Wajah baru, domain baru, isi tetap sama

Selepas bertanyakan pendapat pembaca dan rata-ratanya menyokong pertukaran domain ini akhirnya saya berjaya memindahkan Blog Webmaster Malaysia ke domain baru iaitu samsulzamzuri.com. Saya tidak menghapuskan blog lama di www.szab.net/blog tetapi menggunakan 301 redirect untuk membawa pelawat dari www.szab.net/blog ke www.samsulzamzuri.com secara automatik. Pelawat juga akan dibawa ke domain baru secara automatik jika mereka klik mana-mana post yang dibuat sebelum ini jadi dengan cara ini saya tidak kehilangan pelawat dari search engine atau dari link di website lain. Di bawah ini saya kongsikan langkah-langkah yang saya ambil dalam pemindahan domain ini dan semuanya dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja.

  1. Export semua artikel-artikel lama di www.szab.net/blog menggunakan fungsi Wordpress Export di Wordpress Dashboard > Manage > Export
  2. Import kesemua artikel tadi ke domain baru www.samsulzamzuri.com menggunakan fungsi Wordpress Import di Wordpress Dashboard > Manage > Import
  3. Install semula semua plugin yang digunakan sebelum ini.
  4. Letakkan redirect code Redirect 301 /blog/ http://www.samsulzamzuri.com/ dalam file .htaccess di www.szab.net/blog

Sungguh mudah bukan? Sebelum ini saya pernah memindahkan wordpress ke domain baru dan pada masa tersebut saya memindahkannya melalui fungsi backup dan restore yang saya rasa lebih leceh.

Buat masa sekarang, saya menggunakan theme UBD Moneymaker Theme dari Unique Blog Design kerana saya tertarik dengan layout theme ini yang simple dan juga fungsi yang terdapat di theme ini yang membolehkan saya melakukan beberapa perkara seperti memasukkan banner, mybloglog widget dan juga email subscription form tanpa perlu mengedit theme. Oh ya, theme ini adalah percuma dan cuba bertanyakan harga servis untuk mengubahsuai theme ini supaya nampak sedikit berbeza dan mengekalkan identiti theme Blog Webmaster Malaysia yang lama.

Sempena dengan ini juga, saya menawarkan pertukaran link dengan mana-mana blog yang berkaitan dengan perniagaan internet (yang sah sahaja) dengan syarat anda mesti menulis tentang Blog Webmaster Malaysia yang telah berpindah ke domain baru. Saya akan meletakkan link anda di bahagian blogroll.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


49 Comments »

  1. abeku Says:

    Wah plug in ape untuk comment nie, comel sungoh..Overall memang mengekal kan konsep yg lama. Semoga akan lebih mantap dan mantap lagi…selamat menyambut ramadhan

    comment-bottom
  2. joerzoe Says:

    Bagus,ini satu lagi permulaan yang cemerlang buat alang.Kasi gegar dunia internet business dengan blog baru ni.

    http://syokbeb.com

    comment-bottom
  3. zool Says:

    Tahniah en alang kerana berpindah ke domain yang baru..

    comment-bottom
  4. rohaizad Says:

    Wahai En Samsul Zamzuri,
    Selamat datang yea ke dunia baru… ekekeke…. :)

    Apa-apa pun, anggap je lah ini sebagai hijrah untuk Ramadhan yang menjelang… !

    comment-bottom
  5. emme Says:

    Salam, sekarang ni musim theme macam ni kot.. :) aku pun nak cuba theme ni la… :D

    comment-bottom
  6. cantik theme ni Alang..

    comment-bottom
  7. saido Says:

    Theme baru ni memang mantap. Dah lama tak datang ke sini, tengok tengok pantai dah banyak berubah.

    comment-bottom
  8. ijamidayu Says:

    Wah… Peluang terbuka untuk mendapat backlink dari bro szab.. :)
    Leh ker bro? Berpeluang ker..? Apa pun themes simple cantek.. :)

    comment-bottom
  9. kita Says:

    kalau bukan pasal blog perniagaan internet tak boleh ke alang

    comment-bottom
  10. Sham Razi Says:

    Tahniah bro sebab buat blog guna nama sendiri.
    Saya pun sekarang menggunakan nama sendiri untuk blog saya.
    Apa salahnyakan kalau kita mempromosikan nama kita sendiri.

    Macam kat barat nama-nama tersohor macam Joel Comm, John Chow dll pun menggunakan nama mereka sendiri…

    Tahniah sekali lagi…

    comment-bottom
  11. admin Says:

    @abeku - plugin gravatar. Tgh cari plugin yg support avatar dan threaded comment

    @kita - blog you pasal apa? Maksud saya perniagaan internet tu termasuk la blog, pembinaan laman web dan sebagainya.

    comment-bottom
  12. blog saya boleh ke nak tukar link ngan Alang ni?:-)

    comment-bottom
  13. alang Says:

    boleh

    comment-bottom
  14. Amzani Says:

    Salam Alang,

    Tahniah kerana dah berpindah ke domain baru. Teringin juga nak exchange link dengan blog ni. Blog saya mengenai rahsia internet dan komputer. Boleh diterima ke?

    comment-bottom
  15. Toman Says:

    Tahniah Alang kerana telah berjaya menukar domain blog anda kepada nama domain anda sendiri.Saya sebenarnya juga ingin melakukan perkara yang sama menukar domain kepada nama saya sendiri,tetapi kurang mahir dengan export/import dari fail lama saya.

    Alang dah tunjukkan caranya..emm esok saya akan beli nama domain baru.

    Note:Macamana nak tukar link dengan alang nih.Saya dh tulis pasal pertukaran nama baru blog Alang di blog saya?

    comment-bottom
  16. Nabieel Says:

    em..lebih menampakkan moden sedikit..tp berdebu lagi lah bro..ada yang tak sapu lagi ni..ha3

    comment-bottom
  17. alang Says:

    @amzani - boleh, komputer dan internet tu kira berkaitan la :D. Jangan blog pasal artis atau gosip2 murahan dah la.

    @Toman - masa you tulis blog tu, trackback ke post ini utk alert saya yg you dah tulis. Tak pun hubungi saya di http://www.samsulzamzuri.com/contact/ dan bagi url blog post you.

    comment-bottom
  18. Azahari Says:

    Blog ni lawa tapi yang tak bestnya ada kat footer pulak tag, link dsb. Saya minat themes 3 column.. apapun tahniah sebab jadik jugak pindah. Blog saya tak guna pun nama sendiri…teringin jugak nak buat macam ni nanti..hehehe…

    Apa jadi pada themes lama alang tu? hehehe

    comment-bottom
  19. alang Says:

    actually link kat tepi pun ada. Saya pun tengah dok modify lagi theme ni nak sesuaikan dgn citarasa saya.

    Theme lama tu tak tau la, kalau saya buat free theme ada org nak ker? Lagipun nak kena buat theme tu compatible dgn wordpress 2.6 dan widget ready.

    comment-bottom
  20. megat Says:

    akhirnya saudara alang selesai memindahkan semua data dari host lama ke baru. tahniah!

    tahniah juga kepada domain baru anda! dan besert tema baru, sungguh kemas dan menarik disamping domain baru yang lebih dekat skopnya!

    comment-bottom
  21. Toman Says:

    Tulis satu special report pasal Blog webmaster Alang di blog saya.
    Manalah tahu Alang Sudi buat pertukaran link dgn blog saya!
    http://eazybiz2u.com/informasi-terkini/blog-webmaster-malaysia-telah-berpindah-ke-domain-baru/.html

    comment-bottom
  22. alang Says:

    @Toman - saya dah masukkan blog you dgn nama Mahmud. Kalau nak saya tukar nama lain sila maklumkan.

    @Megat - terima kasih

    comment-bottom
  23. NayanMohd Says:

    Alang,
    saya dah tulis tentang domain baru alang di blog saya. Harap2 dapat tukar link..

    ===================
    http://otaionline.com/blog/2008/08/berita-semasa/samsulzamzuricom-blog-webmaster-malaysia.html

    comment-bottom
  24. apiz Says:

    salam alang,kalau blog saya mengenai tips kekayaan dan affiliate,leh join tak?nak masukkan sebagai salah satu cara dapatkan backlink

    comment-bottom
  25. KNizam Says:

    cun !

    comment-bottom
  26. titan Says:

    hoho..sudah tukar sudaa..

    comment-bottom
  27. Mat Ber Says:

    Assalamualaikum…

    Hang guna hosting syarikat mana? Aku ingat nak tukar hosting la…
    Exabyte dah tak boleh harap laaaa sekarang dah 2 minggu web aku masalah 15 minit boleh browse lepas tu page error bulan lepas asal tengah malam 2/3 jam dan kadang-kadang sampai pagi tak boleh masuk naik menyampah dah aku report. Itu baru sehari 10 ribu impression kalau 1 juta aku tak tau la mau jammed terus. Ada suggestion hosting mana yang boleh harap?

    Mat Ber
    animaxim.com

    comment-bottom
  28. alang Says:

    aku guna server sendiri la amat.

    comment-bottom
  29. [...] tajuk akukan..? Sudah pastinya bukan aku yang nak bertukar domain atau themes.. Info terbaru bro Shamsul Zamzuri a.k.a ALANG dah tukar domain atas pendapat dari pengunjung blog [...]

    comment-bottom
  30. simple, cantik dan kemas…..:D

    comment-bottom
  31. usri Says:

    bila wajah baru semangat pun baru untuk alang.

    comment-bottom
  32. MK Says:

    Assalamualaikum Alang.

    Saya dah buat satu entri tentang penukaran domain ini di blog saya. Harap Alang boleh letakkan link kepada blog saya dengan nama SembangKomputer.com ye ^^

    comment-bottom
  33. Apiz Says:

    Saya dah wat review pasal blog Alang ni di :
    http://mentorjutawan.co.cc/blog/kisah-kejayaan/siapakah-samsul-zamzuri-atau-alang.html
    Harapnya Alang sudi tukar link dengan saya

    comment-bottom
  34. template wp ni kemas siot. thanks for the blogroll listed. hehehehe…
    hijau ni… maknanya berkat! :)

    comment-bottom
  35. mirlme Says:

    tahniah alang..
    theme ni memang lawa..

    comment-bottom
  36. Firstly,terima kasih Alang kerana sudi letakkan link blog saya di blog Alang.Secondly saya ucapkan terima kasih sbb alang kongsikan cara nak transfr file dari blog lama ke dlam file hosting baru.

    Dengan penerangan dari Alang,hari ini saya juga telah berjaya buat export/import file ke dalam fail server saya yg baru menggunakan domain nick name saya http://www.tomankulai.com.Saya ikuti setiap langkah seperti yang diterangkan dlm blog Alang tu.Alhamdulilah semuanya berjalan dgn lancar.Sama macam blog Alang,saya masih mengekalkan blog yg lama dan menggunakan fungsi redirect 301.

    Lastly,kalau boleh Alang tukarkan blogroll link Mahmud kepada TomanKulai.com

    Thanks.

    comment-bottom
  37. Apiz Says:

    Tq very much Alang letakkan link blog saya, really appreciated it.

    comment-bottom
  38. Nabieel Says:

    bro open tukar link utk public ke?

    comment-bottom
  39. haaa..yang ni baru le lebih senang orang nak ingat, terutamanya pembaca dari malaysia.theme ini pun nampak best jer..

    comment-bottom
  40. alang Says:

    @Nabiel - kalau blog you bersesuaian dan you buat post pasal ni, saya akan letakkan link you di sini.

    comment-bottom
  41. Nabieel Says:

    kalau post pasal tajuk “Wajah baru, domain baru, isi tetap sama” takde ler..stakat mengumpulkan link-link usahawan lain ade ler.. apa2 pun salam perkenalan..

    comment-bottom
  42. alang Says:

    @Nabiel - saya lebih prefer you buat post pasal blog saya dan saya letak link you kat blogroll.

    comment-bottom
  43. Hamid Says:

    terima kasih utk tutorial di atas tu :)

    comment-bottom
  44. [...] oleh alang dengan penghasilan ebook Zango Cashnya. Btw, domain blog alang telah bertukar ke SamsulZamzuri.com Bacaan [...]

    comment-bottom
  45. Theme ni kalau tak silap amik daripada uniqueblogdesign.com..
    memang cantik design blog nie…
    tapi theme ni dia dah tak publish dah…
    :)
    ruginye..

    comment-bottom
  46. alang Says:

    ya saya memang maklumkan kat atas yg saya ambil theme ni dari uniqueblogdesign.com

    comment-bottom
  47. [...] peribadi seperti ini. Tetapi saya tak pasti tentang cara untuk redirect. Tetapi bila saya baca di blog Alang bahawa dia memindahkan blog beliau ke domain baru serta telah kongsikan cara melakukannya… Saya terus [...]

    comment-bottom
  48. I am learning, please help, somebody…

    Thanks U

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment