Kisah lalang yang ditiup angin

Written by alang on August 12, 2007

Saya pun tidak tahu kenapa saya menggunakan tajuk di atas, apa yg pasti saya cuma hendak memberi penjelasan tentang seseorang yang menggunakan nickname lalang yang telah meninggalkan komen di sini beberapa hari lepas.

Lebih kurang seminggu yang lepas, saya ada menulis penjelasan kenapa saya tidak membalas sesetengah email. Tujuan saya memberi penjelasan tersebut adalah supaya mereka yang tidak mendapat balasan email saya faham kenapa saya berbuat demikian dan untuk mengelakkan saya menerima berpuluh-puluh email sehari yang bertanyakan soalan yang sama. Memang cara saya itu agak kasar untuk orang Melayu yang terkenal dengan lemah lembut dan cepat terasa ini.

Dan kebetulan pula beberapa hari lepas, penulis tamu di sini iaitu saudara Zamri Nanyan menulis tentang memberikan produk percuma sebagai promosi maka salah seorang hamba Allah yang terasa dengan penjelasan saya sebelum ini mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang agak pedas.

Langkah pertama yang saya ambil ialah memberi penjelasan tentang beliau sebaik mungkin walaupun kalau nak diikutkan nafsu amarah, rasa nak buang jer komen tersebut ataupun membalas dengan bahasa yang lebih pedas, tetapi saya rasa itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Dan naluri saya juga kuat mengatakan yang pemberi komen tersebut adalah ahli forum WangCyber. Oleh kerana saya membantu shuth dalam hal teknikal di forum tersebut dan saya juga merupakan salah seorang moderator, saya boleh menyemak IP pemberi komen tersebut untuk mengetahui sama ada beliau adalah ahli forum wangcyber atau tidak. Memang betul telahan saya, beliau memang ahli forum WangCyber tetapi saya agak terperanjat kerana saya tidak pernah menerima sebarang pertanyaan daripada beliau sebelum ini dan boleh dikatakan, saya tidak ada masalah langsung dengan beliau. Walaupun begitu, saya tidak terus menyerang beliau, saya cuma meninggalkan komen di blog saya mengatakan saya tahu siapa beliau.

Mungkin kerana takut saya mendedahkan identiti beliau yang sebenar, beliau telah menghantar private message kepada saya di forum WangCyber

2007-08-12_015603.jpg

Walaupun agak kurang yakin dengan penjelasan beliau, saya tetap menjawab dengan baik dan sekali lagi memberi penerangan kepada beliau tentang kenapa saya tidak membalas email.

2007-08-12_020156.jpg

Tetapi mungkin beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan saya ataupun merasakan yang saya memang tidak akan mendedahkan identiti beliau, beliau meninggalkan satu lagi komen di artikel yang sama

Kali ini memang saya merasa agak marah dan sekali lagi menghantar private message kepada beliau

2007-08-12_020614.jpg

Saya hampir mendedahkan identiti beliau di sini dan juga di forum WangCyber apabila saya mendapat satu lagi private message dan juga email dari beliau.

2007-08-12_020850.jpg

Tujuan saya menulis penjelasan ini bukanlah kerana inginkan kontroversi ataupun memalukan sesiapa. Tetapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari insiden ini sama ada untuk saya sendiri ataupun untuk anda semua, pembaca blog ini.

1. Pengajaran yang paling berharga untuk saya ialah, selepas ini saya akan cuba pastikan membalas setiap email yang saya terima walaupun saya tidak dapat menjawab soalan mereka. Saya akan berterus terang memberitahu yang saya tidak dapat jawab. Jadi, mungkin mereka tidak akan ternanti-nanti lagi

2. Blog ini dianggap sebagai rumah oleh pemiliknya dan pembaca itu sebagai tetamu. Jadi, apabila ada orang berkunjung ke rumah anda dan mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan, tentulah rasa macam nak parangkan jer orang tersebut dan halau dari rumah anda. Tetapi, apakah itu akan menyelesaikan masalah? Dan apa pula tanggapan tetamu lain terhadap anda?

3. Jangan biarkan emosi menguasai fikiran kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Apabila anda sedang marah, jangan buat apa-apa keputusan kerana kelak anda akan menyesalinya. Sebaik-baiknya bagi orang Islam, kalau tengah marah tu, pergi ambil wuduk dulu dan buat sembahyang sunat atau baca Al-Quran

4. Kepada pengunjung blog, berfikir dulu sebelum memberikan sebarang komen yang tak sepatutnya. Jangan ingat anda berselindung disebalik nickname yang lain, orang tidak boleh mengenalpasti siapa identiti sebenar anda. Walaupun mungkin di dunia ini kita tidak mengetahui, tetapi Allah itu maha mengetahui.

5. Dan kepada saudara Lalang, anda masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari dan anda harus ingat apa yang saya capai hari ini bukanlah usaha sehari dua. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya dan jangan bergantung kepada orang lain untuk membantu anda.

Jadi bagi saya, perkara ini sudah selesai dan saya sudah pun memaafkan saudara Lalang. Saya juga ingin memohon maaf kepada beliau dan juga semua pengunjung blog ini jika ada tulisan saya yang menyingung perasaan sesiapa.

Comments

  • 08-12-2007
    2:39 am

    Reply

    wizvax

    lame masuk blog alang..asyik kt google reader je..mmg panas la..tp thumbs up kt alang sume dah settle..

    p/s: tajuk posting yg sgt menarik :P


  • 08-12-2007
    3:03 am

    Reply

    naem

    ohohoho..patutle..saya ada nampak ikon alang kat blog saya..gembira bukan kepalang ..ye la, salah seorang webmaster idola sendiri melawat blog saya ( orang lain saya tak tau la..tapi bagi saya ia satu penghargaan ) :-)

    Erm..nampaknya artikel ni sedikit sebanyak membantu saya sekiranya menghadapi situasi begini..

    Oh ya, alang, kalo ada orang buat macam tu kat saya, boleh ke alang tolong check kan ip address nya kat wangcyber? hehehehe…( gurau je..tapi boleh buat bisnes macam ni..ahahaha )

    ops..k la..saya nak masuk tidur dulu..erm satu lagi, saya ada terperasan blog osx-e.com
    blog alang jugak ke? macammana alang boleh dapatkan subscriber macam tu? selain “content as a king”, ada tak tips2 lain?

    ps: kalau remeh, tak yah balas pun.. :-) tapi kalo balas pun okay gak ..


  • 08-12-2007
    3:08 am

    Reply

    zaizen

    Alamak alang..lama x singgah sini..tgk2x ada topik panas. :-)

    Alang, manusia ni kadang x blh nak ckp la. Beri pun salah..x beri pun salah..aduh. Patutnya org yg tulis tu pikir dulu2 sblm tulis..beza besar tu smartzul dgn alang kalau nak dibandingkan..alang ni market dan bisnesnya international..jd mmg sibuk (xpe alang, sy memahami sbb sy sendiri pn mengalaminya..) setakat email yg remeh temeh dan berulang mmglah takan dilayan sbb komitmen masa..rasanya alang dikira baik la bitau awal2x sbb dia x blg balas Pm atau sbgnya.

    Dont worry bro..ibaratkan ni ibarat kisah ‘lalang yg ditiup angin’ yg skejap je dtg..la..sama tajuk pula …:)


  • 08-12-2007
    3:18 am

    Reply

    naem

    ishh..tak nak la saya tak puas hati ngan alang..tak baik buruk sangka dengan orang yang saya anggap guru…

    subscribe? oohhhh..thanks alang..nampaknya saya kena tunggu 4 tahun jugak la…

    ps: alang tak nak ke sediakan ruangan iklan di osx-e.com tu? hehehe..700 orang sehari..ish2..100 orang sehari pun belum saya capai..

    ???pelik jugak naper alag tak letak adsense kat 1st page blog tu???ehmm.hidden technique kot..mesti kes CTR kot..


  • 08-12-2007
    3:54 am

    Reply

    naem

    erm..alang boleh buka ruang laman tu untuk pengiklanan pula..heheh
    setahu saya macam paydotcom, commision junction tu semua ada affiliate bagi produk digital..so mungkin ada affiliate2 yang berminat untuk iklan kan disitu?

    pandangan dari si semut hitam yang dok atas batu hitam siap berbaju hitam dan bertopi hitam diselubungi pula dengan kuali hitam dan dibawah lembayung kegelapan malam ..


  • 08-12-2007
    10:08 am

    Reply

    ZeMMs

    Hmm.. apa yang saya dapat daripada kronologi ‘lalang’ ni ialah: “seseorang tu tetap akan cuba cover diri bila dah terkantoi walopun terpaksa bagi alasan yg tak logik”.. siap karang cerita lagi tu.. hebat :P


  • 08-12-2007
    10:10 am

    Reply

    naem

    logiknya pun takkan la kat pejabat kongsi komputer kan? hehehehe…


  • 08-12-2007
    10:19 am

    Reply

    aku

    hehehe.. macam agak je sapa yang tulis.. :)
    takpelah.. biar aku beragak-agak…


  • 08-12-2007
    12:57 pm

    Reply

    naem

    bagus tu..biar beragak2 takpe.asalkan tak berburuk sangka.. :-) dengan berburuk sangka, takda pekdahnya..

    biarlah si lalang tu belajar daripada kesilapanya ini, dan yang lain macam saya pun kena la berfikir terlebih dahulu jika nak hambur orang lain..bukan apa, kita kena hormat pendirian masing2..tak salah bagi kita, tapi apa yang kita buat tu macam menyalahkan orang lain..

    erm..en lalang ,atau en rumput mahupun en semak, semua dari kita patut bersyukur sebab masih ada panduan.orang macam alang ni dulu susah nak dapatkan panduan berguna dari rakyat tempatan..

    tak kisah la samada style im tu berbeza, sebab itu dalam adab belajar, kita tak boleh banding-bandingkan guru..ilmu tak berkat..

    ermm..itu je la kot..saya ni naif lagi..tak sampai pun sebulan saya miliki blog sendiri. Itupun diari adsense.com saya tu guba temmplate orang..hehehehe..banyak benda nak kena belajar sebelum jadi macam alang, lepas tu tundukkan michael chenel, satu hari nanti pula john chow mai minta autograph dari saya sehinggalah pakcik google panggil untuk saya jadi salah seorang vice president dia..hehehehe..( angan ku yang sungguh tak munasabah )


  • 08-12-2007
    1:00 pm

    Reply

    wizvax

    alang bleh wat pertandingan nie teka sape sebenarnye en lalang :P


  • 08-12-2007
    1:10 pm

    Reply

    alang

    tak perlu rasanya saya mendedahkan siapa lalang ni. Beliau dah pun mengaku kesilapannya dan meminta maaf. Lagipun, kesalahan dia bukanlah besar sangat jadi buat apa kita nak mengaibkan dia.

    Anda semua boleh terus meneka, tapi buat apa nak membuang masa. Kalau salah teka nanti jadi fitnah pula.


  • 08-12-2007
    1:11 pm

    Reply

    naem

    hehehe..boleh jugak..pemenangnya akan dihubungi alang dan dapat hadiah misteri..

    ps: erm, buka pekung dada orang lain baik ke? kena fikir jugak..musuh ,dari tiada jangan dicari..


  • 08-12-2007
    2:39 pm

    Reply

    zool

    Biasalah tu bila emosi menguasai diri..
    tanpa berpikir panjang terus tulis..
    yang pelik bila orang tu ahli wc..
    saya sekali je anto emel kat alang.. dapat balasan walau lambat.
    tapi kira oklah tu…
    ala .. manusia biasalah camtu… sampai kiamat pun takkan dapat puaskan hati semua pihak….


  • 08-12-2007
    2:51 pm

    Reply

    muyaszed

    Saya rase benda macam ni biasa kat dunia internet, cume camne kita nak handle benda nye tu…..lagi tinggi ilmumya……lagi tinggi la dugaannya


  • 08-12-2007
    4:15 pm

    Reply

    affuan

    Heh. Macam2 lah. Dunia cyber ni macam2 orang boleh buat. Jangan sampai kantoi dah la. Ambil pengajaran sumer.. :D


  • 08-12-2007
    6:02 pm

    Reply

    abdfatah

    hahaa… itu belum lagi cerita motivator dan juga jutawan senyap chef li, mahunya tak hangin kalo sms atau email tak berjawab…


  • 08-12-2007
    6:23 pm

    Reply

    sham

    Ada cerita baru rupanya..Ada cerita penyamar rupanya.. Apa pun, harap semua dapat jadikan pengajaran.. Selesaikan secara profesional.


  • 08-12-2007
    7:27 pm

    Reply

    sAf-OnE

    Sabarjerlah Alang


  • 08-13-2007
    9:43 am

    Reply

    Galadriel

    Wah, terkejut juga saya bila dapat tahu tentang perkara ni.

    Saya harap Alang dapat bersabar.

    Dulu kat Blog saya pun pernah ada komen yang kurang baik sampai suami saya pun tulis kat Blog saya untuk tegur orang tu.

    Inilah lumrah menjadi penulis blog, mungkin ada yang tak setuju dengan idea dan pendapat kita. Tetapi itu bukan bermakna orang patut komen secara tidak sopan.

    Yang penting Alang ikhlas memberi kita semua tips-tips berniaga di internet. Kita patut menghargainya kerana pernah dulu Alang kata nak tutup blog Szab.net sebab kecewa dengan sikap sesetengah orang di internet.

    Jangan pula sampai Alang tutup Blog ini kerana kita semua akan rugi. Alang adalah diantara orang Melayu paling lama membuat bisnes di internet dan yang paling berjaya.

    Marilah menyokong anak bangsa sendiri sebab kalau tak siapa lagi?


  • 08-13-2007
    10:16 am

    Reply

    skyjuice

    benda kecik je ni tak payah nak besarkan lagipun dunia internet malaysia ni tak sebesar mana


  • 08-13-2007
    1:25 pm

    Reply

    saiful

    Seperti Tag “Melodi”… Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi…

    Kat Msia ni memang tak besar mana pun…esok2 kita berjumpa juga…

    Mesti ada hikmah di sebalik kejadian tu…kalau kita fikirkan hikmah yg positif maka positif la jadinya begitu juga sebaliknya….

    Malaysia Boleh!!!


  • 08-13-2007
    4:38 pm

    Reply

    naem

    ha ah..saya rasa macam pernah jumpa alang dulu kat area pkns shah alam..tapi tak berani nak bertegur sapa sebab takut salah orang..manalah tahu alang ni dok kat mana..

    ps: moral of the story, kalo jumpa alang kena la tegur..mana tahu kot2 alang bawa belanja macd ke..hehehe :-)


  • 08-13-2007
    9:45 pm

    Reply

    zoulsoul

    Alamak aai…. isu camni pun jadi topik, buang jea la komen dari budak tu.. Alang, menjatuhkan imej ngko jea kalau ngko melayan.


  • 08-16-2007
    12:43 am

    Reply

    smartzul

    Kes kali ni dah selesai. Banyak pelajaran kalau nak diambil… :)

    Komen yg negatif bagi saya ada dua:

    1. Memang pemberi komen tu boleh terima teguran. Yg ni Ok. Contohnya adalah bagi kes Alang ni. Alang dah selesaikan hal itu dulu dan kemudian kongsikan di sini.

    2. Pemberi komen yg memang degil dan keras hatinya. Walau apa pun kita cakap, dia memang tak akan dengar dan faham. So, jalan terbaik, usah dibincangkan sebab banyak masa akan terbuang. Komen jenis ni berbeza dgn jenis 1 tadi yg dah selesai…

    Saya skrg diserang oleh seorang pembaca blog saya yg entah apa2 yg dia mahukan. Kesannya, usaha saya terganggu, emosi saya terganggu. Apa yg dia mahu sebenarnya dan apa silap saya kepada beliau? Langkah mudah, sy tak layan karenahnya sama sekali sebab hatinya terbukti keras dan tak makan saman.

    Pendek kata, setiap orang (blogger) ada cara masing-masing untuk handle komen2 negatif sebegini. Pakai mana yg baik untuk diri sendiri. Hehe.. :)

    - zul


  • 08-26-2007
    11:22 pm

    Reply

    blalang

    Yang pasti lalang tu bukan saya yer..walaupun nick dah dekat2 tu :) ) sbb saya ahli wangcyber jugak!


  • 08-12-2007
    2:47 am

    Reply

    alang

    rugi la tak masuk, tak boleh baca komen yg panas-panas :D

    Tapi saya sendiri sebenarnya lebih suka baca blog melalui google reader sbb tu jarang bagi komen kat mana-mana blog.


  • 08-12-2007
    3:11 am

    Reply

    alang

    saya melawat blog saudara sebab saya tengok ada referrer dari wordpress dashboard. Saya juga telah subscribe di blog saudara

    osx-e.com adalah laman web pertama saya dan mempunyai pelawat 7000 orang sehari. Laman web tersebut sudah hampir berusia 4 tahun, jadi selain content is king, tips yg lain ialah “piramid tidak dibina dalam masa satu hari”.

    ps – saya kena balas, takut lepas ni ada lagi org yg tak berpuas hati dgn saya :p


  • 08-12-2007
    3:28 am

    Reply

    alang

    walaupun visitors kat osx-e.com ramai, tapi agak susah sikit utk menjual iklan berikutan niche website tersebut. Adsense juga agak kurang memberangsangkan walaupun pada tahun 2005 dulu saya pernah mendapat lebih dari $3000 sebulan daripada adsense dari osx-e.com

    Jgn terkejut jika saya katakan punca pendapatan utama saya bukanlah dari osx-e.com walaupun ia mempunyai bilangan pelawat paling ramai


  • 08-12-2007
    3:36 am

    Reply

    wizvax

    alang x pernah jual secara direct ke space iklan kt osx-e.com? visitor ramai tu. kontera nye performance ok?


  • 08-12-2007
    3:39 am

    Reply

    alang

    saya dah pernah jual tetapi ramai yg tak sambung sebab diorang cakap conversion rate rendah.

    Kontera masa mula2 dulu ok, tapi skrg mungkin visitors dah tak klik sebab ads blindness. Lepas ni memang saya terfikir nak buang terus sebab nampak tak profesioanl


  • 08-12-2007
    4:00 am

    Reply

    alang

    saya dah pernah cuba itu semua tetapi tidak berjaya kerana kebanyakan pelawat di osx-e.com adalah remaja dan tidak mempunyai kuasa beli yg tinggi.

    Iklan yang dijual sekarang adalah kerana pengiklan inginkan trafik dan juga pagerank


  • 08-12-2007
    4:45 pm

    Reply

    alang

    tapi manusia ni, selagi tak kantoi, selagi tu la tak sedar. Bila dah kantoi baru nak insaf


  • 08-12-2007
    6:28 pm

    Reply

    abdfatah

    haaa… sampaikan ada yang merajuk dengan wc dek tingkah laku emosi yang entah apa-apa…. meh laaa kita berteka teki cara profesional nak tak?


  • 08-12-2007
    10:46 pm

    Reply

    Azahari

    Jgn cakap camtu Naem…abg kat office pun kongsi komputer jugak.Sebab kat tempat duduk sekarang ni takde internet. Kadang-kadang terlupa tutup email, forum jugak…nasib baik member tak salah guna….hehehe


  • 08-13-2007
    12:52 pm

    Reply

    alang

    saya tak berniat nak besarkan perkara ini cuma saya berpendapat setiap kejadian ada hikmahnya dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripadanya. Itulah yang saya nak kongsikan di sini. Kalau betul saya nak besarkan perkara ni, saya dah letakkan nama dan gambar individu terbabit seperti mana yang dilakukan oleh 2 3 blog di Malaysia baru-baru ini.

    Dunia internet Malaysia memang tak sebesar mana dan kalau ditambah dengan sikap kita yang tak nak membantu diri sendiri, memang sampai bila pun kita tak dapat setanding dengan negara-negara lain.


  • 08-13-2007
    4:46 pm

    Reply

    alang

    ye ker? Saya memang selalu ke PKNS. At least sebulan sekali. You nampak saya kat kedai ker kat bank atau tgh jalan2 dgn family?


  • 08-13-2007
    11:10 pm

    Reply

    naem

    ooohh…hari tu memang alang sungguh la..waduh2..melepas saya nak bersalam ngan alang..saya nampak alang jalan sorang-sorang..time tu petang dah..dekat dengan bank..

    time tu saya nak gi langgan maxis broadband..petang dah..pastu terperasan muka yang saya agak familiar..( muka alang la ..tapi tak pernah jumpa lagi la )…nak tegur, ish..kot2 orang lain pula..

    ps: tak tahu la saya ni..rupa-rupanya alang selalu ke pkns..hehehe..


  • 08-13-2007
    11:22 pm

    Reply

    alang

    saya dah cakap kat atas. Jangan cuma tengok pada isu tapi tengok apa pengajaran yg boleh kita dapat. Try to think outside the box. Kalau buang komen, tak selesai masalah, cuma lari dari masalah.


  • 08-13-2007
    11:24 pm

    Reply

    alang

    lain kali kalau jumpa tegur la. Saya tak la sombong sebagaimana tanggapan kebanyakan orang.


  • 08-17-2007
    12:23 am

    Reply

    abdfatah

    nanti saya bagi nasi tambah lagi… sabor aje laaa. pada saya jangan duk layan lagi kalo dah degil sangat tu… peduli apa dengan dia. tetapi apa yang penting dan teramat penting Maafkan semua orang sebelum anda nak tido. dalam tido pun hang nak datang jugak ke???

    nampaknya tersiksa sungguh mereka yang terkena komen yang negatif nih. aduhai dunia oh dunia macam2 hal….

    peduli hapa…?


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message