Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!
oleh Zamri Nanyan
Memang jika dilihat pada dasarnya, sesebuah laman web perniagaan tidak mungkin akan menjana sebarang pendapatan jika segalanya diberi percuma.
Namun, cuba lawati beberapa laman web perniagaan internet dan anda akan perasan yang kebanyakan daripadanya memberikan sesuatu yang percuma kepada pengunjung laman web mereka. Di antara perkara yang diberikan percuma adalah seperti berikut.
1. Ezine percuma
2. Ebook percuma
3. Keahlian (membership) percuma
4. Artikel percuma
5. Perkhidmatan percuma
…dan banyak lagi.
Dan ada yang lebih ‘daring’ lagi sehingga sanggup menghantar barangan fizikal seperti CD dan buku.
Jika diberikan percuma, tidakkah itu merugikan usahawan internet berkenaan? Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menghantar produk fizikal kepada pengunjung laman web mereka ke serata dunia.
Jawapannya ada di dalam pengiraan matematik dan juga taktik pemasaran yang dipraktikkan.
Baiklah, mari kita lihat taktik perniagaan ini terlebih dahulu.
Taktik Pemasaran
Produk yang diberikan percuma merupakan insentif kepada pengunjung untuk mengenali usahawan internet tersebut sebelum jualan dibuat. Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli).
Sekiranya kepercayaan wujud ke atas penjual (usahawan internet tersebut), maka ianya menjadi mudah untuk pembeli membelanjakan wang mereka untuk produk yang ditawarkan seterusnya.
Anda pun tahu yang ianya amat sukar untuk mempercayai sesuatu perniagaan di internet, bukan?
Dengan memberikan “pengalaman” berurusan dengan usahawan internet tersebut (secara mendapatkan produk percuma daripada beliau) akan mengurangkan rasa risau untuk berurus niaga pada masa akan datang.
Jadi anda dapat lihat di sini yang produk yang diberikan percuma, secara tak langsung, adalah bahan promosi untuk produk yang lain.
Perkiraan Matematik
Ya, jika diberikan percuma, mungkin kosnya terpaksa ditanggung oleh usahawan tersebut.
Contohnya, jika kos penghantaran sebuah cakera padat (CD) ialah RM3, maka jika 1000 orang yang memohonnya secara percuma, jumlah duit yang perlu dikeluarkan sudah mencecah RM3,000.
Semua orang tahu yang perbelanjaan RM3,000 tanpa pulangan balik adalah merugikan.
Tetapi, jika ianya dilakukan secara bijak, kos RM3,000 boleh bertukar kepada untung RM4,5000 dan sebagainya.
Jom kita lihat dengan lebih mendalam lagi dan ambil contoh penghantaran CD ini sebagai subjek analisa.
CD yang dihantar secara percuma adalah bahagian pengenalan kepada satu lagi produk video tutorial yang harganya RM100 sekeping. Disebabkan CD kedua ini lebih lengkap dan mempunyai segala rahsia yang tidak diterangkan di dalam CD pertama, besar kemungkinan mereka yang memohon CD pertama ingin mendapatkan CD kedua, di mana mereka terpaksa membayar untuk mendapatkannya.
Daripada 1,000 orang yang memohon, secara purata 75 orang akan membuat pesanan dan pembayaran sebanyak RM100 untuk sekeping CD.
Ini bermakna, anda sudah menghasilkan jualan sebanyak RM7,500 (andaian kos penghantaran ditanggung oleh pembeli).
Jadi, keuntungan bersih anda ialah RM7,500 (CD kedua) - RM3,000 (CD pertama) = RM4,500 (andaian kos menerbitkan CD adalah terlalu kecil untuk direkodkan).
Tingkatkan lagi peratusan pembelian CD kedua kepada pesanan CD kedua, dan anda akan menambahkan lagi keuntungan anda.
Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui nisbah pembelian daripada hasil pemberian percuma, dan anda akan sentiasa menang di dalam pemasaran sebegini.
Dan sekiranya produk yang anda berikan adalah dalam bentuk digital seperti ebook atau perisian, ianya lebih memudahkan anda kerana kos permberian produk digital adalah percuma.
Oleh itu, anda harus menilai samaada strategi pemberian produk percuma kepada pengunjung laman web anda adalah berbaloi. Jika anda ingin melakukan dengan cara yang mudah, selalulah gunakan pendekatan pemberian produk digital.
Mengenai Penulis
============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat, dan jangan lupa melawati http://www.ZamriNanyan.com/gifts untuk muatturun hadiah percuma.
============================================================
oooo..baru saya faham..saya pun fikir begitu jugak..agak berkos..tapi ia memang baik untuk mendapatakan kepercayaan..
NO TRUST NO SALE…..betul ke ayat ni? ntah, saya rasa boleh jadi betul
NO SALE NO MONEY..saya tambah lagi
NO MONEY NO BUSINESS…lepas tu saya tak tahu dah la
Tapi kenapa tuan blog ni kalo orang minta tips-tips PERCUMA bersikap sombong pula? Bukankah jika ilmu itu dikongsi banyak manfaatnya. Jangan asyik fikirkan keuntungan je. Buat apa nak kedekut ilmu.
Pelawat blog ni dah anggap tuan punya blog ni sebagai idola mereka. Cuba tengok Smart Zul.. xde nak merungut2.
setiap orang ada resepinya sendiri..pada saya, apa yang alang buat, dan alang tuliskan disini, saya berpendapat minda alang adalah minda seorang yang berkerja..blogger hanyalah tempat beliau bersosial dengan kita semua ( maaf alang kalau telahan saya ni tak betul..)
kedekut atau tak? itu kena lah tanya diri dahulu..kalau cuma datang sekali dua, pastu tanya pula soalan yang agak basic, tentulah sukar bagi seorang yang sangat sibuk dengan bisnes sendiri..
moralnya, sebelum bertanya, kita kena kenali siapa orang yang ingin kita tanyakan..jika soalan tersebut agak remeh, cuba lihat di forum..
saya dah belajar dari pengalaman, tak semua orang sama macam kita nak, kita sendiri perlu berusaha mencari..yang penting kita tahu mana asal kita dan apa yang kita junjung..
contohnya,apa akan jadi pada anda apabila anda bertanya pada seorang mufti tentang bagaimana nak mengambil wudhuk..walhal beliau ketika itu sedang berhadapan dengan seorang muslim yang nak murtad..sepatutnya soalan itu ditanyakan saja pada guru agama atau pun beli saja buku panduan di kedai berhampiran..jimatkan masa anda.Kenali siapa yang ingin kita tanya sebelum bertanya..hehehe..kuikuikui..
ps: bro lalang, sudi2 datang lah menjengah blog saya..nak tanya soalan basic ttg adsense boleh la..kalo ttg bisnes ni, baru nak mula..so tak layaklah..
Mungkin Alang boleh jawab soalan Lalang tapi mengikut pengalaman saya, jika dapat 1-2 soalan yang tak mengambil banyak masa untuk dijawap, saya akan jawap… tetapi kekadang tu, soalan yang sama ditanya berulang-ulang dan jawapannya sudah ada di laman web yang si bertanya kunjungi. Rasa frustrated pun ada, dan anda perlu ingat yang apa yang dikongsikan di laman web adalah satu kepada semua (1 to many)… dan forum pulak untuk perbincangan (many to many - begitu juga laman komen di sini). Jadi, perlulah kita bertindak bijak untuk menggunakannya.
Jika tak percaya dengan apa yang saya katakan… sila baca soalan yang saya terima baru-baru ini daripada orang yang saya tidak kenali…
“how to create blog by wordpress?or blogger?how to used plugin?any free ebook?wordpress is better or blogger is better to creat blog?i don’t have computer technical knowlede so can you show me the simplest wat to create blog with plugin such as categories, opt in form , upload video, rss, links, ebook photos and so on. is it can make good income online?so many internet marketer!
thanks”
Pening tengok soalannya dan sometimes rasa macam saya tak dihormati.
dan saya telah pun menulis hint di blog saya etika atau cara berkomunikasi dengan internet entrepreneur di dalam link yg saya berikan di bawah. Namun, adakah si yang bertanya mengambil inisiatif untuk membaca dan seterusnya mempraktikkannya?
http://www.zamrinanyan.com/success/internet-marketing-articles/how-to-make-a-connection-with-other-internet-entrepreneurs/
Maaf kalau ada yang terasa… tujuan saya ialah untuk kita sama-sama belajar.
takper alang, saya tolong jawabkan:
TOLONG gunakan Google sepenuhnya: Search “Tips2 Percuma *KEYWORD*” . contohnya “Tips2 Percuma Blogging”, “Tips2 percuma cepat kaya”. Takpon cuba cari dalam bahasa inggeris: “Free blogging Tips”, “Free wealth tips” . Barang2 percuma berlambak2 kat internet nih. just search guna google jer.. banyak la yg keluar karang. (ramai IM yg berjaya belajar daripada pakcik google. Percayalah kerana ianya benar belaka!)
Pegi la tanya Smartzul, janganla tanya kat sini… hadoih la…
from sir.Zamri:
Sangat setuju!
ps: Which is more difficult? To change a world or to change yourself?
pps: Kiranya alang nih baik gak la, diam seribu bahasa.. kalau kener sound direct jer karang daripada alang, lagi merana…
Aduh…macam2 perangai manusia ni…ish..ish..
Rilek la jgn emotional semua…
Sebelum ni Alang ada juga buka topik “Cadangan topik dari pembaca”, tapi saya tengok sambutan tak menggalakkan pun. Lepas tu Alang buka lagi topik “ruangan-soalan-pembaca”. Kenapa tidak dimanfaatkan ? Saya rasa kalau saudara Lalang dah buat kajian, carian dan pembacaan namun masih juga tak jumpa jawapan, elok saudara manfaatkan ruangan yang diberi tu. Tapi kalau nak panduan / tips A-Z maaf la memang dah salah tempat.
Kalau nak tanya soalan tu biarlah “cerdik” sikit soalannya. Segala tips, panduan dan juga pandangan saudara Alang yang ditulis di sini kita tak bayar pun untuk mendapatkannya. Kenapa perlu kita nak salahkan org lain? Tengok macam artikel / tips tentang directory saya rasa kalau Alang nak buat duit boleh je dia buat ebook dan jual. Ilmu tu luas tempatnya, bukan di sini je kita boleh dapat.
agaknya lalang ni minta disuapkan kot.. ngehngeh..
err.. alang, lalang ni member WC jugak ke? hadoih…
ALHAMDULILLAH, teknik yang Zamri cakap tu memang mendatangkan hasil..
berkenaan cover balik modal, memang kena buat kira-kira.. ni applicable untuk buat iklan berbayar jugak…
katakan dalam 1000 pengunjung, 1 orang sahaja yang membeli produk kita dengan harga RM40.
dan iklan berbayar yang kita nak subscribe tu pula berpotensi membawa 3000 pengunjung secara keseluruhan waktu berkempen.. dengan fee iklan sebanyak RM50.
secara teorinya, kita akan mendapat 3 pembeli dengan jumlah jualan keseluruhan RM120. keuntungan setelah tolak kos iklan adalah sebanyak RM70.. not bad what.. janji masyuk.. hehe
Bercakap mengenai topik keuntungan melalui iklan di atas… saya pun nak update sedikit… dan boleh juga dijadikan testimonial untuk ruangan iklan di blog Alang ni…
Untuk bulan ni, Alang caj saya RM50 (promosi harga potongan 50%) untuk iklan ebook Online Profits Made Simple saya (lihat banner 300 x 250).
Setakat ni, ada 60 orang telah klik ke iklan tersebut, dan 2 orang telah membuat pesanan (conversion rate bagi pembelian ebook ini di laman web ini sekarang ialah 3.33%)
2 orang x RM37 = RM 74.
Jadi untungnya ialah RM74 - RM50 = RM24
Boleh tahan juga untuk iklan selama 4 hari. Jika data yang disebutkan di atas konsisten, saya akan mendapat 2 jualan bagi setiap 60 klik ke iklan saya, dan setiap jualan seterusnya merupakan untung bersih. Soalan seterusnya ialah berapa jumlah klik yang saya akan perolehi di akhir pengiklanan ini? Jika ianya dapat diketahui, saya akan dapat menjangkakan keuntungan iklan ini pada setiap bulan.
Di sini juga pentingnya penggunaan tracking di dalam pengiklanan kita… dan juga tracking untuk pemberian produk percuma seperti yang saya nyatakan di dalam artikel yang saya tulis di atas.
ya betul.. kuncinya adalah tracking.. kepada yang guna getresponse, aktifkan tracking url.. aku guna tracking url.. memang puas hati, sebab dapat mengkaji response subscriber…
ini aku kongsikan sikit
1- tidak ada link di dalam email aku yang tidak diklik (kecuali link unsubscribe
ini lain cite)
kejap je mencecah ratusan klik.
2- respon kepada link produk percuma sehangat goreng pisang
kesimpulan, gunakan sehabis baik peluang yang ada apabila memberi hadiah percuma kepada prospek.
siapa lalang tu?? yang pasti lalang bukan “salihin”, salihin tak pernah berselindung camtu…
@aku & salihin - saya menyemak no IP lalang melalui admin panel wangcyber.com dan memang saya dapati beliau adalah ahli yg agak lama di sana. No IP yg ditinggalkan di sini dan juga di wangcyber memang serupa 100% jadi saya agak yakin beliau orangnya walaupun saya agak terkejut.
Saya tidak sesekali akan mendedahkan siapakah beliau, biarlah saya dan dia sahaja yg tahu kerana bagi saya itu adalah salah satu cabaran dlm bisnes, dan tak boleh dilayan sangat.
Ho.ho.ho. Ada jugak nak bersuap sampai mcm tu sekali..Sampai bila dia nak bertongkat..
Apa pun Blog ni adalah antara blog saya selalu lawat sebab saya memang bookmark.
Bukan senang nak puas kan hati semua orang.. & mcm² manusia kat dunia ni.. Ada jugak baling batu, sorok tangan.. dia tak tahu orang tahu siapa dia..
saya baru sahaja menerima pm dari seorang ahli wangcyber yg meminta maaf di atas komen tersebut. Tetapi menurut beliau, bukan dia yg melakukannya tetapi “kawan” yg menggunakan komputernya. Apa yg nyata, pemberi komen tersebut marahkan saya di atas entri ini http://www.szab.net/blog/2007/08/02/kenapa-saya-tidak-membalas-email-anda/
Dah terbukti tuan blog ni memang tak nak jawab soalan pembaca. Buat penat je tanya.
Lalang.. lalang.. siapalah “kawan” ko kat WC tu ye…
untuk pengetahuan ko, email aku pon alang tak balas. tapi aku tak salahkan dia. mungkin approach aku salah.
takde la aku buat tuduhan tak berasas dan terbuka macam kau ni.. hihihihi..
jadi, belajar-belajarlah renungkan diri sendiri dulu…
seperti kata zamri.. “sometimes rasa macam tak dihormati.”
lalang ni mangkuk bertopengkan hayun la aku rasa…. sebab tak pernah nak bersyukur…
Ya, Alang!
Testimonial saya benar. Basically, kos pengiklanan dah cover + sedikit profit…
erm..baru la tahu nape la jadi camni..tak puas hati pasal itu je..ish3..
anyway Alang u done the good job..tips yang alang berikan memang semuanya bermanfaat..
Adess, kenapa nama smartzul dipergunakan untuk kondem orang lain??
Dalam hidup ini, kita kena MENGHORMATI pegangan dan prinsip hidup orang lain. Nak berjaya, kena usaha sendiri. Kalau tak ada orang tolong, usahalah diri sendiri. Kalau ada orang bantu, bersyukurlah, tapi jangan berlebih-lebih pula.
Umpama diberikan satu lombong emas, belum apa2 dah minta satu lagi lombong.
Buku terbaik yg saya baca adalah Pendita Za’aba dan saya akan sering kali mengungkit buku tersebut sebab ia ditulis oleh bangsa kita sendiri. Tulisan buku tersebut tak tersebar dahulu sebab bangsa Melayu sendiri yg menyekatnya. Daripada tajuk buku itu sendiri sudah dapat menyimpulkan apa yg ada dalam buku itu… “Perangai, Bergantung Kepada Diri Sendiri”.
Malas berusaha, tak dapat apa-apa.
Suka berharap pada orang, sampai bila-bila tak pandai nak survive.
Kita janganlah kondem orang lain dan janganlah meletakkan beban pada orang lain. Mereka pun ada masa dan hidup sendiri macam kita.
Benarlah juga ajaran Islam, “yang memberi lebih baik daripada yg meminta”.
Ustaz Zaharuddin pun dah mengeluh tempoh hari. Orang melayu banyak bersifat mengharap pada orang lain dan suka menyalahkan orang lain. Sikapnya seperti bangau… Mengapa tidak dia? Tapi x dipersoalkan apa yg perlu aku buat?
Berusahalah, berusahalah, berusahalah. Bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah. Bagi saya, kalau Alang tak balas emel pun, itu bukan masalah yang besar. Sebab rasanya dah banyak sangat Alang kongsikan ilmu di blog ini. Tak cukup lagi kah? Itu dah kongsi, kalau tak kongsi langsung?
Hormatilah cara dan prinsip Alang… Berterima kasihlah dgn segala apa yg dia kongsikan di blog ini dan juga di forum wangcyber.
Jangan sampai satu masa Alang dah fade up, blog ini ditutup, Alang tak menulis lagi, haah, masa tu barulah semua orang tahu tinggi rendah langit. Bukan nak kata Alang terhebat atau tak boleh hidup tanpa Alang, tapi pengalamannya dalam ebiz amat berharga utk dikongsikan bersama. Apa yg dia tahu, x semestinya orang tahu.
Jadilah manusia yg tahu menghormati orang lain.
Saya tak tuju komen sy ni kepada saper-saper, tetapi untuk sama2 kita fikirkan.
Kepada Alang, teruskan usaha dan teruskan berdiri di atas prinsip sendiri. Orang lain tak berhak menghakimi hidup kita, melainkan kita melakukan kesalahan yg jelas yg terpaksa dihakimi oleh orang lain.
Wassalam.
PS. Dapat tak emel Gobala (saper yg subscribe list dia la). Dia dah x nak aktif sangat dah di market Malaysia. Dari yg tersurat dia tak cakap hakikat dan realiti. Tapi dari yg tersirat, kita faham mengapa punca yg sebenarnya. Mengapa? Anda tahu jawapannya….
Biarlah kisah budak lalang tu. Abaikan aje..1 orang aje. Kita tak dapat puaskan hati semua orang pun..
hmmm….. kalau nak mintak tolong kat orang, mana leh main paksa2….. hmmm
sebahagian daripada jawapan telah saya berikan di sini http://www.szab.net/blog/2007/08/02/kenapa-saya-tidak-membalas-email-anda/ dan sebahagian lagi telahpun dijawab oleh naem dan zamri
Dan disini saya nak tambah sikit. Yg saya tulis kat sini bukan tips-tips percuma ker? Tips yg macam mana lagi yg saudara nak? Saya juga telah membuka ruangan baru iaitu soalan pembaca http://www.szab.net/blog/2007/08/02/ruangan-soalan-pembaca/ di mana setiap email yg bertanyakan soalan kepada saya saya akan postkan jawapan di sini supaya dpt berkongsi dgn semua.
Saya tak kisah kalau saudara nak kata saya sombong, sebab saya buat bisnes, memang saya fikirkan keuntungan. Saya rasa saudara pun fikir keuntungan jer, sebab tu saudara nak tip yg PERCUMA jer, tak keluar satu sen pun duit saudara. Kalau boleh, semua rahsia org buat bisnes, nak korek secara percuma jer. Saya juga telah katakan sebelum ni, lupakan zaman sekolah. Ayat kedekut ilmu tu sesuai utk budak2 sekolah jer.
Telah beberapa kali saya katakan saya tak nak kamu semua menganggap saya sebagai idola. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahannya sendiri. Kalau kita menjadikan seseorang itu sebagai idola, bermakna kita menyekat potensi kekuatan kita kerana kita lebih cenderung utk mengikut apa yg idola kita buat.
Kalau saudara rasa SmartZul tak merungut, saudara mintalah semua tips-tips PERCUMA daripada dia. Dan kalau saya betul2 tak kongsi ilmu secara percuma, dah lama saya buat ebook yg memuatkan tips-tips yg saya tulis di sini dan jual.
Dan kalau saudara betul2 jujur, tak perlulah berselindung di sebalik nickname lalang, kerana saya tau siapa sebenarnya saudara dan apa nickname saudara di wangcyber.com
Sori…Ilmu adalah sesuatu yang mahal. Bukan tidak boleh bloggers memberikan semua ilmu secara percuma, namun perlulah diingat bahawa ilmu yang bloggers dapat itu pun perlukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mendapatkannya, maka perlulah ianya dikenakan sedikit harga sebagai menampung mana yang ada.
Kalau semua ilmu dapat dengan free, maka tak perlulah cikgu kat sekolah tue ambil gaji. Universiti pun tak perlulah kenakan yuran jika semua ilmu adalah percuma.
terima kasih sebab tolong jawab. Saya sendiri sebenarnya dah jawab kat atas tu. Jadi saya rasa tak perlu lagi kita komen perkara yg tak berkaitan dgn di artikel zamri.
Kepada lalang, kalau masih rasa tak berpuas hati dgn penjelasan saya dan yg lain2, sila emailkan kepada saya apakah tips2 yg saudara minta daripada saya sebelum ini yg saya tidak balas, dan saya akan tuliskan satu artikel utk menjawabnya.
biarlah azahari, sifat manusia, diberi betis nak peha.
betul ke Zamri? Lega rasanya apabila iklan yg diletakkan disini memberi pulangan kepada pengiklan dan saya harap ianya berterusan. Iklan direktori tersebut juga memberi keuntungan kepada pemiliknya sebab tu lah apabila saya membuka lagi ruangan iklan, beliau terus menempah iklan 120 x 600 tu.
Saya harap, iklan tersebut akan terus memberi keuntungan kepada zamri setiap bulan.
Zamri, kalau dia tanya banyak macam tuh.. cakap ngan dia belilah ebook smartzul.. hahahah.. semua jawapan ada kat dalam tuh.. Oppss.. cuma kalau dia tak faham melayu, payahlah. Tapi berlambak kat pasaran ebook dan panduan set up blog. dorang ni saje je malas cari.. nak benda senang aje..
terima kasih kerana pagi penerangan yg panjang lebar kat sini zul. Satu hari nanti, boleh jemput zul tulis artikel kat sini
Apabila dia guna nama zul, saya terkejut juga sebab saya tahu zul pun kurang suka org yg malas berusaha dan suka meminta-minta ni.
Orang Malaysia ni terutama Melayu ni kalau bab nak membayar ni memang susah sikit..sebab tu jugak Gobala tutup web tu agaknya..sebab tak ramai yang sanggup nak bayar. Semua nak free, dah la free nak suruh orang suapkan pulak kat mulut. Agaknya kalau dah takde gigi suruh orang kunyahkan sekali kot..baru nak makan? Bila dah hidup terlalu bergantung pada orang, camni lah jadinya.
Kalau bab cari duit cepat, buat duit segera, skim cepat kaya, piramid dan sebagainya sanggup pulak bayar walaupun mahal. Itulah realiti yang saya perhatikan.