Jika sebelum ini saya memberikan tips bagaimana untuk mempromosi laman web secara am, tetapi hari ini atas permintaan daripada beberapa pembaca, saya akan memberi tips khusus untuk mempromosi laman web direktori.
Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu laman web direktori, boleh membaca tulisan saya sebelum ini iaitu Pendapatan Lumayan Tanpa Iklan
Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips yang saya rasa berkesan untuk mempromosi direktori, ada di antara tips tersebut memang saya gunakan sendiri dan yang lainnya berdasarkan pemerhatian saya terhadap beberapa direktori yang berjaya.
1. Jika anda mempunyai direktori yang baru ataupun mengadakan sesuatu promosi, pastikan anda umumkannya di beberapa forum yang mempunyai kategori khusus untuknya iaitu Digital Points. Selain itu, anda juga patut mendaftar dan aktif di forum-forum yang khusus untuk pemilik direktori antaranya ialah http://www.directory-owners.com/
2. Pastikan direktori anda tersenarai di beberapa laman web khusus yang hanya menyenaraikan direktori sahaja. Antara yang selalu menjadi rujukan ialah http://info.vilesilencer.com/ dan juga http://www.directorycritic.com/
3. Bagi direktori baru, buat promosi dengan menawarkan harga rendah atau percuma bagi membuatkan orang kenal direktori anda.
4. Luangkan masa untuk menilai setiap laman web yang dikemukakan untuk penyenaraian di direktori anda dan ubahsuai kategori, title dan juga keterangan jika perlu. Ini untuk memastikan direktori anda benar-benar berkualiti.
5. Tujuan sebenar direktori ialah sebagai tempat rujukan bagi pelawat yang ingin mencari sesuatu jenis laman web. Jadi, tidak semestinya semua laman web yang tersenarai adalah yang dikemukakan oleh pemiliknya dan berbayar. Anda harus mencari laman web berkualiti dan senaraikannya sendiri. Apabila pesaing kepada laman web tersebut melihat, mereka pasti akan mengemukakan juga laman web mereka untuk disenaraikan di laman web anda dan sanggup membayar.
6. Pastikan anda menggunakan design yang khusus untuk direktori anda sahaja. Dapatkan designer yang berpengalaman untuk melakukannya. Ini untuk memastikan direktori anda unik dan mempunyai identiti sendiri. Jika anda ingin melihat direktori yang mempunyai design yang menarik sila lawat Directory Inspiration
7. Aviva Directory dengan kerjasama PHPLD menganjurkan PHPLD Directory of the Month. Jika anda menggunakan PHPLD script, pastikan anda menyertainya dan ia merupakan satu promosi yang percuma dan berkesan untuk direktori anda. Jika anda tidak dapat menyertai atau sudah memenanginya, anda boleh menjadi penaja kepada hadiah-hadiah yang diberikan.
8. Bayar designer untuk menghasilkan template direktori yang menarik, letakkan link ke direktori anda di bahagian footer dan berikannya secara percuma. Ini merupakan satu teknik viral marketing yang paling berkesan kerana jika template anda benar-benar menarik, beratus-ratus direktori menggunakannya dan anda mendapat backlink dengan mudah.
9. Sediakan tools untuk webmaster sepert pagerank checker, backlink checker dan sebagainya untuk memastikan pelawat yang berulang-ulang.
10. Direktori yang mempunyai blog akan mendapat pelawat yang berterusan dan akan selalu dilawati oleh search engine spider.
11. Jika direktori anda merupakan direktori berbayar sepenuhnya, jangan letakkan sebarang iklan terutamanya Google Adsense. Ini adalah kerana direktori yang berbayar sepatutnya eklusif kepada pemilik laman web yang membayar anda untuk menyenaraikan laman web mereka.
12. Jika anda ingin meletakkan banner ke direktori yang lain, pastikan anda tidak meletakkannya di bahagian atas direktori anda kerana besar kemungkinan pelawat akan klik pada banner tersebut tanpa melihat direktori anda terlebih dahulu. Sebaik-baiknya, jangan letak sebarang banner langsung.
Apa yang paling penting bila anda ingin memulakan direktori ialah, buat keputusan sama ada direktori tersebut berbayar atau percuma. Jika percuma, bagaimana anda akan memperoleh pendapatan daripadanya dan anda harus bersedia untuk menerima beratus-ratus submission sehari termasuk dari laman web yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk membuat direktori berbayar, letaklah harga yang sesuai dan pastikan harga yang dibayar itu setimpal dengan apa yang direktori anda boleh berikan kepada pemilik laman web.
Yang penting sekali, anda harus mempunyai modal sekurang-kurangnya US$2000 (berdasarkan pengalaman saya) untuk mempromosi direktori anda. Jika tidak, direktori anda tidak ubah seperti beratus-ratus direktori lain yang wujud setiap hari.
sejak directory saya dilistkan di directorycritic, saya telah mendapat banyak trafic dan submission. Cuma perlu pilih laman web yang berkualiti dan yang berkaitan untuk diapprovekan. thanks.
nice post alang. Saya pun terfikir jgk nak buat directories..
Projek saya yang terbaru nanti, InsyaAllah bakal ada direktori blog-blog di Malaysia sahaja..Direktori tu akan di’integrate’kan sekali dengan wordpress..Tapi listing secara percuma sahaja..
Agak-agak Alang, berapa harga yang sesuai untuk design theme/website direktori ni? Senang nanti saya dah tahu harga yang sesuai untuk dikenakan pada klien saya..
Terima kasih di atas info ini..
harga paling rendah yang saya bayar untuk design theme direktori ialah US$200.
Saya terjumpa portfolio Alang dalam web ni:
http://www.osdesigner.net/portfolio/
Alang upah diorang ke utk setup directory?
ye, saya memang menggunakan Shabu Anower dari OSDesigner. Beliau merupakan seorang designer / coder dari Bangladesh.
Thanks for the tips alang
Alang, boleh tak kita buat campuran percuma dan berbayar? berbayar dok dalam futured links.
ke tak relevant macam tu?
thanks in advance
lupa nak mention. selain tu web yang berbayar tu akan diletakkan dalam ebook/video versi muat turun bersama-sama dengan freebies. Relevenkah ia…
tak ada masalah kalau kita buat regular listing free dan featured listing berbayar. Tapi bersedialah utk menerima submission yg banyak utk regular listing termasuklah yg spam. Antara faktor org membuat paid directory adalah utk mengelakkan spammers kerana biasanya mereka tidak sanggup utk membayar jadi kita sudah kurang satu masalah disitu
kalau saya target buat 1 direktori blog Malaysia, berapa bayaran minumum yang alang cadangkan?
kalau target market malaysia rasanya susah sikit nak buat direktori berbayar ni sebab kebanyakan pemilik laman web / blog di malaysia kurang sedar akan kepentingan direktori. Ianya bergantung macam mana you nak promote direktori tu nanti.
ok alang. saya faham… agak susah untuk market Malaysia..
terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya alang..seronok berbincang dengan alang. Thanks sekali lagi!
[...] Saya telah memberikan tips mempromosi direktori sebelum ini dan sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan PPC seperti Google Adwords untuk [...]
Biasanya kalau direktori baru, PR = 0. Biasanya org nak letakkan iklan, tgk PR dulu. So, cmana nak settlekan masalah ni dan naikkan PR.
alamak kalau perlu modal usd2000 tak ke mana ler nampak….
[...] atau di submission page. Promosi Saya telah memberikan tips mempromosi direktori sebelum ini di http://www.szab.net/blog/2007/03/07/tips-mempromosi-direktori/ dan sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan PPC seperti Google Adwords untuk mempromosikan [...]