Apa ada pada nama

Saya menerima pertanyaan daripada pengunjung tetap Blog Webmaster Malaysia, saudara Azahari tentang tips pemilihan domain.

Sebelum mendaftar domain, biasanya saya sudah memikirkan dulu apakah laman web yang akan dibina di domain tersebut. Contoh-contoh domain ini adalah seperti osx-e.com, 50pageswebsite.com, mobilephone-review.com, mp3player-review.com, pclaptop-review.com, pdasreview.com, tvsreview.com, toptenbid.com dan juga logotwo.com. Kesemua domain ini, berkaitan dengan topik laman web yang saya bina dan membantu ranking yang tinggi di dalam search engine kerana ia mempunyai keyword berkaitan. Sebagai contoh, untuk keyword “mobile phone review” saya berada pada ranking no. 1 di Yahoo untuk tempoh yang lama sehingga sekarang. Dan, apabila pelawat memasuki laman web tersebut, mereka mengetahui yang laman itu berkaitan dengan mobile phone.

Walau bagaimanapun, ada juga laman web saya yang menggunakan domain yang tidak mempunyai maksud tertentu ataupun apa-apa keyword di dalamnya. Contohnya ialah szab.net, moorec.com, ventedoy.com dan juga dirten.com. Kes ini berlaku kerana saya mendaftarkan domain tersebut untuk tujuan lain; szab.net pada mulanya didaftarkan untuk laman web syarikat saya SZAB Network, tetapi kemudiannya, saya menggunakan szabnetwork.com kerana “.net” kelihatan tidak komersial dan susah diingati. Untuk domain moorec.com dan juga ventedoy.com, kedua-dua domain ini didaftarkan untuk staff saya di osx-e.com, tetapi apabila mereka tidak lagi bersama osx-e.com dan domain ini diserahkan kepada saya semula, saya menjadikannya sebagai laman web direktori kerana nama tersebut unik dan boleh menjadi jenama kepada direktori saya.

Satu kesilapan yang saya buat berkaitan dengan domain ini ialah menggunakan subpage www.szab.net/blog untuk blog ini. Ini adalah kerana pada mulanya www.szab.net merupakan laman web rasmi untuk syarikat saya jadi saya fikir boleh menggunakan www.szab.net/blog untuk menulis tentang pengalaman saya. Tetapi apabila saya menjadikan www.szab.net sebagai web direktori, blog ini kelihatan tidak kena pada tempatnya kerana direktori saya mensasarkan pasaran antarabangsa, sedangkan blog ini di dalam Bahasa Melayu dan hanya menyentuh sedikit topik tentang direktori. Walaupun saya sudah mendaftarkan domain lain untuk blog ini, tetapi oleh kerana sudah terlalu banyak blog dan laman web lain yang memberi rujukan disini, saya terpaksa membatalkan niat untuk memindahkannya.

Satu pengajaran yang saya dapat disini ialah lebih baik membina laman web / blog di atas domainnya sendiri kecuali jika ia benar-benar berkaitan dengan domain tersebut.

Saudara Azahari juga ada bertanya kepada saya tentang pembelian domain yang telah didaftarkan. Saya tidak berpengalaman di dalam pembelian domain yang sedia ada ini, tetapi saya berpendapat jika domain tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi, contohnya best.com, anda harus membelinya. Ada sesetengah yang membeli domain lama kerana sudah mempunyai PR. Bagi saya ini bukanlah tindakan yang bijak kerana PR pada domain lain, akan hilang pada google update yang seterusnya kerana ia sudah tidak mempunyai kandungan dan backlinknya juga sudah tidak berkaitan.

Jadi, secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips yang boleh saya simpulkan berkenaan dengan pembelian domain ini

1. Sentiasa membeli domain “.com” kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai. Jangan mendaftar domain “.net”, “.org” atau lain TLD untuk domain yang sudah menjadi jenama seperti “google” kerana anda akan kehilangan apabila dituntut oleh orang yang menjenamakannya.

2. Daftar domain yang mempunyai maksud yang berkaitan dengan isi kandungan laman web anda ataupun daftar domain yang tidak mempunyai maksud apa-apa.

3. Jika anda mempunyai idea untuk memulakan sesuatu laman web dan menemui domain yang benar-benar sesuai untuknya, terus daftar domain tersebut.

Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja, jadi saya amat menghargai jika anda semua sudi berkongsi tips-tips berkenaan dengan domain ini.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


15 Responses to “Apa ada pada nama”

  1. bismut says:

    Apa ada pada domain..Yang penting content, branding dan kegunaan laman itu..Yahoo = Search portal? jauh bunyi dia tuh..

  2. mirul says:

    Assalamualaikum Alang,

    Saya mendapati terdapat IM yang membeli domain dengan sambungan .net, .org dsb untuk menjaga jenama dan reputasi domain .com mereka.. contohnya, mereka mempunyai domain 123.com, kemudian membeli juga domain 123.net, 123.org, 123.info dsb… bagaimana pula pendapat Alang dalam perkara ini.. :)

  3. alang says:

    @bismut - seperti yg saya katakan di atas, walaupun nama tersebut tidak mempunyai sebarang maksud, tetapi ia boleh menjadi jenama. Tetapi, janganlah domain tersebut mempunyai maksud seperti flowerblog.com tetapi buat website pasal komputer, tentulah tak kena.

    @mirul - jika domain tersebut betul2 mempunyai reputasi yg tinggi, lebih baik beli. Dlm contoh ini, saya membeli ketiga-tiga domain osx-e, iaitu osx-e.com, osx-e.net dan osx-e.org kerana domain ini mempunyai brandnya sendiri dan utk mengelak org lain mengambil kesempatan ke atas nama tersebut.

  4. MSO says:

    1. Seperti yang alang kata, domain .com sebenarnya sydah sinonim dengan dunia internet. Saya berikan contoh di sini, jika anda menjual belacan, dapatkan nama belacan.com sebab orang akan taipkan .com dulu sebleum .net. Trick ini ada saya nyatakan dalam ebuku DUIT saya. Malah jika anda lihat, .com sudah sinonim dengan bisnes, saya ambil contoh di Teluk Intan misalnya, ada gerai nasi lemak yang bernama Nasi Lemak Dot Com. Ada juga burger nama Burger Dot Com. Mengapa tidak .net?

    2. Sebaiknya, dapatkan nama yang berkaitan dengan produk kerana sifat enjin carian yang mengambil kira nama domain sekali. Kalau domain tak berkaitan, zaman ini sebenarnya tidak relevant lagi. Google, yahoo, amazon dsbnya popular kerana pada zaman tersebut, jika anda taipkan keyword berkaitan hanya menyenaraikan beratus domain sahaja, tetapi tidak sekarang.

    3. Menggunakan nama .net ada kelebihannya. Malah boleh mencuri pengunjung.

    Trick-trick di atas banyak saya huraikan dalam ebuku DUIT. Cuma nasihat saya, buat research terlebih dahulu sebelum menempah nama domain anda.

  5. Azahari says:

    Akhirnya terjawab persoalan saya :)
    Terima kasih saudara Alang kerana sudi berkongsi pengalaman tentang memilih nama domain.Saya akan jadikan ianya panduan untuk membeli nama domain yang akan datang.

  6. bismut says:

    @MSO: Soalan yang boleh difikir-fikirkan
    1) Sampai bila nak jadi pencuri?
    2) Sampai bila nak jadi copycat?

    Dkt jalan nak ke rumah saya ni dulu ada 2 -3 buah kedai makan je..Ada satu masa, satu kilometer tuh ada dkt 20 kedai makan..Sekarang, hanya tinggal 2-3 je balik..Kedai yang tinggal tu hanya yang sedap dan service yang bagus saja.
    Jadi, uniqueness dan good content akan bertahan, bukan copycat atau pencuri..Ia masih lagi relevant.

  7. MSO says:

    Bismut,
    Anda salah faham sebenarnya. Bukannya mencuri dalam istilah melakukan kesalahan atau melakukan copycat. Ianya sebenarnya persaingan sihat. Anda seharusnya memiliki ‘business mided’. Ianya saya terangkannya dalam ebuku DUIT saya. Saya bagi contoh seperti ini - lihat kat workshop atau bengkel kereta contohnya - ada dua bengkel kereta berada di tempat yang sama, satu namanya Bengkel Servis Kereta Ali dan satu lagi Bengkel Servis Pakar Kereta Ah Chong. Saya umpamakan Bengkel Servis Kereta tersebut adalah nama perniagaan dan nama Ali dan Ah Chong adalah .net dan .com. Jadi, katalah Ah Chong yang pertama buka workshop. Dia ada ramai pelanggan. Tiba-tiba saja Ali buka bengkel sebelah dan dengan harga dan kualiti kerja yang baik, pelanggan Ah Chong yang bosan menunggu pergi ke workshop Ali dan akhirnya ada yang berpindah ke workshop Ali. Inilah maksud saya dengan ‘mencuri pengunjung’. Cantu juga dengan restoran mamak, misalnya, di mana ada restoran mamak yang terkenal, disitu jugalah ada restoran mamak baru yang cuba meraih pengunjung restoran mamak terkenal. Ini berlaku di semua tempat dan industri…bank, restoran, kedai kain dan sebagainya. Mana ada bank besar, di situlah adanya bank kecik, di mana ada kedai kain di situlah adanya kedai kain lain….anda nampak apa saya maksudkan? Ini sebenarnya adalah persaingan sihat.

  8. edy_sifuku says:

    ya, saya setuju ngan MSO..itu bukan mencuri, tapi persaingan yang sihat..penting juga adanya persaingan kerana kualiti pasti diutamakan setiap masa..bagi mereka yang real biz minded, pasti tak kisah..bahkan mereka akan pelbagaikan strategi untuk mengekalkan kepopularan mereka..taklah statik sahaja..

  9. Rizal says:

    Betul Alang.. Domain adalah simbol kepada web kita.. Orang akan tahu apa jenis web kita jadi kena pikirkan domain yg sesuai dengan web yang dirancang.

  10. Mohd Sufian says:

    Dah lama alang menghilang. Sibuk ke?

    Tips yang bagus nie. Memang dot Com tu lebih popular. dot Com itu sendiri mempunyai branding yang tersendiri.

  11. Azahari says:

    Alang selalu beli domain sekali dengan hosting ke atau Alang beli secara berasingan?Sebab setahu saya Alang ada juga beli domain dengan GoDaddy tapi hosting di tempat lain betul ke?

  12. alang says:

    @sufian - memang sibuk sesangat.

    @azahari - utk hosting, saya dah ada server sendiri. So, semua website saya host kat situ. Jadi, saya guna godaddy utk manage domain sahaja. Rasanya ada lebih 30 domain kat situ.

  13. [...] Kenapa nama? Baru je saya baca artikel dari blog saudara Alang  tentang nama. Tapi di Blog Alang menceritakan bagaimana memilih nama domain. Terima kasih sekali [...]

  14. wizvax says:

    30 + domain..bnyk tu

  15. Blog Takaful says:

    Keutamaan semestinya pada .com, tapi kalau telah didaftarkan, .net atau .biz pun masih “ada harga” contohnya domain takaful.biz. Domain lain yang menjadi milik saya ialah jomkaya.com , undi.net dan adnan.biz

Leave a Reply