

    Cadangan : Pemilik boleh menyenaraikan 50 perkataan dalam Bahasa Melayu untuk dipilih oleh pembeli sebagai permulaan. Buat research tentang keyword / perkataan yang dalam Bahasa Melayu yang paling banyak dicari di search engine dan senaraikan perkataan tersebut. Saya percaya, ramai pemilik laman web yang berebut-rebut untuk membeli kerana ia akan membantu mereka jika laman web mereka berkaitan dengan perkataan tersebut.

    3. Walaupun laman web ini adalah untuk pasaran Malaysia, tetapi saya melihat keseluruhan ayatnya adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jadi, apakah bezanya laman web ini dengan laman web antarabangsa yang lain?

    Cadangan: Bagi saya, jika anda ingin target pasaran Malaysia, buat laman web tersebut dalam Bahasa Melayu keseluruhannya dan anda boleh mendakwa yang laman web anda adalah laman web berkonsep Words Cloud / Links Tag yang pertama di dalam Bahasa Melayu. Selain itu, semua perkataan yang akan dijual kelak, hanyalah perkataan dalam Bahasa Melayu sahaja.

    4. Pemilik juga tidak menyatakan dengan jelas harga untuk membeli perkataan itu di dalam RM atau pun USD. Oleh kerana terdapat dua kaedah pembayaran iaitu Maybank dan Paypal, jadi apakah nilai yang sebenarnya yang perlu dibayar jika pembeli ingin membayar melalui Maybank dan berapa pula jika melalui paypal.

    Cadangan: Mungkin harganya akan dinyatakan di dalam email apabila pembeli membuat pesanan (saya tidak tahu kerana saya tidak membuat sebarang pesanan), tetapi bagi saya perkara tersebut harus dinyatakan awal-awal supaya pembeli tidak keliru

    5. Saya juga agak kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan ayat ini “Your word tag links will list until reach 1 million“. Adakah ianya bermaksud, sebaik sahaja jumlah perkataan mencapai satu juta, laman web ini akan ditutup sepenuhnya.

    Cadangan: Pemilik perlu lebih menjelaskan dengan lebih lanjut supaya pembeli tidak keliru. Lebih dinyatakan yang semua perkataan yang dibeli, akan disenaraikan selama-lamanya atau sekurang-kurangnya setahun. Untuk membuatkan pembeli yakin dengan anda, perbaharui domain anda untuk 4 tahun lagi iaitu untuk tempoh 5 tahun. (Seperti yang saya lakukan untuk 50pageswebsite.com

    6. Tiada maklumat lanjut tentang laman web ini. Seperti yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini, antara perkara wajib untuk setiap laman web ialah muka surat “About Us” dan juga Contact Us”.

    Cadangan: Untuk membuat pembeli lebih yakin dengan anda, kedua muka surat ini adalah perlu. “About Us” akan menceritakan serba sedikit tentang anda dan juga syarikat anda jadi ini membolehkan bakal pembeli kenal siapa anda sebenarnya dan menjadi lebih yakin. Sementara “Contact Us” pula akan membolehkan pelawat / bakal pembeli menghubungi anda untuk bertanyakan sesuatu yang mereka kurang pasti. Selain itu, ia juga membolehkan pembeli untuk membuat aduan jika terdapat sebarang masalah.

    Secara keseluruhannya, laman web One Million Malaysian Webmaster Links Tag boleh berjaya jika dipromosikan dengan baik dan pemilik seharusnya menyediakan bajet beberapa ratus ringgit untuk tujuan tersebut. Secara jujur, saya amat tidak menggalakkan laman web yang meniru seratus peratus konsep sesebuah laman web yang sedia ada kerana kebarangkalian untuk berjaya amat rendah. Jika anda ingin meniru sekalipun, pastikan apa yang anda buat itu sedikit berbeza ataupun lebih baik dari yang asal.

    Masih belum terlambat untuk pemilik laman web One Million Malaysian Webmaster Links Tag mempertimbangkan cadangan saya dan memperbaiki sedikit laman web ini. Lebih bagus, jika beliau berani menyahut cabaran dan melakukan sesuatu lebih dari apa yang saya cadangkan.

    Jika pembaca ada sebarang komen atau cadangan bagaimana untuk memperbaiki lagi laman web ini, sila nyatakan di ruangan komen supaya kita sama-sama dapat membantu rakan seperjuangan kita di dalam industri bisnes internet berjaya mencapai cita-citanya.

    
    bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
    tabs-top  banner ad
    

    3 Responses to “Ulasan: One Million Malaysian Webmaster Links Tag”

    1. mirul says:

      emm… saya dah tengok web: One Million Malaysian Webmaster Links Tag.. dan saya memang sangat setuju dengan ulasan dan komen yang Alang berikan - tepat, jujur dan ikhlas..

    2. Azahari says:

      Saya memang setuju dengan pandangan Alang.Terutama sekali tentang “about us” dan juga “contact us”. Pembeli mesti nak tahu lebih lanjut untuk apa website tersebut, dan jika berminat mungkin hendak hubungi terus webmaster website tu. Sekiranya taknak meletakkan email address, cuma letakkan form untuk pengguna menghubungi mereka.

      Dari segi bahasa juga memang memainkan peranan penting.Saya juga bersetuju webmaster tersebut menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia memandangkan target visitor dari Malaysia. Malah Bahasa Melayu juga digunakan di Indonesia, Brunei dan Singapura yang ramai juga pengguna internet di Asia

      sekadar pandangan :)

    3. satu ulasan yang baik dan terperinci … memang kalau sejuta perkataan memang saya pun kurang berminat nak skroll.

    Leave a Reply