Menulis blog dengan Windows Live Writer

Ini adalah tulisan yang kedua yang saya buat menggunakan Windows Live Writer iaitu sebuah perisian yang membolehkan anda menulis blog secara offline. Saya baru sahaja install perisian ini semalam walaupun ianya sudah hampir setahun dikeluarkan oleh Microsoft. Apa yang saya boleh katakan ialah saya amat kagum dengan perisian ini dan menjadikan saya bersemangat untuk mengemaskini blog.

Sebelum ini saya telah mencuba beberapa offline editor seperti Qumana, Ecto, Performancing dan sebagainya tetapi kesemuanya tidak memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Antara ciri-ciri Windows Live Writer ialah

  • Boleh digunakan dengan blog servis daripada Windows Live Spaces, Sharepoint, Wordpress, Blogger, LiveJournal, TypePad, Movable Type dan sebagainya
  • Mempunyai fungsi WYSIWYG editor dimana anda anda menulis blog sama seperti menulis menggunakan Microsoft Word. Anda boleh memilih untuk melihat bagaimana tulisan tersebut kelihatan di blog anda 
  • Memasukkan gambar, video dan jadual dengan mudah

Jika fungsi-fungsi sedia ada tidak cukup, anda boleh mendapatkan plugin yang boleh menambahkan pelbagai lagi fungsi kepada Windows Live Writer.

2007-09-07_173238


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


10 Responses to “Menulis blog dengan Windows Live Writer”

  1. naem says:

    menarik ni, guna word tak la sehebat ni..so, nak kena download la..hehehe..thanks alang..

  2. kita says:

    terima kasih alang…sebelum ni saya tulis kat wordpress jer..kalau macam ni leh menjimatkan streamyx saya…tq banyak-banyak…maybe 2 3 hari lagi saya akan buat iklan kat blog alang speerti yang dibincangkan

  3. [...] Live Writer? Seingat saya saudara Alang ( blog webmaster Malaysia ) pernah menulis tentang “Menulis blog dengan Window Live Writer“. Perisian ini memudahkan mana-mana blogger untuk menulis blog secara offline. Windows Live [...]

  4. [...] Jika fungsi-fungsi sedia ada tidak cukup, anda boleh mendapatkan plugin yang boleh menambahkan pelbagai lagi fungsi kepada Windows Live Writer.Testimoni dari saudara Alang [...]

  5. [...] Jika fungsi-fungsi sedia ada tidak cukup, anda boleh mendapatkan plugin yang boleh menambahkan pelbagai lagi fungsi kepada Windows Live Writer.Testimoni dari saudara Alang [...]

  6. alang says:

    you guna word ke utk tulis blog? Saya tulis melalui wordpress dashboard dan guna code editor. Lagi senang nak control daripada WYSIWYG editor dlm wordpress.

  7. naem says:

    ha ah..takpe,lepas ni ikut cara alang la..

  8. naem says:

    streammyx bayar ikut penggunan ke? maaf sebab tanya, saya gunakan maxis broadband

  9. kita says:

    yup..saya guna paket unlimated…pakej 60 jam untuk rm44

    kita’s last blog post..Ubuntu Muslim Edition

  10. waka says:

    streamyxkn ade beberapa pakej naem…bkn semua unlimited.(saya pn xpkai streamyx guna celcom je)

Leave a Reply