Bidding Directory merupakan satu kegilaan baru di kalangan pemilik-pemilik laman web khususnya laman web direktori. Sebenarnya, konsep Bidding Directory ini telah saya mulakan pada bulan December 2006 melalui laman web saya www.ventedoy.com. Tetapi kemudiannya ia menjadi semakin popular apabila salah seorang “otai” web directory iaitu Chris Hoffman, turut melancarkan Bidding Directory milik beliau iaitu www.bigweblinks.com dan kemudiannya, script untuk direktori seperti ini Php Link Bid di keluarkan. Walaupun script ini tidak mempunyai fungsi yang lengkap seperti www.ventedoy.com dan www.bigweblinks.com tetapi ia sudah cukup menarik minat ramai orang untuk membina direktori seperti ini.
Oleh itu, disini saya memberikan template untuk script Php Link Bid secara percuma dengan syarat anda mesti tidak memadam footer link yang terdapat di template berkenaan. Jika anda ingin memadam footer link tersebut, bayarannya ialah $150. Template ini dikeluarkan oleh Top Ten Bid dan ditaja oleh Web Directory List
Anda boleh melihat template tersebut di secara live www.toptenbid.com ataupun melalui screenshot di bawah
Dapatkan template percuma tersebut disini
dulu PHP link directory..skang PHP link bid lak..hehe
anyway..thank for sharing alang
Menarik..nanti-nanti boleh pakai script ni. Tq alang.
Thansk for sharing bro Alang
Wan - Perniagaan Internet
TQVM for sharing..
Dpt sedikit idea utk mula web directory..
wah…lawa tul.. thanks alang..
Saya baru check web szabnetwork. Alang nak buat web tu directory jugak ke? nampaknya makin banyak directory alang pakai wp ni. Dirten pun macam nak tukar ‘kulit’ je? hehe
szabnetwork.com tu merupakan laman web portfolio company saya. Utk dirten.com, saya nak convert ke normal blog dan tunggu theme baru siap.