Have a break, have a Kit Kat

Ok ni bukan iklan Kit Kat, saya tak dibayar pun oleh mereka untuk menulis tajuk di atas. Saya tulis tajuk di atas cuma memaklumkan yang sekarang cuti sekolah dan seperti biasa masa cuti sekolah saya pun turut bercuti.

Walaupun saya bercuti, tetapi segala urusan tetap berjalan seperti biasa cuma mungkin sedikit lambat kerana saya membawa laptop balik ke kampung dan access internet menggunakan Celcom 3G. Jadi, insyaAllah semua order Ebook Rahsia Zango akan saya uruskan dalam tempoh 48 jam. Dan begitu juga untuk mereka yang menempak pakej khas website zangocash, semua website tersebut akan disiapkan tepat pada masanya (mungkin lewat sehari dua).

Selain dari kebaikan yang saya nyatakan di sini sebelum ini, boleh membuat kerja di mana sahaja juga merupakan salah satu kebaikan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Apa yang anda perlukan adalah laptop dan juga akses internet tak kiralah melalui 3G / Edge ataupun Wifi. Tapi kalau tak ada laptop pun tak apa sebab kita masih boleh buat kerja dari cybercafe. Jadi, pada bila-bila, saya boleh bercuti tetapi pada masa yang sama kerja masih boleh dilakukan.

Ebook Rahsia Zango telah mencapai jualan lebih dari 200 buah dan pada bulan ini saudara Hafiz Latib (Bitol) jauh mendahului peserta affiliate yang lain dengan 24 jualan setakat artikel ini ditulis. Semasa saya berbual dengan Bitol di WangCyber Gathering bulan lepas, beliau berjanji untuk mendapatkan saya 100 jualan bulan ini, jadi saya masih lagi menunggu 76 jualan :).

Saudara Smartzul juga ada menulis satu artikel yang sungguh menarik di mana dalam artikel itu, beliau telah memberikan pandangan beliau terhadap artikel yang saya tulis sebelum ini. Pandangan beliau yang kritis dan menulis pro dan kontra untuk setiap pendapat saya itu amat saya hargai kerana ia membantu saya lebih memahami industri ebook di Malaysia. Sesungguhnya dalam bidang penulisan ebook, saya masih setahun jagung berbanding Smartzul yang boleh dikatakan orang lama dan banyak pengalaman.

Mungkin ada yang bertanya saya berada di kampung mana sekarang? Buat makluman saya berada di kampung isteri saya di Kelantan jadi kalau ada kelapangan insyaAllah saya akan berjumpa dengan IM dari Kelantan. Kalau ada sesiapa yang sudi nak bertemu, boleh hubungi saya.

p/s - Saya ada hadiah istimewa untuk diberikan kepada pembaca blog ini. Jadi tunggu tulisan saya sehari dua lagi untuk mengetahui apakah hadiah istimewa tersebut. Kalau ada sesiapa yang rajin nak meneka apa hadiah tu boleh jugak, tapi tak ada hadiah untuk sesiapa yang meneka dengan tepat. Yang nyata, hadiah tersebut bukan ini


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


26 Comments »

  1. joerzoe Says:

    Tahniah alang.Kehidupan seperti alang ni lah yang saya impikan.Bekerja untuk hidup dan mempunyai masa untuk family bukan hidup untuk bekerja je.Selamat maju jaya

    http://syokbeb.com

    comment-bottom
  2. apiz Says:

    Best ye kalau dapat kerja macam Alang, boleh blk kg dan buat kerja dalam masa yang sama.Jeles,jeles

    comment-bottom
  3. tehtarik Says:

    Alang, tahniah kerana boleh survive dengan full time as a blogger. selain shuth dan ifran khairi. boleh alang bukukan kehidupan alang sebelum dan selepas jadi usahawan internet macam azizi ali…TQ

    comment-bottom
  4. alang Says:

    @tehtarik - sebenarnya saya bukan fulltime blogger tetapi fulltime usahawan internet di mana punca pendapatan saya adalah dari blog, pengiklanan, servis, direktori, dan juga penjualan ebook.

    comment-bottom
  5. taukey Says:

    erkkk hadiah istimewa tu aper erkk? blh bagi klu tak. ekekeke

    comment-bottom
  6. Farizal Says:

    Assalamualaikum Alang,

    Saya rasa hadiah tersebut adalah eBook Rahsia Zango :)

    comment-bottom
  7. khairul Says:

    wa…alang pun kena penangan cuti sekolah. Saya nak tanya sket, saudara Alang dah bp lm terlibat ngan IM ini???

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

    comment-bottom
  8. alang Says:

    @taukey - klunya hadiah tu semua org boleh guna la :p

    @Farizal - bukan ebook, kalau tak sapa yg dah beli rugi la. So, kalau you blm beli, silalah beli skrg sebab memang saya tak akan bagi free :D

    @khairul - saya terlibat ngan IM dari tahun 2003. Fulltime dari tahun 2005

    comment-bottom
  9. Hadiah istimewa….emmm..agaknya beli ebook Rahsia Zango dengan harga diskaun.

    comment-bottom
  10. mirlme Says:

    Celcom 3G ek bro..mmg payah nak dapat connection..
    saya punya Celcom 3G pun asyik DC Jer kebelakangan nie..
    harap Celcom 3G improve servis mereka..bro d kelantan ek..
    leh ar jmpa ngan labanon..kekeke

    comment-bottom
  11. megat Says:

    menarik la kehidupan seorang usahawan internet sepenuh masa!

    teringin punyai kehidupan seperti alang. mungkin perlukan masa dan perlu mempelajari banyak perkara.

    ok bro, semoga semakin cemerlang dan bahagia!

    comment-bottom
  12. Tahniah Alang dengan kejayaan sales ebook Rahsia Zango! :D

    comment-bottom
  13. alang Says:

    big clue - hadiah tu tak ada kena mengena langsung dgn ebook :D

    Eh labanon ada di kelantan ker skrg? Bukan ker dia ada di perlis.

    Celcom3G memang dah improve kat sini, siap ada coverage 3gx (HSDPA) lagi.

    Kalau betul2 nak full time banyak kena belajar sebab memang terlalu besar risiko tambah2 utk org yg dah bekeluarga macam saya.

    comment-bottom
  14. kita Says:

    wahhhh..rupa-rupanya wife alang orang kelantan..orang negeri kita ler tu :)…kalau nak jumpa alang mcm mana nak contact

    comment-bottom
  15. [...] yang jarang online dan inginkan hadiah istimewa. Apa kata nantikan sesuatu yang istimewa dari Alang Szab ( Sekarang dah tukar domain ) sekitar beberapa hari lagi. Share and [...]

    comment-bottom
  16. zool Says:

    Memang best jadi IM cam alang..
    Tapi masing2 punya bahagian ka.

    comment-bottom
  17. NayanMohd Says:

    kalau tak silap saya, rumah alang di Sg Buloh…

    Kalau Alang ada free time, boleh tak kalau nak jumpa Alang ( kalau saya balik Rawang la..). Rumah mertua saya di Sg. Choh, Rawang.. Mungkin Alang tau tempat ni..

    comment-bottom
  18. saido Says:

    Memang besh keje macam alang ni, dari rumah ajer, tak payah membazir keluar duit minyak.. tol lagi. Saya pun nak berenti keje jugak, keje sendiri, tapi bukan IM la. Saya rasa macam tak ada kebolehan nak jadi IM. Kerja saya buat program ajer. Kalau nak buat program panjang-panjang memang tak ada masalah, tapi kalau nak tulis artikel dalam blog, 8 hari pun tak habis lagi. :)

    comment-bottom
  19. usri Says:

    tulah kelebihan menjadi IM. kat mana2 pun boleh bekerja. org cuti kita pun cuti, org tak cuti kita cuti….hehe

    comment-bottom
  20. saya rasa hadiahnya mungkin ebook itu sendiri..:-)

    comment-bottom
  21. lempeng Says:

    cam nak bagi duit raya jer plak rasa hihi :)

    comment-bottom
  22. Relaks dan income berjalan.. Bestnya Alang kan??

    comment-bottom
  23. smartzul Says:

    Kampung wife Alang kat Machang kan? Spt yg saya bagitahu dulu, tu daerah kampung saya.

    Kalau saya kat sana, boleh lah jumpa. Tapi saya kat JB skrg. :)

    Selamat bercuti.

    comment-bottom
  24. alang Says:

    kampung wife saya kat wakaf bharu. Kat Machang tu kampung biras saya.

    Raya nanti balik kan? Saya tahun ni raya kat kelantan so kalau ada masa boleh jumpa :D

    comment-bottom
  25. mantap bitol!
    dapat 24 sales..

    comment-bottom
  26. En Alang,

    I admire you and want to learn from you to be successful in internet marketing.

    Thank u

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment