Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun

Hari ini Blog Webmaster Malaysia genap berusia satu tahun. Dalam tempoh satu tahun ini, saya telah menulis 175 artikel dan menerima 1,715 maklum balas daripada pembaca.

Dalam tempoh ini juga, banyak yang saya telah pelajari mengenai perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Saya akan senaraikan di bawah pandangan saya mengenai perniagaan internet di Malaysia

1. Menulis dan menjual ebook merupakan antara perniagaan internet di Malaysia. Boleh dikatakan setiap seorang daripada 3 orang usahawan internet di Malaysia mempunyai ebook yang ditulis sendiri.

2. Tidak ramai yang berjaya mendapat pendapatan yang lumayan daripada adsense. Ini mungkin kerana laman web / blog yang dihasilkan berbahasa Melayu dan mempunyai pengunjung dari Malaysia sahaja.

3. Terlalu mengharapkan tunjuk ajar dan pertolongan untuk melakukan sesuatu. Boleh juga dikatakan kurang inisiatif sendiri.

4. Kurang berminat dengan aspek-aspek teknikal perniagaan internet / pembangunan laman web. Lebih berminat kepada bagaimana memperolehi pendapatan yang lumayan.

5. Topik yang paling popular ialah bagaimana untuk menjana pendapatan di internet. Hampir kebanyakan blog berbahasa Melayu berkaitan dengan ini dan hampir kesemua ebook juga berkaitan dengan perkara ini. Sukar mencari ebook di dalam bahasa Melayu mengenai SEO misalnya.

Apa yang saya senaraikan di atas merupakan pemerhatian saya secara keseluruhan dan tidak melibatkan sesiapa. Tidak semua yang saya senaraikan tersebut berunsur negatif. Setiap seorang mempunyai pendapat sendiri dan saya mengajak anda berbincang secara profesional tentang apa yang saya senaraikan di atas. Anda berhak untuk bersetuju dan tidak bersetuju dan kalau boleh, berikan pandangan anda sendiri


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


30 Responses to “Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun”

  1. Maizul says:

    Tahniah Alang untuk ulang tahun yg pertama.

  2. Sain says:

    Tahniah untuk anda…. Saya pun mula da sedikit demi sedikit dalam bisnes internet…Tahniah

  3. weirdoux says:

    dah memang betul apa yang alang kata tuh…. kebanyakannya semua mempunyai blog yang cliche… citer yang sama…stereotype…

  4. zool says:

    Betul tu alang.. kebanyakan blog banyak yang berkaitan pasal jana pendapatan..
    tapi mungkin sebab ramai org yang suka baca blog tentang tu…

  5. Tahniah buat Sdr Alang.

    Apa yang Sdr Alang komen didalam blog ini amatlah bertepatan. Sepatutnya ianya menjadikan satu inspirasi kepada semua untuk menjanakan idea baru dan berlainan dari kebiasaannya.

  6. Bat says:

    Dan hampir kesemuanya menggunakan WordPress sebagai cms..

  7. weirdoux says:

    tapi, perlu diingat, seperti kata alang, alang -alang membuat blog, biarlah kita luaskan skop kita…maknanya njanganlah seronok sangat buat blog dalam bahasa melayu…cuba kembangkan dalam bahasa inggeris.

    saya dulu pun bongok dalam bahasa inggeris, tapi kalau dah kamus tu sentiasa kat sebelah speaker nie, lama -lama kita memang boleh buat blog dalam bahasa inggeris. jadi, kalau kita ada dua dua bahasa untuk semua blog kita, lagilah bagus….

    kesimpulannya, market dalam bahasa inggeris lebih besar dari bahasa belayu. tapi jangan abaikan bahasa ibunda yea…!

  8. dott-com says:

    A’kum-selalunya saya membaca sj blog szab tp kali ni nak comment plak…sebenarnya saya setuju dgn point number 5. Topik yang paling popular ialah bagaimana untuk menjana pendapatan di internet yg dikatakan oleh alang.

    Kebanyakan laman blog malaysia memperkatakan ttg hal buat duit di internet walhal baru berusia 1bln atau kurang dr itu. Logiknya bila blog yg berusia sebegitu membuat duit. Kebanyakannya baru dibina dan becakap pasal buat duit, kekadang ini memalukan. Pada pendapat saya unt membina blog yg berasaskan ‘make money online’ perlu disertakan dgn bukti sepertimana yg dilakukan johnchow dll yg berjaya.

    Kepada blog malaysia yg sememangnya berjaya jana pendapatan dr Internet - saya ucapkan tahniah.

  9. Farizal says:

    Sekarang ini terlalu ramai ingin mencari duit daripada internet. Disebabkan terlalu ramai lah timbulnya pelbagai cara dan cerita sampai masuk dalam suratkhabar.

    Ada juga yang berjaya dan ada yang tidak. Ada yang tidak berjaya teruskan perjuangan hingga berjaya dan ada yang berhenti serta-merta kerana kecewa.

    Saya bermula sebagai hobi pada tahun 1999 dan secara langsung mengasah bakat saya dalam bidang yg diceburi sekarang ini. Alhamdulillah, hasil hobi menjadi kerjaya sepenuh masa di advertising agency dengan pendapatan lumayan setiap bulan.

    Kesimpulannya, lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan dan kebolehan untuk dijadikan hobi. Lakukan hari-hari tanpa mengharapkan pendapatan lumayan. Biar ‘pendapatan lumayan’ itu datang sendiri dalam apa jua bentuk; samada pendapatan melalui internet atau pekerjaan tetap.

    Wah, blog tuan besar Alang dah setahun ke? saya ingatkan dah melebihi 2 tahun sbb saya jumpa web Alang tahun lepas bulan 9; hasil daripada search keyword “mengeluarkan wang daripada Paypal” kat Google… Tahniah untuk Alang!

  10. mijie says:

    tahniah untuk alang…dah stahun rupanya..
    sy baru jer nak bertapak…

    memang tak di nafikan…kebanyakkan kita lemah dalam bahasa inggeris…
    dan tak ramai yang mewujudkan blog dalam BI

  11. cikgu azleen says:

    Tahniah Alang.. Zul pun ada cakap psl terlalu banyak website cara buat duit online yang baru naik.. Memang kalau surf2 pun akan jumpa banyak website/ blog sebegini.. Sapa yang tak suka buat duit kan?

  12. Banyak tue memang banyak… cuma bezanya adakah maklumat yang disampaikan itu berkesan atau tidak.

    Kalau berkesan Alhamdulillah, kalau tidak….mmmmm…. tepuk dada tanya iman la…

  13. Azhar Alias says:

    Alang..sy sgt setuju point no.4! . Org kita x minat dgn aspek2 teknikal ni, mereka x sedar mereka blh menjimatkan wang mereka. Bg sy ilmu teknikal web wajib bg seorg webmaster (skdar tau basic2 pun ckplah).. tp kalau nak rushing/x tau sgt..baru fikir solutions lain - OUTSOURCES.

    Kalau kita ada minat dan kesguhhan..go for it!. blog alang ni sesuai bg mereka yg beginer dan jga yg dah establish..rasanya alang pun jujur kongsikan ilmu dia.ye x alang?..haha.

    Tahniah..blog dah genap setahun.

  14. Azahari says:

    Dah setahun blog ni…tak sangka masa cepat berlalu. Saya ni pun tak sampai setahun dalam perniagaan internet. Tapi tak lama lagi sampai la jugak setahun macam Alang. Pada saya Alang bukan setahun jagung… cuma Alang setahun menulis di blog ni saja. Kalau macam saya memang setahun jagung :)
    Saya tertarik dengan quote ni:-

    Terlalu mengharapkan tunjuk ajar dan pertolongan untuk melakukan sesuatu. Boleh juga dikatakan kurang inisiatif sendiri

    Memang betul apa yang dikatakan Alang tu. Saya rasa yang paling banyak mereka perlu tunjuk ajar adalah membina laman web itu sendiri. Tak salah mereka nak short-cut, tapi sekurang-kurangnya belajarlah perkara asas dahulu. Seperti contoh asas HTML itu sendiri. Kalau dah betul serius dalam perniagaan internet ni asas HTML itu sendiri perlu ada. Memang tak boleh nak mengharapkan 100% orang lain untuk membantu kita. Kalau sudah ada modal tu lainlah sebab mungkin boleh outsource saja.

    Pada saya kebanyakan kita juga suka benda yang percuma. Bila sesuatu ilmu tu perlu dibeli mereka akan tanya.. “takde yang percuma ke?” Tak semua benda yang kita boleh dapat secara percuma dan tak semua yang percuma itu elok. Kita patut faham kenapa ada yang percuma dan kenapa ada yang berbayar untuk satu produk yang sama. Sudah tentu ada sebabnya. Apa salahnya kita korbankan sedikit wang kita untuk membeli ebook untuk kita tambahkan ilmu.

  15. saiful says:

    saya setuju dengan pendapat Alang seperti di perkara no.2 dan no.3… he he he

  16. affuan says:

    salam,

    tahniah alang saya ucapkan. semoga terus menjadi inspirasi semua..

  17. zool says:

    kalau alang blog dia dah sampai setahun..
    blog2 saya tak sampai lagi setengah tahun..
    tapi masing2 punya nasib kan…
    semoga alang terus berjaya..
    saya akan sentiasa berada dalam antara rakan2 yang komen blog alang…

  18. izazumi says:

    Tahniah jugak,

    Dah lama ikut perkembangan alang & gobala. Cuma nak buat blog sendiri je tak buat-buat, sebab … tak tahula. Nie baru nak cuba.

    Mcmana pun tahniah buat alang.

  19. reezluv says:

    salam,

    tahniah alang dengan kejayaan bagi tahun yang pertama..diharapkan dapat menyumbang pelbagai tips dan maklumat penting lagi:)

    mmg ramai yang mempunyai blog, kebanyakannya lebih menjurus kepada how to make money..ebook pun sama je kalau tgk..memang betul kata alang, SEO ebook dari Malaysia rasanya tak pernah lagi saya tgk..

    yang betul2 unik bagi saya cam panduan F2R,Ebook Bloggingsteps(Zul)..itu je rasanya yang lain dari yang lain..kebanyakan adalah sama..

    hope my go on project akan sukses:)dan begitu juga dengan Alang..

    Salam kejayaaan
    http://www.reezluvdesign.com/blog

  20. zool says:

    Lama gak alang tak update post blog nie..
    Bz ker??

  21. [...] Usia blog sebagai motivasi kepada pemiliknya? [...]

  22. abdfatah says:

    adesh… pasal teknikal ni kena belajar dengan sebaik mungkin kalo nak ngajor orang lain. kalo bab nak ngajor buat duit memang dah banyak … berlambak2 dan berlumba2 untuk mendapatkannya…

  23. musnazdotnet says:

    Harapnye tidak terlambat untuk saya ucapkan kepada Alang, salah seorang netpreneur otai di malaysia. selamat meyambut ulang tahun pertama blog webmaster malaysia. Yang saya ni pulak tak lama lagi saya akan menyambut ulang BULAN blog saya yang pertama, yeah! :D

  24. titan says:

    Ehm, nak buat macam mana. Kita lihat siapa dan IM malaysia mana yang bertahan dalam tulis blog atau e-book ni. Memang tak ramai yang dapat bagus dalam adsense. Tapi at least, terbuka sedikit rakyat malaysia tentant internet ini..

  25. alang says:

    ye la, sapa tak suka dapat duit kan. Tapi masalahnya untuk nak mendapatkan duit, kita perlu dapatkan ilmu dulu. Bila tak ada ilmu, tu yg nak cari jalan senang jer. Saya kalau boleh nak tengok lebih banyak laman web / blog / ebook yang lebih fokus kepada aspek teknikal bagaimana untuk membangunkan laman web. Antara ebook yg bagus ialah bloggerkit oleh smartzul dan juga traffic secret oleh Syed Ikhwan

  26. alang says:

    terima kasih paypal2u. Walaupun saya pernah mengkritik produk saudara tetapi saudara tetap menjadi pengunjung setia blog ini dan turut memberikan komen yang bernas. Jangan jadikan kritikan itu sebagai penghalang sebaliknya jadikan sebagai galakan :)

  27. alang says:

    saya rasa penggunaan wordpress tidak menjadi satu masalah. Yang penting tulisan dalam blog tersebut tidak stereotype. Info Malaya merupakan satu contoh blog berbahasa melayu yg bagus dan lain dari kebanyakan blog di Malaysia. Lagi satu blog berbahasa melayu yg saya suka ialah mohdismail.com

  28. Dalam hidup kita, susah untuk mencari orang yang sependapat dengan kita. Namun kritikan yang pernah Sdr Alang berikan tetap saya terima (cuma tentang harga tue nak buat camana… tak boleh kurang la beb.. ilmu tue mahal).

    Anyway… ular kalau menyusur akar takkan hilang bisanya…. betul tak Sdr Alang.

    Tentang blog di Paypal2u tue… itu semua hanya suka-suka sahaja.. bukan projek utama saya. Projek utama tue adalah….

  29. Bat says:

    Maksud saya, semakin banyak yg dah tahu menggunakan wordpress, itu sesuatu yang bagus bagi saya. Dan dah ada 2 panduan wordpress yg dah dibuat oleh saudara Zul dan Amanz. Sebab dulu, ramai yang kurang arif tentang wordpress ni, termasuk la saya =)

    Ya, MohdIsmail.Com memang bagus, lain dari yang lain. ^__^

    Dan blog ini juga, cuma saya selalu jadi silent reader sahaja. Teruskan usaha saudara Alang!

  30. alang says:

    saya bercuti sekejab sekarang ni :) Nak merehatkan otak yang dah terlalu letih.

Leave a Reply